in , , ,

Kumpulan Duo Kembar THE MIRZA Lancar Single LELAH MENGALAH

Setelah single Lelah Mengalah meraih 3.5 juta tontontan sejak dimuatnaik tiga bulan lalu di laman YouTube, populariti duo kembar seiras; Zaf dan Syaf, 20, yang membentuk formasi The Mirza ini mula meniti di bibir peminat seni tempatan.

Hakikat, mereka berawal dengan memahat nama di Indonesia terlebih dahulu termasuk menjayakan jelajah di variasi stesen radio di sana dan turut memenuhi undangan persembahan pentas. Kini, tibalah waktunya untuk The Mirza memunculkan diri di khalayak tempatan sekali gus memeriahkan industri nyanyian di tanah kelahiran mereka sendiri. Jom, kenali mereka dengan lebih dekat lagi!

The Mirza ditemui pada majlis pelancaran single terbaharu, Lelah Mengalah yang berlangsung di Suka Sucre, Cheras, Kuala Lumpur pada 21 Februari lalu jam 3 petang.

Video Muzik LELAH MENGALAH Cecah 3 Juta Tontonan

Kumpulan duo Malaysia yang semakin mendapat tempat di Indonesia, The Mirza mendedahkan mereka mewarisi bakat daripada datuk sebelah ibu yang merupakan warga negara Indonesia.

The Mirza yang dianggotai kembar seiras berusia 20 tahun, Norzafira Mirza Mohd Rafiq (Zaf Mirza) dan Norsyafira Mohd Rafiq (Syaf Mirza) berkata sejak kecil minat mereka meminati bidang muzik dan sekarang adalah masa yang sesuai untuk mereka melebarkan sayap dalam arena seni.

“Kami mula suka menyanyi sejak berusia 10 tahun dan pada 13 tahun, kami belajar sendiri bermain gitar dan ukelele dengan melihat video di laman Youtube dan dari situ kami terus suka cover lagu-lagu artis lain.

“Sebenarnya, datuk kami daripada sebelah ibu mempunyai band sendiri di Indonesia. Ibu kami berasal daripada Padang. Boleh dikatakan Indonesia tidak asing pada kami. Malah abang kami pun ada band dia sendiri,”

– The Mirza

Duo kembar ini terlebih dahulu mencipta nama di Indonesia selepas dilamar syarikat 18 Musik Indonesia pada dua tahun lalu.

The-Mirza-Yellow
THE MIRZA

Membawakan genre lagu pop r&b, Lelah Mengalah merupakan single ketiga The Mirza selepas Telah Berubah dan Jatuh-Jatuh Cinta.

“Kami mencuba nasib di Indonesia terlebih dahulu kerana orang di sana lebih menggemari genre pop r&b yang cuba diketengahkan kami. Selain itu, kami juga terharu apabila dapat bekerjasama dengan ramai komposer popular di sana yang antaranya pernah menciptakan lagu untuk Afgan dan Judika.

“Kami lancarkan lagu Lelah Mengalah di Malaysia sebab tak sangka lagu itu mendapat sambutan di sini. Pada mulanya, pihak pengurusan berasakan adalah lebih baik kami lancarkan single kedua, Jatuh-Jatuh Cinta terlebih dahulu tapi memandangkan Lelah Mengalah dah menawan hati peminat di sini, jadi kami lancarkan dulu lagu tersebut,”

– The Mirza

Sejak muzik video Lelah Mengalah dimuat naik tiga bulan lalu sudah pun mencatat jumlah 3.5 juta tontonan daripada peminat mereka di Malaysia dan Indonesia. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Suhaimi Saad Minta RM5,000 Untuk Tampil Di Program Analisis TV Alhijrah

Tya Arifin, Farah Nabilah & Kilafairy Bersatu Demi Asyraf Khalid