in , ,

Farah Nabilah Selamat Lahirkan Bayi Lelaki, Belum Sedia Dedahkan Nama & Wajah Anak

Tahniah diucapkan kepada Pelakon Farah Nabilah yang baru sahaja melahirkan anak pertamanya pada pagi semalam. Berita gembira tersebut dikongsi Farah menerusi Instagramnya dengan memuat naik video pendek tanpa visual dipercayai dirakam ketika proses bersalin.

Farah Nabilah selamat melahirkan bayi sulungnya semalam iaitu 22 Oktober 2020 di sebuah pusat perubatan di Ampang, Selangor. Anak sulung Farah dan suaminya, Mohammed Amirul Yunus, difahamkan lahir sebulan lebih awal berbanding jangkaan.

Menerusi instagramnya, Farah yang menimang bayi lelaki ini belum bersedia untuk berkongsi nama dan wajah anaknya. Jelas Farah atau nama sebenarnya, Farah Nabilah Saipuddin, 28, dia akan mendedahkan nama dan wajah puteranya itu bila tiba masanya.

Farah-Nabilah-Selamat-Lahirkan-Anak-Lelaki

“Assalamualaikum semua. Syukur Alhamdulillah Fawaa telah selamat melahirkan bayi lelaki sulung yang sihat pada pagi tadi, 22 Oktober 2020, 5 Rabiulawal 1442. 

“Fawaa akan kongsikan nama and wajahnya bila tiba masanya ya,”

– Farah Nabilah

Pemilik nama sebenar Farah Nabilah Saipuddin, 28, ini juga mengucapkan terima kasih buat semua yang mendoakannya.

“Terima kasih atas doa yang dititip untuk kami bertiga selama ini. Semoga Allah merahmati kita semua dengan kegembiraan terutamanya dalam keadaan macam ni. Be safe semua,”

– Farah Nabilah

Farah juga menerima banyak ucapan tahniah daripada peminat dan rakan-rakan artis.

Antara artis yang turut meninggalkan komen ialah Mira Filzah, Scha Elinnea, Syanie, Tasha Shilla, Jay Nazif, Diana Rafar, Adeline Tsen, Sherry Ibrahim, Jasmine Suraya dan ramai lagi.

Farah mendirikan rumah tangga dengan juruterbang, Mohammed Amirul Yunus, 29 pada 20 Disember 2019

What do you think?

74 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

I’ve Had Enough! Scha Al-Yahya Deactivate Instagram, Netizen & Peminat Mula Buat Spekulasi

Luahan Hati Zynakal Dalam PERASAAN Berdepan dengan Detik Sukar dalam Hidup