in , , ,

Pelakon Farah Nabilah Sah Jadi Isteri Kepada Juruterbang Mohammed Amirul

Selepas bercinta selama tujuh tahun, pelakon, Farah Nabilah, dan juruterbang, Mohammed Amirul Yunus, sah disatukan sebagai suami isteri, jam 9.04 malam tadi. Pasangan berkenaan dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Datuk Saipuddin Ahmad, dengan disaksikan Penolong Pendaftar Perkahwinan, Daerah Petaling, Mastori Marsidi.

[LIVE] 30 Minit Sebelum Majlis Akad Nikah Pelakon Farah Nabilah & Amirul, Ini Yang Happening

Pada majlis yang berlangsung di Royale Chulan Damansara, di sini, Farah, 27, menerima mas kahwin RM1,000 dan wang hantaran bernilai RM77,777.77.

Bintang drama Kau Yang Pertama itu, yang bergelar isteri dengan sekali lafaz, turut menerima tujuh dulang hantaran berbas jumlah sama.

“Alhamdulillah, perkahwinan ini menjadi permulaan fasa dan tanggungjawab baharu untuk saya serta suami. Moga semuanya dapat dipermudahkan.

“Saya mengambil angka tujuh untuk nilai wang hantaran itu kerana ia nombor kegemaran. Tak sangka, angka tujuh itu juga simbolik tempoh percintaan kami,”

– Farah Nabilah

Video Majlis Akad Nikah Pelakon Farah Nabilah & Amirul, Sah Jadi Isteri Juruterbang Pada 20 Disember

Artis Baharu Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-31 itu berkata, sepanjang tempoh bercinta, suami cekal dalam usaha memenangi hatinya.

“Hubungan saya dan Amirul sebenarnya terjalin secara jarak jauh kerana komitmen kerjaya. Saya sibuk dengan urusan seni, manakala dia pula menjalankan tugas sebagai juruterbang. Jadi, selalu juga dia perlu berada di luar negara.

“Hanya kepercayaan dan kesetiaan terhadap satu sama lain yang mengukuhkan percintaan kami berdua,”

– Farah Nabilah

Mereka bakal diraikan dalam dua majlis resepsi, masing-masing esok dan 28 Disember. Pasangan berkenaan juga sekali lagi akan diraikan dalam majlis berbeza, 5 Januari depan.

Farah juga artis pertama menyaksikan kisah perkahwinannya dipaparkan menerusi portal Mahligai Cinta.

Sumber: Berita Harian

Farah Nabilah & Suami Jawab Soalan Media di Majlis Akad Nikah di Royale Chulan Pada 20 Disember 2019

Farah Nabilah kini milik Mohammed Amirul

DENGAN sekali lafaz, pelakon Farah Nabilah sah bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya yang juga juruterbang, Mohammed Amirul Yunus di Hotel Royale Chulan, Damansara, jam 9.04 malam tadi.

Farah atau nama sebenarnya Farah Nabilah Saipuddin, 27, dan Mohammed Amirul dinikahkan Penolong Pendaftar Perkahwinan Daerah Petaling, Mastori Marsidi dengan berwalikan bapanya, Datuk Saipuddin Ahmad.

Pengantin perempuan menerima RM1,000 sebagai mas kahwin manakala RM77,777.77 sebagai wang hantaran berserta tujuh berbalas tujuh dulang.

Majlis pernikahan itu dihadiri kira-kira 300 jemputan yang terdiri daripada keluarga, rakan terdekat, rakan selebriti dan media.

Pada majlis yang bertemakan Melayu Klasik, pasangan pengantin memakai busana putih rekaan pereka fesyen terkenal Rizman Ruzaini dan solekan oleh Khir Khalid.

“Alhamdulillah, majlis dirancang berjalan lancar dengan keberkatan hari Jumaat. Saya kini sah bergelar isteri kepada Amirul.

“Doakan semoga ikatan perkahwinan ini kekal hingga ke jannah. Saya akui tanggungjawab yang digalas kini akan semakin berat, namun Insya-Allah semuanya akan dipermudahkan,”

– Farah Nabilah

Terdahulu, pada majlis sama turut berlangsung majlis pertunangan yang menyaksikan ibu Amirul menyarungkan cincin kepada Farah.

Sementara itu, majlis khatam Al-Quran dan resepsi bakal diadakan di Neo Event Hall, Damansara Perdana esok manakala majlis di sebelah lelaki pula akan berlangsung di Hotel Grand Dorsett, Subang pada 28 Disember ini.

Selepas itu, majlis resepsi sebelah perempuan akan diadakan di Hotel Four Seasons, Kuala Lumpur pada 5 Januari depan.

Mengimbas kembali detik perkenalan, menerusi laporan Harian Metro pada 23 Oktober lalu, Farah memberitahu mereka diperkenalkan rakan baiknya iaitu pelakon Izara Aishah sejak tujuh tahun lalu.

Farah berkata, sikap penyabar dan pandai mengambil hati keluarga membuatkan dia menerima kehadiran lelaki berkenaan sebagai pasangan hidup.

Sumber: Harian Metro

Terima Wang Hantaran RM77,777.77, Farah Nabilah Bergelar Isteri Juruterbang

Aktres terkenal, Farah Nabilah, 27, selamat bergelar isteri kepada Mohammed Amirul Yunus, 28, pada jam 9.04 tadi.

Dengan hanya sekali lafaz, majlis pernikahan Farah dan Amirul yang berlangsung di Royale Chulan Damansara itu dihadiri oleh keluarga, sahabat handai dan rakan media.

Farah dan Amirul telah dinikahkan oleh bapanya, Datuk Saipuddin Ahmad yang disaksikan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan Daerah Petaling, Ustaz Hj Mastori Hj. Marsidi.

Pengantin perempuan telah menerima RM1,000 sebagai mas kahwin manakala RM77,777.77 sebagai wang hantaran.

Pihak pengantin lelaki memberikan tujuh dulang hantaran kepada pihak perempuan dan turut dibalas tujuh dulang oleh pihak perempuan.

Pada majlis itu, pasangan pengantin tersebut memilih untuk menyarungkan rekaan daripada Rizalman serta solekan oleh Khir Khalid.

Majlis khatam Al-Quran dan resepsi bakal diadakan di Neo Event Hall, Damansara Perdana pada Sabtu manakala majlis di sebelah lelaki pula akan berlangsung di Grand Dorsett, Subang pada 28 Disember. 

Selepas itu, majlis resepsi sebelah perempuan akan diadakan di Four Seasons, Kuala Lumpur pada 5 Januari 2020.

Terdahulu, pasangan ini terlebih dahulu mengikat tali pertunangan sebelum majlis nikah pada hari yang sama.

Detik perkenalan dua merpati sejoli ini bermula apabila diperkenalkan oleh teman rapat, pelakon Izara Aishah tujuh tahun lalu.

Dalam pada itu, Farah dan Amirul juga menjadi pasangan pertama yang dipaparkan di portal terbaru di bawah jenama program perkahwinan popular di TV3, Mahligai Cinta yang boleh dilayari menerusi www.mahligaicinta.com.my mulai November ini.

Sumber: Astro Gempak

Farah Nabilah kini isteri juruterbang, tutup 2019 dengan deretan majlis resepsi serba mewah

PELAKON Farah Nabilah selamat bergelar isteri kepada seorang juruterbang iaitu Mohammed Amirul Yunus, 28, dengan sekali lafaz di Royale Chulan, Damansara pada kira-kira pukul 9.04 malam, Jumaat.

Farah atau nama sebenarnya Farah Nabilah Saipuddin, 27, dan Mohammed Amirul dinikahkan oleh bapanya, Datuk Saipuddin Ahmad sambil disaksikan Penolong Pendaftar Perkahwinan Daerah Petaling, Mastori Marsidi.

Pengantin perempuan menerima RM1,000 sebagai mas kahwin manakala RM77,777.77 sebagai wang hantaran berserta tujuh berbalas tujuh dulang.\

Berbeza daripada kebiasaan, pasangan ini mengikat pertunangan beberapa minit sebelum majlis akad nikah berlangsung.

Terdahulu Farah menerima rombongan merisik daripada keluarga pihak lelaki pada awal tahun ini.

Pada majlis yang bertemakan Melayu Klasik, pasangan pengantin memakai busana putih rekaan pereka fesyen terkenal RizmanRuzaini dan solekan oleh Khir Khalid.

Majlis khatam Al-Quran dan resepsi pertama bakal diadakan di Neo Event Hall, Damansara Perdana pada Sabtu.

Selepas itu majlis di sebelah lelaki akan berlangsung di Grand Dorsett, Subang pada 28 Disember disusuli resepsi sebelah perempuan di Four Seasons, Kuala Lumpur pada 5 Januari depan.

Menerusi laporan mStar pada 23 Oktober lalu, Farah mendedahkan mereka diperkenalkan oleh rakan baiknya iaitu pelakon Izara Aishah sejak tujuh tahun lalu.

Farah berkata, sikap penyabar dan pandai mengambil hati keluarga membuatkan dia menerima kehadiran lelaki berkenaan sebagai pasangan hidup.

Sumber: mStar Online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Filem AIR MATA TERAKHIR BUNDA KISAH Kegigihan Seorang Ibu

Brand New Channel LOVE NATURE 4K Now On Unifi TV