in

TV2 Siar Filem Reign Of Fire Lakonan Matthew McConaughey

Aktor Matthew McConaughey mula dikenali pada 1996 menerusi filem A Time To Kill dan kemudian beberapa filem romantik serta komedi seperti The Wedding Planner, How To Lose A Guy In 10 Days, Fool;s Gold dan Sahara. Terbaharu beliau menggondol trofi Pelakon Filem Lelaki Terbaik Drama dalam anugerah berprestij Anugerah Golden Globe. Kejayaannya itu berdasarkan lakonannya yang berkesan untuk filem Dallas Buyers Club arahan Jean-Marc Vallee iaitu kisah kehidupan penghidap HIV.

[pullquote]Lakonan Matthew McConaughey Dalam Filem Reign Of Fire Isi Slot Sunday Midnite Special Di TV2. Cuba mengimbas kembali lakonan hebat dalam filem pernah dibintangi aktor tersebut yang sememangnya digilai ramai, Radio Televisyen Malaysia (RTM) berkongsi menyiarkan antara filem terbaik lakonannya bertajuk Reign of Fire mengisi slot Sunday Midnite Special pada 13 April depan, pukul 12.00 malam di TV2.[/pullquote]

Kejadian ini bermula saat seorang budak lelaki berusia 10 tahun bernama Quinn mengunjungi ibunya yang bekerja pada sebuah projek kontrak bawah tanah. Secara tak disengaja Quinn terserempak dengan bayangan makhluk berbahaya yang sanggup menyemburkan api. Kemudian terjadi bencana menyebabkan sang ibu mati dan makhluk menyeramkan itu mahu mendekatinya.

Tahun 2020 setelah kejadian itu, Quinn membesar sebagai lelaki dewasa dan selamat daripada menjadi mangsa makhluk yang rupa-rupanya Naga terbang, makhluk legenda yang kembali hidup di era akan datang. Dalam segelintir kelompok manusia (yang sebagian besarnya yatim piatu) dia berlindung di Northumberton Castle. Ketika itu dia tetap berjuang untuk mempertahankan diri daripada serangan naga – naga tersebut.

Tidak bersandarkan emosi semata, Quinn sebenarnya sudah memiliki perancangan teliti sejak awal. Kemunculan Van Zan (Matthew McConaughey), salah seorang pasukan militer Amerika yang terlatih mengajaknya untuk sama-sama bertempur dan bergabung memusnahkan naga-naga tersebut. Tetapi mereka hanya boleh menggunakan taktik yang ditentukan oleh Van Zan.

Akankah mereka berhasil? Akankah Quinn menerima ajakan Van Zan yang tak sesuai dengan perancangan awalnya? Karena menghadapi naga terbang tidak hanya sekadar bermodalkan semangat berani semata-mata. Akal fikiran yang bernas juga mesti dipikirkan untuk memusnahkan si Naga yang ternyata juga sangat cerdas.

Rob Bowman, sutradara X Files ini menggabungkan antara elemen Aliens dan The Road Warrior dan juga The Dragon Slayer (1981). Menariknya filem fantasi ini boleh dikategorikan ke dalam genre horror (alien) kerana nyatanya dari awal hingga menjelang akhir sangat menyeramkan suasana.

Selain dibintangi Matthew McConaughey, filem ini turut membariskan pelakon Christian Bale, Izabella Scorupco dan Gerard Butler.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Amy Search Bakal Bergabung Meletop Dengan Judika

Cara Terbaik Kurangkan Rasa Sakit Sendi