in , ,

Amy Search Bakal Bergabung Meletop Dengan Judika

Pada 12 April ini, peminat Judika di Malaysia berpeluang bertemu dengan pe­nyanyi popular Indonesia itu secara live di Konsert Judika Mencari Cinta di KL Live, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur. Lebih mengujakan apabila konsert berdurasi dua jam ini akan menampilkan otai rock bertaraf lagenda, Amy Search.

Judika sendiri yang buat permintaan untuk bergabung dengan Amy Search dan permintaan itu ditunai dan direalisasikan oleh pihak penganjur iaitu UCS Clockwork. Budiey pun dah tak sabar untuk menonton persembahan mereka, bayangkan apabila suara husky Judika bergabung dengan aura rockers Amy Search! Best! Bayangkan apabila Judika dan Amy Search bergabung suara untuk lagu Isabella dan sebuah lagu kejutan yang dirahsiakan.

Bukan sekadar menghayati persembahan Judika, malah peminat bertuah turut berpeluang merasai pengalaman sebagai pembantu peribadi (PA) Judika. Peminat bertuah yang dipilih berpeluang merasakan sendiri pengalaman menguruskan kerjaya penyanyi itu serta urusan lain berkaitan dengan konsert. Inilah kelainan yang dilakukan penganjur.

Judika Mencari Cinta Konsert

Penganjur konsert berkenaan, UCS Clockwork memaklumkan peluang keemasan itu hanya dibuka kepada dua peminat bertuah iaitu seorang lelaki dan seorang wanita. Pengarahnya Iman Tang berkata, peraduan pencarian PA ini mendekatkan lagi peminat dengan artis sekali gus menyelami dunia belakang tabir pembikinan sesebuah konsert.

“Menguruskan artis ada cabarannya dan ramai tidak tahu tugasan sebenar sebagai PA,” katanya.

Pengumuman mengenai peraduan ini akan diumumkan dalam jangka masa terdekat ini. Iman berkata, tugasan PA bertuah itu akan bermula sebaik Judika tiba di Kuala Lumpur sehingga hari konsert.

“Ini adalah peluang baik kepada peminat untuk mengenali penyanyi kesayayangan mereka dengan lebih dekat,” katanya.

Dalam konsert yang bermula jam 9 malam itu, Judika akan menyanyikan 20 lagu popularnya termasuk Bukan Rayuan Gombal, Aku Yang Tersakiti dan Setengah Mati Merindu, malah Judika juga bakal berkongsi pentas dengan penyanyi pujaannya iaitu Amy Search.

Tiket konsert Judika Mencari Cinta dijual pada harga RM98 untuk aras bawah dan RM168 untuk VIP di aras atas serta semua penonton pelbagai peringkat umur dibenarkan masuk.

Tiket boleh ditempah menerusi Ticketpro Malaysia, 03-78807999/017-3555134 atau di www.ticketpro.com.my.

Tiket turut dijual di Rock Corner, Muzik Valley, Victoria Music dan Guitar Store. Pintu mula dibuka pada jam 7.30 malam dan penonton dilarang sama sekali membawa dadah dan senjata berbahaya termaktub kepada undang-undang negara Malaysia.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

TV3 Siar Drama Bersiri Popular Filipina Temptation of Wife

TV2 Siar Filem Reign Of Fire Lakonan Matthew McConaughey