in , , ,

Khai Bahar, Wany Hasrita & Sufian Suhaimi Hargai Peminat di Trio Concert Tour 2019

Pada jam 3 petang, tanggal 9 April 2019, Budiey telah menghadiri Sidang Media Trio Concert Tour 2019 yang diadakan di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur. Sidang media ini telah mengumumkan satu acara konsert sebagai tanda menghargai peminat kepada tiga orang penyanyi popular!

Buat semua peminat tegar nan setia penyanyi popular, Khai Bahar, Wany Hasrita & Sufian Suhaimi khususnya berada berdekatan dengan empat lokasi bandar ini iaitu Johor Bahru, Kuantan, Alor Setar & Shah Alam, inilah masa untuk bertemu dengan penyanyi pujaan kalian di Trio Concert Tour 2019. Khabarnya, konsert tour ini sangat berlainan dan pertama kalinya diperkenalkan di Malaysia iaitu tujuan menghargai peminat setia.

Khai Bahar, Wany Hasrita & Sufian Suhaimi Hargai Peminat di Trio Concert Tour 2019

Get Ready! Konsert Roadtour Tiga Artis Popular di Empat Lokasi

Dapatkan tempat eksklusif anda segera dan saksikan persembahan gabungan 3 artis mantap Khai Bahar, Wany Hasrita & Sufian Suhaimi.

Wait! Bukan persembahan sahaja yang ada di konsert ni. Trio Concert Tour ini juga ada buat interaktif game antara anda & artis. Hadiah-hadiah menarik lagi lumayan menanti anda!

[LIVE] Sidang Media Khai Bahar, Sufian Suhaimi & Wany Hasrita – Trio Concert Tour 2019

Sekejap! Kat konsert ini nanti artis penganjur ada banyak plan kejutan untuk anda. Eeee…. yaaa… penganjur katanya dah tak sabar nak surprisekan korang. Haha!

Okay 1 lagi! Khabarnya, ada lucky draw untuk peminat yang hadir. Trio Concert akan pilih 16 peminat yang akan dapat percutian percuma ke Bali, Indonesia selama 4 hari. Wow, best tu!

Khai Bahar, Wany Hasrita & Sufian Suhaimi Hargai Peminat di Trio Concert Tour 2019

Lokasi & Masa:

1. Expo @ Danga Bay, Johor Bahru 13.7.2019
2. Stadium Sukpa,Kuantan 17.8.2019
3. Stadium Sultan Abdul Halim,Alor Setar 5.10.2019
4. Stadium Melawati,Shah Alam 2.11.2019

Sebelum tu, ada 2000 tiket early bird bermula dengan harga dari RM65. Dapatkan segera sebelum kehabisan!

Tiket-tiket mampu milik boleh dibeli di aplikasi Shopee.

Trio Concert Tour 2019
Trio Concert Tour 2019
Trio Concert Tour 2019
Khai Bahar, Wany Hasrita & Sufian Suhaimi Hargai Peminat di Trio Concert Tour 2019
Khai Bahar, Wany Hasrita & Sufian Suhaimi Hargai Peminat di Trio Concert Tour 2019
Khai Bahar, Wany Hasrita & Sufian Suhaimi Hargai Peminat di Trio Concert Tour 2019
Khai Bahar, Wany Hasrita & Sufian Suhaimi Hargai Peminat di Trio Concert Tour 2019

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Babak Naik Helikopter dalam Video Muzik MENCUBA Tiada Kaitan dengan Sesiapa

Hai Orang Melaka, Suria Nak Belanja Korang Makan Hujung Minggu Ni!