in , , ,

Hai Orang Melaka, Suria Nak Belanja Korang Makan Hujung Minggu Ni!

Orang Melaka dan berdekatan dengannya, ini mungkin berita baik untuk korang. Acara Suria Belanja Makan ini akan bermula pada 13 April, Sabtu ini dimana Suria akan berada di Restoran Lot Lapan Lima, Jalan Hang Li Po Melaka pada jam 12.00 tengah hari dan kemudian akan ke Mango Float Royale, Batu Berendam Melaka pada jam 4.00 petang.

Selepas Jelajah Suria berakhir di Aman Central Alor Setar pada Sabtu  lepas, bersama barisan penyampai Suria dan artis seperti Siti Nordiana, Haqiem Rusli, Ara Johari, Wany Kayrie, Izzue Islam, Afieq Shazwan, Floor 88, Ernie Zakri, Amir Masdi, Neon Band, Nizam Laksmana, Gmie Screen dan selebriti media sosial Shazz, Suria akan terus menemui peminat mereka di sekitar Melaka dan Lembah Klang menerusi program mini jelajah ‘Suria Belanja Makan’. 

Belanja-Makan_generic

Jom Datang Ramai-Ramai

Acara Suria Belanja Makan ini akan bermula pada 13 April, Sabtu ini dimana Suria akan berada di Restoran Lot Lapan Lima, Jalan Hang Li Po Melaka pada jam 12.00 tengah hari dan kemudian akan ke Mango Float Royale, Batu Berendam Melaka pada jam 4.00 petang. 

Seramai 100 pendengar terawal akan diberikan peluang menyertai acara ini dengan hanya menunjukkan aplikasi SURIA yang telah dimuat turun di telefon pintar mereka ketika acara berlangsung. 

“Program mini jelajah ini telah pun dianjurkan pada tahun lalu dimana penyampai Suria ke Terengganu dan Pahang untuk belanja peminat sarapan dan makan malam.

Lagi pun skala program ini lebih kecil dan tertutup berbanding ‘Jelajah Suria’, memberi laluan kepada peminat beramah mesra bersama penyampai Suria dengan lebih dekat ketika menjamu selera,”

– Roslinda Abd Majid (DJ Lin), Pengurus Kanan Suria

Rebut peluang menangi sebahagian daripada wang tunai berjumlah RM25,000 menerusi peraduan Super Terer Suria bermula 8 hingga 26 April 2019. 

Jadi pemanggil pertama di talian 03-77242115 apabila mendengar isyarat memanggil ke udara menerusi segmen Team Pagi Suria, Gaya Suria, Suria Petang dan Suria Cinta.

Anda perlu meneka dua nama penyanyi dan tajuk lagu yang di ‘mash-up’ kan dalam masa 10 saat.

Acara Suria Belanja Makan

Jika tidak berjaya, wang tersebut akan digandakan ke segmen seterusnya. Peserta juga bakal membawa pulang hadiah misteri di Jam Bonus. 

Dengarkan juga Super 8 Team Pagi Suria yang menampilkan lapan orang selebriti sebagai penyampai jemputan setiap minggu di segmen Team Pagi Suria bersama Fizi Ali dan Issey.

Selebriti Super 8, Izzue Islam telah pun memulakan tugasnya sebagai penyampai jemputan di lokasi Jelajah Suria yang terakhir dan ke udara bermula 8 April hingga 12 April ini. 

Acara Suria Belanja Makan

Bekas penyampai radio, Fara Fauzana akan mengubat kerinduan peminat-peminatnya apabila bakal mengendalikan slot Team Pagi Suria bersama penyampai Fizi Ali dan Issey selama seminggu bermula pada 15 April 2019. 

Selebriti Super 8 Team Pagi Suria yang terakhir iaitu Ali Puteh akan ke udara bermula pada 22 hingga 26 April 2019. 

Dapatkan juga maklumat dan perkembangan terkini berkenaan Suria di laman web Suria www.suria.mydan juga laman sosial Facebook, Instagram & Twitter SuriaFMMalaysia. 

Acara Suria Belanja Makan
SUPER-8_IZZUE-ISLAM
Hero-Banner_Super-8-Team-Pagi-Suria_Revealed
Acara Suria Belanja Makan

Mengenai Suria FM

Suria adalah sebuah stesen radio swasta yang dikendalikan oleh Kumpulan Radio Star Media, sebuah syarikat milik Star Publications (M) Berhad. Suria beroperasi secara rasminya pada tahun 2007. Suria mensasarkan pendengar Melayu yang berada di bandar dan juga luar bandar. Stesen radio Suria FM yang mempunyai 1.7 juta jumlah pendengar ini menyiarkan campuran pelbagai lagu kegemaran sepanjang masa dari pertengahan 90-an sehingga yang terkini. 

Kini Suria telah memperluaskan platform menerusi siri jelajah (on ground) & digital di mana pelbagai hiburan serta siri original berbentuk visual terdapat di laman rasmi www.suria.my yang boleh ditonton pada bila-bila masa dan dimana sahaja.

Ikuti Suria di frekuensi berikut:- 105.3 FM Lembah Klang | 106.9 FM Perlis, Kedah, Pulau Pinang | 91.7 FM Taiping | 96.0 FM Ipoh | 102.4 FM Kuala Terengganu | 106.1 FM Kota Bahru | 96.1 FM Kuantan | 88.5 FM Melaka, Johor Utara | 107.0 FM Seremban | 101.4 FM Johor Bahru | 105.9 FM Kota Kinabalu

Mengenai Kumpulan Radio Star Media (SMRG) 

Merupakan anak syarikat kepada Kumpulan Star Media Bhd, Kumpulan Radio Star Media Sdn Bhd merupakan antara penyiar radio terkemuka di Malaysia. Kumpulan Radio Star Media kini memiliki dan mengendalikan satu stesen radio berbahasa Melayu, Suria dan satu stesen radio berbahasa Cina, 988 FM.  

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Khai Bahar, Wany Hasrita & Sufian Suhaimi Hargai Peminat di Trio Concert Tour 2019

Datuk Gerald Hans Isaac Dilantik Jadi Pengerusi FINAS Untuk Tempoh 2 Tahun