in , , ,

Babak Naik Helikopter dalam Video Muzik MENCUBA Tiada Kaitan dengan Sesiapa

Semasa majlis sidang akhbar Trio Concert Tour 2019 yang berlangsung di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur pada 9 April lalu, media sempat bertanyakan tentang babak naik helikopter yang disamakan dengan kisah silam Sufian bersama bekas tunangnya, Elfira Loy. Jom kita dengar jawapan dari Sufian.

Penyanyi Sufian Suhaimi menjelaskan babak menaiki helikopter dalam klip video lagu terbaharunya berjudul Mencuba tiada kaitan dengan kenangan yang pernah dilalui bersama bekas tunangnya Elfira Loy seperti didakwa netizen.

Jelas Sufian, 27, penggunaan helikopter dibuat pada saat akhir ekoran mendapat tajaan daripada sebuah syarikat pengendali penerbangan persendirian kepadanya.

Sufian Suhaimi: Babak Helikopter dalam MV MENCUBA Tiada Kaitan dengan Sesiapa

Dalam klip video yang dilancarkan pada 3 April tersebut, terdapat beberapa babak melibatkan Sufian bersama seorang wanita menaiki helikopter sehingga mengundang andaian peminat bahawa babak tersebut ada kaitan dengan kisah cinta tidak kesampaiannya.

Video Muzik MENCUBA – Sufian Suhaimi

“Penceritaan dalam lagu itu bersifat umum, cuma ada satu sahaja babak melibatkan helikopter sehingga membuatkan orang mempertikaikan saya belum melupakan kisah lama.

“Walhal ia bukan dalam perancangan awal kami. Jika tiada babak helikopter itu, jalan cerita dalam klip video Mencuba hanya berkisar tentang perkara-perkara yang biasa dilakukan oleh pasangan kekasih.

“Masing-masing ada persepsi berbeza untuk ditafsirkan. Cuma bagi saya, ia tidak bermaksud saya masih dibayangi kisah lampau.

“Saya anggap babak itu sebagai nilai tambah dan perkara menarik untuk ditonton,”

– Sufian Suhaimi
Video Muzik MENCUBA

Konsert itu menampilkan Sufian akan bergabung dengan Wany Hasrita dan Khai Bahar dalam satu konsert sama di empat lokasi berbeza iaitu Johor Bahru, Johor (13 Julai), Kuantan, Pahang (17 Ogos), Alor Setar, Kedah (5 Oktober) dab Shah Alam, Selangor (2 November).

Sementara itu, tambah pelantun lagi Di Matamu itu lagi, dia mengakui berasa bimbang dengan babak tersebut kerana risau ia akan menimbulkan kontroversi atau menyinggung perasaan mana-mana pihak.

“Sejujurnya saya akui risau tetapi saya dan produksi perhalusi jalan cerita. Hasilnya tiada perkara yang negatif pun dalam klip video itu. Pengakhiran jalan cerita juga bahagia.

“Cuma bagi saya babak helikopter itu adalah elemen perbezaan yang cuba diketengahkan kerana ia bukan dapat dilihat setiap hari,”

– Sufian Suhaimi

Lagu yang merupakan ciptaan sepenuhnya daripada Sufian dan Zynakal itu setakat ini telah mencatat lebih 1.2 juta tontonan di YouTube.

Tonton video penuh temubual media bersama Sufian Suhaimi di Sidang Media Trio Concert Tour 2019:

Antara lain perkembangan, Sufian Suhaimi bakal melancarkan buku syairnya selepas sambutan hari raya tahun ini.

Video Muzik MENCUBA
Video Muzik MENCUBA

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

AIFFA

Pelakon Hollywood Steven Seagal Terbang ke Kuching Sempena AIFFA 2019

Khai Bahar, Wany Hasrita & Sufian Suhaimi Hargai Peminat di Trio Concert Tour 2019