in , ,

Yang Anda Perlu Tahu Tentang Pencalonan Top 5 Anugerah MeleTOP Era 2019

Selain viral tentang keputusan Neelofa dan Nabil Ahmad undur diri dari pencalonan Top, penganjuran edisi keenam turut menyaksikan selebriti lelaki lebih menyerlah berbanding selebriti wanita dengan pencalonan akhir terbanyak.

Anugerah MeleTOP Era atau ‘AME ialah sebuah anugerah pilihan penonton yang memberikan kuasa sepenuhnya kepada peminat untuk menentukan pemenang bagi kesemua 16 buah kategori pencalonan yang dipertandingkan.

Pencalonan Top 5 Anugerah MeleTOP Era 2019

Nabil Ahmad & Neelofa Tarik Diri Daripada Anugerah MeleTOP Era 2019

Senarai penuh pencalonan akhir ‘Top 5’ bagi setiap kategori sudahpun dikenal pasti setelah talian undian fasa pertama yang dibuka pada 12 Februari 2019 ditutup secara rasmi pada 8 Mac lalu. 

Neelofa

FORMAT & INFO SIARAN ‘AME 2019’

Anugerah MeleTOP Era bakal mengetengahkan tema ‘Glam’ penuh gemerlapan dengan tagline ‘Yang Legit, Yang Legend’ yang dipancarkan secara langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil pada hari Ahad, 21 April 2019, jam 9.00 malamsecara eksklusif di Astro Ria (104) dan Ria HD (123). 

Sebagai bonus, acara ini turut boleh diakses menerusi program ‘Live Streaming AME 2019’ yang disiarkan menerusi platfrom digital di saluran YouTube ‘MeleTOP’, Astro Go, NJOI Now dan On Demand pada 21 April kelak bermula jam 8.30 malam untuk pilihan yang lebih fleksibel.

TRIVIA PENCALONAN AKHIR AME 2019

  1. Nabil Ahmad dan Neelofa mengambil keputusan untuk menarik diri daripada bertanding dalam ‘AME 2019’. Namun begitu, mereka masih kekal sebagai pengacara pentas ‘AME 2019’.
  2. ‘Selepas undian fasa pertama ditutup, Nabil Ahmad telah disenarai pendek untuk pencalonan akhir bagi kategori ‘Hos MeleTOP’. Manakala Neelofa pula tercalon untuk dua kategori iaitu ‘Fesyen MeleTOP’ dan‘Hos MeleTOP’.
  3. Dengan keputusan itu, selebriti dengan undian tertinggi selepas Nabil dan Neelofa secara automatik diputuskan untuk mengisi senarai pencalonan akhir ‘AME 2019’ bagi kategori berkenaan.
  4. Bagi memastikan ketelusan penganjuran ‘AME 2019’, badan audit bertauliah ‘W.L. Chong & Associates’telah dilantik untuk menyelia sebarang keputusan yang melibatkan undian orang ramai.
  5. ‘AME 2019’ menyaksikan persaingan sengit di antara aktor Remy Ishak dan Syafiq Kyle yang tercalon untuk tiga kategori individu yang samaiaitu ‘Fesyen MeleTOP’, ‘Bintang Filem MeleTOP’ dan ‘Pelakon TV MeleTOP’.
  6. Remy Ishak dan Syafiq Kyle yang tercalon untuk tiga kategori individu yang samaiaitu ‘Fesyen MeleTOP’, ‘Bintang Filem MeleTOP’ dan ‘Pelakon TV MeleTOP’.
  7. Dua naskhah lakonan Remy Ishakiaitu ‘Pulang’dan ‘Lelaki Kiriman Tuhan’turut tercalon menerusi kategori ‘Filem MeleTOP’ dan ‘Drama MeleTOP’.
  8. Drama lakonan Syafiq Kyle berjudul ‘Tak Ada Cinta Sepertimu’ turut tercalon menerusi kategori ‘Drama MeleTOP’.
  9. Drama lakonan Fattah Amin berjudul ‘Dia Anak Jeneral’ turut tercalon dalam kategori ‘Drama MeleTOP’.
  10. Fattah Aminpula tercalon menerusi kategori ‘Bintang Filem MeleTOP’, ‘Pelakon TV MeleTOP’ dan ‘Fesyen MeleTOP’ serta pencalonan bersama dengan selebriti jelita yang juga merupakan isteri beliau iaitu Nur Fazura menerusi kategori ‘Couple MeleTOP’.
  11. Zizan Razak turut cemerlang menerusi tiga buah kategori iaitu ‘Hos MeleTOP’, ‘Bintang Filem MeleTOP’ dan ‘Artis Lawak MeleTOP’.
  12. ‘Dia Anak Jeneral’ turut tercalon dalam kategori ‘Drama MeleTOP’.
  13. Sementara itu, Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Sufian Suhaimi danHaqiem Ruslyturut tercalon untuk dua kategori yang sama iaitu ‘Penyanyi MeleTOP’ dan‘Lagu MeleTOP’ masing-masing dengan lagu hits mereka, ‘Anta Permana’, ‘Di Matamu’ dan ‘Jatuh Bangun’.
  14. Kolaborasi mantap komposer dan penyanyi popular, Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah turut diangkat menerusi dua kategori iaitu ‘Lagu MeleTOP’ dan ‘Group/Duo MeleTOP’ menerusi lagu ‘Haram’.
  15. Selebriti versatil, Jihan Muse tidak kurang hebat dengan pencalonan untuk dua kategori iaitu ‘Artis Lawak MeleTOP’ dan ‘Hos MeleTOP’ serta pencalonan bersama dengan suaminya, Ungku Harizmenerusi kategori ‘Couple MeleTOP’.
  16. Seiring dengan populariti yang diraih, senarai akhir ‘AME 2019’ juga menyaksikan tiga penyanyi ‘BBNU’ yang nama mereka mula melonjak naik selepas menyertai program ‘Big Stage’ terbitan Astro Ria tahun lalu iaitu Andi Bernadee, Sarah Suhairi dan Syafiq Farhain.

FAKTA MENARIK TENTANG ‘AME 2019’ 

  1. ‘AME 2019’ merekodkan permulaan cemerlang dengan peningkatan jumlah undian fasa pertama tertinggi sebanyak 116% berbanding edisi sebelum ini.Ini membuktikan acara anugerah ini masih relevan dan diterima baikoleh peminat seni hiburan tanah air.
  • Proses undian yang dilakukan sepenuhnya melalui laman web rasmiserta perkongsian maklumat harian terkini merentasi platform TV, radio dan digital menjadi antara faktor utama yang menyemarakkan kempen undian. Inisiatif mengadakan pengumuman khas rasmi secara langsungdi MeleTOP juga turut membantu.
  • Tiga hos popular tanah air yang cukup sinonim dengan jenama MeleTOP dan ‘AME’ iaitu Nabil Ahmad, Neelofadan Jihan Musebakal berganding bahu untuk mengendalikan pentas utama sebagai pengacara ‘AME 2019’.
  • Pentas ‘AME 2019’ juga akan diserikan dengan persembahan eksklusif selebriti popular yang menepati kriteria tagline ‘Yang Legit, Yang Legend’ termasuklah Ayda Jebat, Misha Omar, Siti Nordiana, Hael Husaini, Ismail Izzani, Andi Bernadee, Floor 88, Pop Shuvit, Exists, Akim & The Majistret serta ramai lagi. 
  • Manakala antara nama-nama popular yang bakal tampil selaku barisan penyampai anugerah termasuklah Mira Filzah, Zahirah Macwilson, Remy Ishak, Janna Nick, Syafiq Kyle, Amyra Rosli, Amar Baharin, Datuk Chef Wanserta ramai lagi.
  • Penerbitan ‘AME 2019’ turut disokong 100 Plus yang hadir selaku Penaja Utama dan Nivea selaku Penaja Bersama.
  • ‘AME 2019’ turut menjalinkan kerjasama strategik bersama GRAB yang bakal mengendalikan penghantaran eksklusif tiket VIP dengan servis penghantaran atas permintaan GrabExpress kepada barisan selebriti tanah air. Bukan itu sahaja, diskaun istimewa turut diberikan jika pelanggan menggunakan GrabPay jika menaiki GRAB untuk hadir ke acara ini pada malam AME 2019.


“Menginjak tahun keenam, segala perancangan sudahpun memasuki fasa terakhir bagi memastikan penganjuran ‘AME’ untuk tahun ini berlangsung dengan penuh gilang gemilang seperti yang dirancang.

Pelbagai kejutan yang merangkumi pemilihan pengacara, penyampai trofi dan barisan artis yang bakal membuat persembahan istimewa menerusi gabungan lagu yang pernah popular suatu ketika dahulu sehinggalah lagu hits masa kini khas untuk malam tersebut telah disusun rapi bagi menyemarakkan lagi edisi tahun ini. Pemilihan kesemua selebriti juga adalah berdasarkan kriteria ‘AME 2019’ iaitu ‘Yang Legit, Yang Legend.”

Raqim Ahmad, Ketua Strategi Kandungan Hiburan Astro 

“ERA meneruskan usaha dalam menyediakan platform kepada bakat tanah air dengan menyerlahkan lagi potensi mereka, sambil mengambil kira minat dan kemahuan peminat ERA. Selaku jenama radio Melayu No. 1 di Malaysia, kami berbangga mengekalkan Anugerah MeleTOP ERA bersama pihak MeleTOP dan menjemput peminat-peminat ERA untuk sekali lagi membuang undi dalam fasa kedua undian AME 2019, bagi pemilihan pemenang untuk 16 buah kategori yang dipertandingkan.”

Dhan Andreas, Pengurus Kandungan ERA

CARA MENGHANTAR UNDIAN ‘AME 2019’ BAGI FASA KEDUA

Undian fasa kedua untuk menentukan pemenang akhir untuk setiap kategori pula boleh dibuat menerusi laman web ‘AME 2019’ dan portal ERA serta melalui kiriman SMS bermula 19 Mac 2019, jam 6.00 petang hingga 21 April 2019, jam 12.00 tengahari.

Pemenang untuk setiap kategori akan diumumkan sewaktu siaran langsung malam ‘AME 2019’ kelak. Setiap undian yang dihantar haruslah diterima dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.

PENAJA UTAMA 100PLUS

100PLUSmerupakan minuman isotonik pertama di Malaysia yang dilancarkan pada tahun 1983. Ianya bebas kafein dan bertujuan untuk menghilangkan dahaga serta dirumus khas untuk membantu memulihkan apa yang telah hilang dalam tubuh ketika melakukan senaman fizikal dan menyegarkan tubuh badan menerusi keseimbangan penghidratan secara optimum. Rumusan uniknya menggabungkan cecair, karbohidrat dan elektrolit untuk penyerapan cecair dengan lebih cepat dan cekap ke dalam badan.

Hari ni, 100PLUS merupakan jenama utama dibawah pengurusan F&N di Malaysia. Ia dikeluarkan dan dipasarkan oleh F&N Beverages Marketing Sdn Bhd, pengeluar minuman ringan terbesar di Malaysia.

Untuk maklumat lanjut mengenai 100PLUS, layari laman rasmi di https://100plus.com.my/ atau saluran sosial media @my100plus di Facebook, Instagram & Twitter.

PENAJA UTAMANIVEA

NIVEA dilancarkan pada tahun 1911 sebagai krim kulit kosmetik berkualiti tinggi yang mampu milik, mempunyai legasi selama 100 tahun dan terus berkembang ke seluruh pelusuk dunia.

NIVEA memahami keperluan kulit anda! Itulah sebabnya kami mencipta produk yang membersih, melembap dan melindungi kulit anda, dengan memberi keperluan kepada kulit  – penjagaan lembut dan berkesan yang menjadikan kulit anda licin, lembut serta cantik berseri. Tidak kira siapa, apa yang anda lakukan, atau di mana anda tinggal, kami berada di sini untuk membantu anda menikmati penjagaan kulit yang lebih baik untuk seumur hidup.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lawak Shiha Zikir Bantu Sharif Zero Menang RM10,000 di Minggu Ke-3 BBB 2019

Senarai Penuh Pencalonan Top 5 Anugerah MeleTOP Era AME 2019