in ,

Tonton Dapat Anugerah Rakyat Untuk Portal Hiburan Pilihan

TONTON GONDOL ANUGERAH RAKYAT UNTUK PORTAL HIBURAN PILIHAN!

Portal hiburan Tonton memenangi anugerah Pilihan Rakyat kategori Portal Hiburan Pilihan di NEF-Awani ICT Awards 2010 yang berlangsung semalam di Kuala Lumpur. Undian yang dijalankan menerusi laman social Facebook NEF-Awani Awards menyaksikan Tonton berjaya memperoleh keseluruhan 43% undi.

Tonton

Anugerah berprestij ini telah disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur. Tonton diwakili oleh Lam Swee Kim, Pengurus Besar Kumpulan Alt Media Sdn. Bhd., anak syarikat milik Media Prima Berhad.

Portal video pintar dan canggih ini berjaya menewaskan sebuah portal hiburan oleh Digital Five (Murai.com.my) dan sebuah lagi produk Alt Media sendiri iaitu portal hiburan dan gaya hidup GUA.com.my. Anugerah NEF-Awani merupakan pencapaian terulung untuk Tonton yang kini baru menjangkau usia 8 bulan semenjak pelancarannya pada bulan Ogos 2010 yang lalu.

Dengan keahlian berdaftar terkini berjumlah hampir 1.4 juta pengguna, Tonton menawarkan rangkaian saluran seperti TV3, NTV7, 8TV, TV9, GUA TV, KRU TV, myMetroTV dan saluran Eksklusif menampilkan pelbagai rancangan berita dan hiburan terbaik tanahair & luar negara. Desmond Ngai, Pengurus Jenama Tonton ketika ditemui selesai acara berkata, “Kejayaan ini pastinya menggembirakan kami, ini adalah hasil titik peluh kesemua mereka yang berada di sebalik tabir terhadap kejayaan portal pintar ini.”

“Kejayaan ini memberi semangat kepada kami untuk terus meningkatkan capaian hits ke portal video Tonton. Pengguna juga boleh menjangka akses kepada lebih kandungan dalam masa terdekat ini,” ujar Lam Swee Kim yang menerima anugerah bagi pihak Tonton daripada YAB Perdana Menteri Malaysia.

Kejayaan Tonton menggondol Anugerah Rakyat untuk Portal Hiburan Pilihan di acara NEF-Awani pastinya membuka era siber baru yang lebih luas kini. Untuk mendapatkan berita terkini dan pelbagai rancangan hiburan menarik, jangan lupa layari www.tonton.com.my hari ini!

Tonton

Tonton

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Peserta Sejuta Impian TV3 Bakal Diumumkan

Kampus Astro Tawar Kelebihan Untuk Murid UPSR