in ,

Tiket Dato Siti Nurhaliza Live in Concert Dijual Mulai Hari Ini

Hari ini, dah pun tanggal 13 Januari 2014. Selain ramai yang mengambil cuti bersambung, hari ini juga adalah hari pertama jualan tiket Konsert Amal Dato Siti Nurhaliza Live in KLCC – Where The Heart Is yang akan diadakan pada 7 dan 8 Februari 2014 di Planery Hall, Kuala Lumpur Convention Centre jam 8 malam. Budiey rasa, dah ramai peminat penyanyi nombor satu negara ini dah tak sabar nak beli tiket, kan? Jadi, anda boleh beli tiket dengan melayari www.redtix.airasia.com mulai hari ini.

Konsert Dato Siti Nurhaliza Live In Klcc Where The Heart Is

[dropcap]S[/dropcap]elain itu, ada tawaran istimewa di mana 100 pembeli yang pertama yang membeli barangan SimplySiti berjumlah RM150 keatas di www.Simplysiti.com.my sebelum 1 Febuari 2014, akan mendapat tiket percuma untuk ke Dato Siti Nurhaliza Live in KLCC – Where The Heart Is.

Konsert Where The Heart is yang akan berlangsung selama 2 jam akan menampilkan Dato Siti Nurhaliza menghiburkan peminat peminat dengan lagu lagu popular beliau, secara solo yang pertama bagi tahun 2014 untuk sebuah konsert amal ekslusif dengan semua hasil jualan tiket konsert yang bakal disalurkan kepada Yayasan Nurjiwa bagi tujuan kebajikan.

Category Price Remarks  
VIP RM800 Corporate purchases kindly contact:
SIMPLYSITI +603-2163 8383
Platinum RM518 Numbered seating
Diamond RM388 Numbered seating
Gold RM218 Numbered seating
Silver RM118 Numbered seating
Bronze RM88 Free seating

Dato’ Siti Nurhaliza Live in KLCC – Where The Heart Is

[dropcap]D[/dropcap]ato Siti Nurhaliza memberi peluang terbuka dan bersedia menjawab apa saja soalan daripada peminatnya ketika di konsert ini. Selain penonton akan didendangkan dengan lebih 14 buah lagu hitsnya, persembahan beliau akan diselang seli dengan sesi berinteraksi bersama para peminat dengan lebih dekat.

Sebuah garapan konsert yang eksklusif sebagai pembuka tirai tahun 2014, Dato’ Siti Nurhaliza bakal menampilkan sebuah persembahan yang paling unik, kreatif serta dinamik di abad ini yang pasti akan menjadi suatu fenomena dalam industri tanah air. Konsert gilang-gemilang ini akan diadakan di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Penganjuran persembahan ini adalah untuk tujuan amal dimana para hadirin akan dapat menikmati suatu pengalaman keindahan irama dan lagu yang tidak dapat dilupakan dengan dibarisi pemuzik-pemuzik profesional serta pementasan yang sangat mengagumkan.

Dana yang dikumpul hasil daripada jualan tiket-tiket konsert ini akan digunakan untuk tujuan amal khas bagi membantu golongan kurang berkemampuan yang akan dilaksanakan oleh Yayasan NurJiwa.

Malam penuh prestij ini adalah suatu malam yang tidak harus dilupakan oleh pencinta-pencinta lagu-lagu dendangan Dato’ Siti Nurhaliza kerana ianya pasti suatu impian keemasan yang sukar dicari lagi.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pakar Anti-Kesan NIVEA Rai Kejayaan

Sinopsis & Trailer Filem KAMI HISTERIA