in ,

Sinopsis & Trailer Filem KAMI HISTERIA

Mulai 6 Februari 2014, para penggemar filem seram dan kaki wayang akan dapat menonton sebuah filem seram komedi berjudul KAMI HISTERIA yang dilakonkan oleh Diana Danielle sebagai Laila, Sara Ali sebagai Bad, Nad Zainal sebagai Peanut, Mila Jirin sebagai Airin, Umie Omar sebagai Jojo, Nur Fazura sebagai Cik Lang dan Izzue Islam sebagai Pit. Filem berdurasi selama 90 minit ini diarahkan oleh Shamyl Othman dan diterbitkan oleh Red Films Sdn. Bhd dengan kerjasama Penerbit Bersama Astro Shaw & Marna Films.

Apa yang istimewanya filem ini selain garapan plot cerita dan pelakon remaja popular masa kini, KAMI HISTERIA juga menampilkan pelakon terkenal sebagai kameo. Antaranya, Afdlin Shauki sebagai Afdlin Shauki, Sathia, Caca Raja Lawak, P.Jegan, Prakash Daniel, Shahrizal Jaszle, Daphne Iking, Liyana Fizi, Loque, Bunkface, DJ Shac, Linda Rafar, Syafinaz Selamat dan ramai lagi.

SINOPSIS KAMI HISTERIA

[dropcap]L[/dropcap]ima orang gadis remaja: Laila, Bad, Peanut, Airin dan Jojo mempunyai band mereka sendiri yang diberi nama “Kami Histeria”. Kumpulan ini berpindah ke kediaman baru di sebuah rumah pangsa yang berhantu. Semasa membuat rakaman lagu mereka, suara Langsuir turut dirakamkan dalam rakaman tersebut.

Lagu tersebut menjadi hit dan amat diminati ramai setelah dimuat naik ke YouTube. Mereka berusaha mendapatkan khidmat bantuan dari Cik Lang (Langsuir) untuk dirakamkan suaranya. Cik Lang sanggup membantu mereka dengan syarat sekiranya lagu mereka menjadi hit Cik Lang akan menuntut sesuatu daripada mereka. Bagaimana perjanjian kumpulan Kami Histeria bersama Cik Lang? Adakah Cik Lang berniat baik untuk membantu mereka atau sekadar helah untuk mendapatkan apa yang dihajati?

Saksikan KAMI HISTERIA di pawagam 6 Februari 2014.

INFO KAMI HISTERIA

Pengedar : Alternate Pictures Sdn. Bhd

Klasifikasi : P13

Tarikh Tayangan : 6 Februari 2014

FACEBOOK : www.facebook.com/KamiHisteria

TWITTER & INSTAGRAM : @KamiHisteria

Sinopsis Kami Histeria

Sinopsis Kami Histeria

Sinopsis Kami Histeria

Sinopsis Kami Histeria

Sinopsis Kami Histeria

Sinopsis Kami Histeria

Sinopsis Kami Histeria

Sinopsis Kami Histeria

Sinopsis Kami Histeria

Sinopsis Kami Histeria

Sinopsis Kami Histeria

Sinopsis Kami Histeria

Sinopsis Kami Histeria

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tiket Dato Siti Nurhaliza Live in Concert Dijual Mulai Hari Ini

Gambar Suami Linda Onn