in ,

Yang Korang Patut Tahu Tentang THE SHERRY SHOW & FRIENDS

GELAK TAWA BERSAMA SHERRY & RAKAN-RAKANNYA!

Berita baik buat semua peminat Sherry Al-Hadad, program bual bicara pengacara dan pelakon “happy go lucky” ini kembali buat musim kedua! Menariknya kali ini, Sherry akan mengendalikan program The Sherry Show & Friends bersama rakan-rakan selebritinya pada setiap minggu.

Sherry Al-Hadad 1

Mempunyai 12 episod, The Sherry Show & Friends bersiaran selama satu jam pada setiap hari Ahad, pukul 11.00 malam di TV3 bermula 18 Mac 2018 (Ahad). Program bual bicara yang padat dengan pelbagai segmen dan topik ini turut menampilkan pengacara bersama yang berbeza setiap minggu seperti Nabila Huda, Awal Ashaari, Sharifah Amani, Anzalna, Izzue Islam dan ramai lagi.

Sherry dan pengacara jemputannya akan bincang tentang topik-topik menarik yang relevan dengan masyarakat kini. Selain itu, The Sherry Show & Friends juga diriuhkan lagi oleh barisan selebriti jemputan antaranya Bront Paralae, Mamat Khalid, Ebby Yus, Rozita Che Wan, Nadiya Nisa, Michael Ang, Aziz M.Osman, Nabila Razali, dan Datuk Rosyam Nor

Menurut Pengurus Besar, Pengurusan Jenama, Integrasi Digital Dan Perolehan, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Puan Zurina Othman, “Atas kejayaan The Sherry Show musim pertama, kami kembalikan program ini dengan musim kedua sebagai tanda penghargaan kepada mereka yang tidak putus memberi sokongan. Bezanya kali ini, para penonton akan dihiburkan oleh Sherry dan pengacara jemputannya pada setiap minggu. Dengan itu, kami berharap orang ramai akan terus setia bersama The Sherry Show & Friends dari awal hingga akhir,”

Program bual bicara yang sudah pasti akan menghiburkan hati para penonton ini berkonsepkan santai, penuh gelak ketawa dan akan membincangkan tentang isu-isu semasa yang tular serta sedang hangat dibicarakan orang ramai. Lebih menarik lagi, Sherry Al-Hadad akan berinteraksi secara lebih eksklusif bersama para penonton menerusi beberapa segmen menarik seperti 11 Soalan, Sidekick dan Kerusi Panas.

Berikut merupakan senarai topik, pengacara bersama dan artis jemputan untuk setiap episod:

Topik Pengacara Bersama Tetamu Jemputan
“Datuks” Nabila Huda Datuk AC Mizal

Datuk Hans Isaac

“Oversized Artist” Shuk Abam

Zalif Sidek

Syanie

“Perbezaan Berlakon Drama & Filem” Fahrin Ahmad Rozita Che Wan

Nadiya Nisa

“Rupa Ke Bakat” Siti Elizad Ebby Yus

Vicha

Johan Ashaari

“Pengarah” Awal Ashaari Mamat Khalid

Aziz M. Osman

Michael Ang

“Artis Muda Popular” Puteri Balqis As’ad Motawh

Aiman Tino

Nabila Razali

“Antagonis” Sharifah Amani Raja Ilya

Bront Paralae

Rosyam Nor

“Artis Lasak” Ajak Atu

Faradhiya

Aisha Hasnaa

“Petite” Anzalna Bell Ngasri

Wan Sharmilla

Siti Sarah

“Artis Komedi” Mark Adam Ropie

Mamak Puteh

Shuib

“Hero Melaya” Izzue Islam Sophia De Fam

Nico-G

Waris

Cat Farish

The Sherry Show & Friends merupakan terbitan Primeworks Studios yang diterajui oleh M. Samsairol Che Aman sebagai Penerbit Eksekutif dan Haizren Mohd Esa sebagai Penerbit.

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman web www.tv3.com.my dan ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia. Para penonton juga boleh menyaksikan program ini melalui strim secara langsung definisi tinggi di www.tonton.com.my.

Sherry Al-Hadad 2

Sherry Al-Hadad 3

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Ini Senarai Nama Peserta Protégé Mentor Otai

Tiket Konsert ONEREPUBLIC LIVE IN MALAYSIA Laris Dijual