in

Tiket Konsert ONEREPUBLIC LIVE IN MALAYSIA Laris Dijual

ONEREPUBLIC LIVE IN MALAYSIA AKAN DISERIKAN DENGAN DENDANGAN LAGU-LAGU HIT KUMPULAN ONEREPUBLIC

TIKET CAT 4 TELAH HABIS DIJUAL DAN JUALAN TIKET VIP SEMAKIN LARIS

Kumpulan pop rock ternama Amerika Syarikat OneRepublic akan kembali beraksi di Malaysia pada 25 April (Rabu, 8 malam) ini di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Kumpulan ini bukan sahaja akan mendendangkan lagu-lagu terkini, malah mereka akan memukau penonton dengan rangkaian lagu hit yang dipetik daripada album terdahulu yang sentiasa malar segar itu.

OneRepublic Concert Image

Konsert OneRepublic Live in Malaysia 2018 anjuran WGW Entertainment merupakan sebahagian daripada rangka konsert bergerak mereka di Asia pada tahun ini. Selain itu, konsert ini juga bertujuan untuk mempromosi album keempat mereka yang berjudul Oh My My. Konsert ini mendapat sokongan daripada Malaysia Major Events (MME), bahagian Konvensyen dan Biro Pameran Malaysia (MyCEB) di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.

Konsert yang bakal berlangsung ini akan menjadi persembahan pertama OneRepublic di Malaysia selepas hampir setengah dekad tidak beraksi di hadapan penonton negara ini sejak 2013. Keterujaan peminat untuk menonton persembahan kumpulan ternama itu menyebabkan jualan tiket kategori CAT 4 (tempat duduk bebas) telah habis dijual, sementara tiket untuk tempat duduk VIP pula jualannya semakin laris.

Peminat masih lagi boleh membeli tiket VIP yang semakin laris jualannya dan categori lain seperti berikut:

• RM668 (VIP, Tempat Duduk Bernombor, Semakin Laris)
• RM578 (Rock Zone)
• RM498 (CAT1, Tempat Duduk Bernombor)
• RM398 (CAT2, Tempat Duduk Bernombor)
• RM298 (CAT3, Tempat Duduk Bebas)
• RM178 (CAT4, Tempat Duduk Bebas, Habis Dijual)

*Semua harga termasuk 6% GST tetapi tidak termasuk yuran pemprosesan RM4.

Peminat-peminat boleh membeli tiket menerusi www.ticketcharge.com.my atau menerusi talian 03-9222 8811. Tiket-tiket juga boleh dibeli secara langsung daripada wakil-wakil jualan tiket rasmi yang terdapat di Eden Ultimate Sdn. Bhd, 1Shamelin Shopping Mall, The Mines, The School by Jaya One, Blonde & Brunette Sdn. Bhd, Quill City Mall KL, Eastern Records Sdn. Bhd (Rock Corner HQ), Rock Corner The Gardens dan rangkaian kedai Speedy yang terpilih.

Bagi peminat kumpulan OneRepublic yang ingin menonton aksi hebat Ryan Tedder (vokalis/penulis lirik), Zach Filkins (gitar/vokalis), Drew Brown (gitar), Eddie Fisher (dram) dan Brent Kutzle (bes/cello/vokalis), jangan ketinggalan untuk mendapatkan tiket-tiket menerusi TicketCharge.

Album terkini mereka Oh My My menduduki tangga ketiga dalam carta muzik di Amerika Syarikat selepas dipasarkan pada Oktober 2016. Sementara itu, single baharu, No Vacancy dan Rich Love telah berjaya melonjak nama kumpulan tersebut dalam kalangan pendengar platform digital daripada 13 juta hingga 21 juta.

Kumpulan yang ditubuhkan pada 2002, mula mendapat perhatian ramai menerusi sosial media MySpace sebelum bergelar artis dan menghasilkan lagu-lagu hit seperti Apologize, Stop and Stare, Counting Stars, Secrets dan If I Lose Myself sehingga menjadi salah satu kumpulan yang paling berjaya dan popular dalam dekad ini.

Sepanjang perjalanan kerjaya muzik mereka, OneRepublic telah memenangi beberapa anugerah muzik dan pernah tercalon dalam pelbagai anugerah termasuk Grammy Awards, American Music Awards dan Billboard Music Awards.

Untuk keterangan lanjut jangan lupa ikuti Facebook @wgwentertainment yang akan memaklumkan perkembangan terkini konsert OneRepublic Live in Malaysia 2018 atau layari www.onerepublic.com untuk maklumat mengenai konsert ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Yang Korang Patut Tahu Tentang THE SHERRY SHOW & FRIENDS

Kiut Julang Trofi Juara Gegar Lawak