in , ,

Radio ERA Perkenal ‘JoHaRaRy Pagi ERA’, Kini Sherry Alhadad Jadi Penyampai Radio

Strim segmen pagi baharu sekarang bersama Johan, Haniff, Ray dan Sherry di aplikasi SYOK

Radio ERA hari ini mengumumkan kemasukan Sherry Alhadad, gandingan terbaharu segmen pagi ERA yang diberi nama ‘JoHaRaRy Pagi ERA’ bersama Johan, Haniff, Ray dan Sherry. Tahniah buat Sherry yang kini sudah bergelar penyampai radio pula.

Segmen baharu ‘JoHaRaRy Pagi ERA’ akan menemui para peminat ERA secara rasminya bermula 1 Mac, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 pagi hingga 10 pagi. Sherry Alhadad, pengacara dan pelakon versatil di Malaysia, akan memeriahkan suasana pagi di ERA dengan suara, telatah dan celotehnya yang menggamit hati, turut dilengkapkan bersama gandingan Johan, Haniff dan Ray, membincangkan pelbagai topik menarik secara santai bersama para peminat seperti muzik, hiburan serta gaya hidup semasa. 

Radio ERA Perkenal ‘JoHaRaRy Pagi ERA’, Kini Sherry Alhadad Jadi Penyampai Radio

Selain penambahan personaliti baharu di ERA, para peminat juga boleh terus berhibur dan menikmati pengisian menarik bersama ‘JoHaRaRy Pagi ERA’, pada setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 pagi hingga 10 pagi seperti: Sketsa JoHaRaRy, para peminat boleh berhibur dan bergelak ketawa dengan pelbagai sketsa atau cerita yang dilakonkan oleh Johan, Hanif, Ray dan Sherry.

Spontan ERA, di mana para peminat dapat berinteraksi bersama JoHaRaRy dengan permainan menarik seperti pantun dua kerat, soal-menyoal dan ayat penyata.

Sam Leper, di mana babak lakonan tentang Sam Leper, seorang ‘King of Motorsport’, membincangkan hal-hal motorsikal dengan penuh lawak jenaka.

Erman Zaki, Pengurus Kandungan ERA berkata

“Kami sangat teruja memperkenalkan gabungan baharu ‘JoHaRaRy Pagi ERA’ dengan menampilkan Sherry Alhadad sebagai personaliti baharu segmen pagi terkemuka kami. Dengan pengalaman Sherry sebagai seorang pelawak, pelakon dan pengacara TV tempatan, peminat-peminat ERA boleh menantikan segmen pagi yang memang ‘Ekstra Mantul’ dengan keserasian bersama personaliti-personaliti yang sedia ada. Kami berterima kasih kepada semua peminat ERA atas sokongan mereka yang menjayakan radio ERA sebagai jenama radio No. 1 di Malaysia dan sentiasa berusaha untuk menawarkan kandungan yang relevan dan menghiburkan buat demografik peminat-peminat ERA. Kami juga berharap peminat ERA dapat terus berhibur dan menikmati pembaharuan ini bermula 1 Mac, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 pagi hingga 10 pagi.”

What do you think?

43 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Janna Nick Dikecam Peminat K-Pop, Bersumpah Pegang Al-Quran, Akaun IG Hilang, Janna Report Polis

Dari Artis Underground, Kini Eemrun Bangkit Berjuang dengan EMOSI