in , , ,

Sherry Alhadad & Syomirizwa Gupta Bergabung Hasilkan Koleksi Fesyen Pertama Untuk Aidilfitri

Koleksi ‘Sherry Alhadad X Syomirizwa Gupta’ dicipta khas untuk wanita bersaiz besar dengan ukuran antarabangsa, dan diinspirasikan daripada kekuatan dan keyakinan diri

Dua nama besar di dalam industri hiburan dan fesyen tanahair telah bergabung tenaga bulan ini untuk melancarkan koleksi fesyen Aidilfiri untuk tahun 2021. Hadir dengan estetika gaya individual dan kekuatan  jumlah peminat dan pengikut di media sosial, Sherry Alhadad dan Syomirizwa Gupta hari ini mengumumkan kolaborasi mereka yang pertama dinamakan Sherry Alhadad X Syomirizwa Gupta yang juga merupakan koleksi Sherry yang pertama bersesuaian dengan sambutan Hari Raya yang bakal menjelma. 

Dengan rekaan yang mensasarkan wanita-wanita bersaiz besar dengan ukuran antarabangsa dan diinspirasikan daripada kekuatan dan keyakinan diri, koleksi ini menampilkan lapan (8) rekaan baru terhasil daripada idea-idea gabungan dua figura yang begitu berpengaruh di dalam industri masing-masing.

Gabungan Mantap Sherry Alhadad Bersama Syomirizwa Gupta Hasilkan Koleksi Fesyen Pertama Untuk Aidilfitri

“Sherry Alhadad X Syomirizwa Gupta adalah surat cinta kami buat semua peminat-peminat dan mereka yang mengikuti perjalanan kerjaya kami berdua sejak awal penglibatan di dalam industri. Kami sebenarnya telah lama bercadang untuk bekerjasama dan projek Hari Raya ini bagaikan rancangan yang begitu sempurna untuk direalisasikan. Lebih-lebih lagi dengan situasi dunia yang begitu menekankan. Kami rasa ianya adalah masa yang sangat sesuai untuk memberikan mesej yang positif buat semua terutamanya kaum wanita tidak kira apa jua bentuk badan dan rupa paras anda, kita seharusnya berbangga dengan diri sendiri dan menggunakan segala peluang yang ada. Kecantikan itu adalah amat subjektif dan saya amat berbangga kerana dapat menjadi inspirasi dan idola kepada ramai wanita yang kurang berkeyakinan tentang bentuk badan mereka,” kata Sherry. 

Gabungan Mantap Sherry Alhadad Bersama Syomirizwa Gupta Hasilkan Koleksi Fesyen Pertama Untuk Aidilfitri

Dengan pengalaman selama 17 tahun di dalam bidang fesyen , Syomirizwa Gupta adalah jenama yang tepat untuk berkolaborasi bersama Sherry terutama sekali sebagai penglibatan rasmi pertama jenama Sherry Alhadad menceburi industri fesyen.

“Pertama kali saya menonton penampilan Sherry bersama Projek Disko Baldi dalam sketsa ‘Enjit Enjit Semut’ saya terus meminatinya. Beberapa tahun selepas itu saya ditawarkan untuk menyediakan persalinan untuknya bagi satu majlis dan kami mula rapat. Ianya bagaikan satu sinergi yang amat luar biasa. Saya begitu mengagumi keyakinan diri Sherry terutama sekali hubungannya dengan fesyen. Berkat kerja keras, personaliti yang mesra  dan mudah didekati, nama Sherry Alhadad makin harum di dalam industri seni tanahair. Penglibatannya di dalam industri fesyen bukanlah suatu yang mengejutkan. Saya berbesar hati dapat berkolaborasi dengannya dan melancarkan koleksi ini untuk semua wanita-wanita bersaiz besar dengan ukuran antarabangsa di luar sana!” jelas Syomir. 

Dikenali dengan penggunaan warna-warna primer dan corak grafik yang vibrant di dalam setiap rekaannya, Syomir, sebagai pemilik dan Pengarah Kreatif jenama Syomirizwa Gupta, sekali lagi telah membawa elemen-elemen ini di dalam koleksi Sherry Alhadad X Syomirizwa Gupta.

“Ramai yang tidak mengetahui bahawa Sherry berasal dari Sarawak. Dia ada bercerita tentang tradisi beraya di Kuching, di mana Hari Raya disambut begitu meriah dan umat Islam yang menyambutnya perlu memakai persalinan penuh Aidilfiri selama tujuh hari tujuh malam. Kerana itulah kami membuat keputusan untuk mengeluarkan lapan rekaan untuk koleksi Sherry Alhadad X Syomirizwa Gupta ini. Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan kesemua lapan rekaan, ini sudah pasti menyenangkan mereka untuk bergaya di Aidilfiti nanti. Satu lagi faktor yang amat penting, kami menggunakan fabrik dari kain kapas, printed rayon sehinggalah mixed crepe. Fabrik-fabrik ini bukan sahaja dari kualiti yang tinggi, malah menyejukkan dan selesa – ini penting bagi cuaca negara kita yang agak panas” kata Syomir lagi. 

Gabungan Mantap Sherry Alhadad Bersama Syomirizwa Gupta Hasilkan Koleksi Fesyen Pertama Untuk Aidilfitri

Harga bagi item-item dari koleksi ini bermula dari RM349 dengan saiz bermula dari 16 sehingga 22. Ianya hanya boleh didapati secara PRE-ORDER eksklusif di laman sesawang Syomirizwa Gupta di www.syomirizwagupta.com bermula 8 Mac 2021.

“Saya amat berbangga dengan hasil kerjasama ini dan ianya merupakan petanda yang positif bagi perjalanan saya di dalam bidang fesyen secara profesional. Sebagaimana dia merupakan peminat saya, saya juga adalah peminat hasil kerja Syomir dan jenamanya yang sangat mementingkan diversiti dan inklusiviti. Dia adalah di antara orang yang pertama memberikan saya keyakinan untuk bereksperimen dengan fesyen. Ditambah pula dengan reputasi yang sangat dihormati di dalam bidang yang diceburinya, saya berasa amat terharu dengan pujian-pujian ikhlasnya tentang saya. Sebagai seorang yang baru berkecimpung di dalam industri seni ketika itu, saya rasa begitu diterima dan ia menaikkan semangat untuk sentiasa melakukan yang terbaik. Saya berharap agar koleksi ini akan dapat diterima baik oleh semua kerana ia sememangnya dicipta untuk semua peminat kami,” kata Sherry dengan ikhlas. 

Ikuti perkembangan terkini Sherry Alhadad dan Syomirizwa Gupta di Instagram dan Facebook dengan nama yang sama. Untuk maklumat lanjut sila layari www.syomirizwagupta.com

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Zizan Razak | 22

Filem Bulan & PRIA TERHEBAT Akhirnya Boleh Ditonton Di Pawagam Rumah Anda

Tony Fernandes Airasia 2020 | 23

Pengguna Airasia Super App Kini Boleh Berhubung & Bersembang