in , ,

Teruja Abang Sudah Hilang Kuasa, Ini Ucapan Azwan Ali Buat Azmin Ali

Terkini, menerusi Twitter ‘gah’ Diva AA, dia telah memanjatkan rasa syukur yang tidak berbelah bahagi kerana merasakan doanya telah dimakbulkan oleh Allah S.W.T.

Isu berkenaan pengacara terkenal, Azwan Ali dan pelakon wanita popular, Rozita Che Wan dilihat semakin panas selepas Rozita atau mesra disapa Che Ta telah dipanggil ke ibu pejabat polis susulan tindakan Azwan yang membuat laporan polis terhadapnya.

Menurut laporan sebelum ini, Azwan Ali atau Diva AA telah membuat laporan polis dengan mendakwa bahawa pelakon tersebut membuat fitnah terhadap dirinya dengan mengatakan yang Menteri Kanan Kerajaan Perikatan Nasional yang juga abangnya telah memberikan elaun hidup kepada Diva AA.

Jadi, pada 16 Ogos 2021, Che Ta telah dipanggil pihak polis dan telahpun memberikan keterangan selama hampir 4 jam bagi laporan tersebut.

Teruja Abang Sudah Hilang Kuasa, Ini Ucapan Azwan Ali Buat Azmin Ali

Teruja Azmin Ali hilang kuasa

Menerusi Twitter ‘gah’ Diva AA, dia telah memanjatkan rasa syukur yang tidak berbelah bahagi kerana merasakan doanya telah dimakbulkan oleh Allah S.W.T.

Mana tidaknya, dalam sekelip mata, abangnya iaitu Datuk Seri Azmin Ali kehilangan kuasa susulan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan.

Kisah Report Polis Viral

Dalam pada itu, Azwan Ali turut berasa gembira kerana kisah laporan polis yang dibuat terhadap selebriti wanita tempoh hari viral dan namanya disebut-sebut sehingga kini.

Pengacara itu tidak dapat menerima difitnah oleh pelakon tersebut dengan mendakwa dia mendapat elaun daripada Azmin Ali seperti yang pernah tular sebelum ini.

Terdahulu, ciapan yang dibuat oleh Diva AA di akaun Twitternya telah mengundang rasa tidak puas hati Che Ta kerana dilihat menghina ibunya dengan kata-kata kotor.

Susulan daripada itu, Che Ta telah memuat naik satu kenyataan di media sosialnya sehingga Diva AA ‘melenting’ dan ingin menyaman selebriti tersebut sebanyak RM5 juta.

Teruja Abang Sudah Hilang Kuasa, Ini Ucapan Azwan Ali Buat Azmin Ali

“Saya Minta Maaf” – Azmin Ali

Susulan perletakkan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan barisan kabinet , netizen tidak berhenti menzahirkan kesedihan mereka terhadap pengumuman keputusan itu.

Selain netizen, beberapa orang menteri turut dilihat meluahkan rasa sedih mereka melalui akaun sosial media peribadi, termasuklah Menteri Kanan Antarabangsa dan Industri, Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali.

“Saya minta maaf di atas segala kekurangan”

– Azmin Ali

Menerusi tweet yang dimuatnaik di akaun Twitternya, Dato’ Seri Azmin Ali dilihat berkongsi kekesalannya kerana gagal untuk membantu rakyat dari segi ekonomi dan menyediakan peluang pekerjaan yang secukupnya.

Menurut beliau lagi walaupun keadaan ekonomi kini semakin pulih, dia akui ramai lagi rakyat yang perlu dibantu kerana terkes4n dengan wab4k Covid-19 ini.

Melalui tweet ringkas itu, beliau sempat memohon maaf , selain berkongsi rasa bangganya kerana berpeluang untuk berkhidmat kepada rakyat Malaysia.

Tweet tersebut mendapat 1.4 ribu ulangciap selain mendapat sebanyak 793 komen dari pengguna laman tersebut.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dapat Majoriti Penuh, Ismail Sabri Bakal Dilantik Jadi Perdana Menteri Ke-9

tony fernandes airasia-2020

AirAsia Hulurkan Bantuan Makanan Melalui Kerjasama airasia grocer & kitajaga.co