in , ,

Dapat Majoriti Penuh, Ismail Sabri Bakal Dilantik Jadi Perdana Menteri Ke-9

Berikutan keadaan politik yang melanda negara ketika ini, Dua Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) mengesahkan parti itu bersetuju menyokong Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon tunggal Perdana Menteri.

Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dan Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata nama Ismail Sabri dipersetujui oleh semua 42 Ahli Parlimen BN untuk dipersembah kepada Yang di-Pertuan Agong, sebelum jam 4 petang hari ini.

“UMNO dan BN bersama-sama dan bersetuju mencalonkan satu nama. Tentunya (calon itu mesra kepada semua parti luar BN).

“Ya, (calon itu) Ismail Sabri. Kami sudah melepasi sempadan (majoriti 111 untuk membentuk kerajaan),” katanya kepada media di Menara Dato’ Onn, hari ini.

Azalina yang juga Timbalan Speaker Dewan Rakyat, mengakui kerajaan baharu yang perlu dibentuk ketika ini, mesti dalam bentuk gabungan dan memerlukan kerjasama pelbagai pihak kerana perlu menguruskan pandemik COVID-19.

Katanya, semua Ahli Parlimen BN dalam mesyuarat malam tadi dimaklumkan calon Perdana Menteri BN akan turut disokong sejumlah parti tertentu untuk mendapat sokongan melebihi majoriti 111.

Sumber: BH

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fenomena Kepala Air Landa Kaki Gunung Jerai Sebabkan Banjir di Beberapa Kawasan

Teruja Abang Sudah Hilang Kuasa, Ini Ucapan Azwan Ali Buat Azmin Ali