in

Temui Sunny Girl Wu Chun di 8TV

TEMUI PELAKON ‘SUNNY GIRL’ WU CHUN DIBAWAKAN EKSKLUSIF OLEH 8TV

Premiere On Malaysian TV (Pre-Astro)
Hito Idol Theatre
SUNNY GIRL
Hari Siaran/ Masa: Sabtu, 6.30mlm – 8.00mlm
Bahasa: Mandarin
Episod : 14 x 90 minit

Berita baik untuk semua peminat drama bersiri popular Taiwan SUNNY GIRL. Teraju utama drama ini – Wu Chun akan datang ke Malaysia untuk bertemu dengan anda!

Berdasarkan jalan cerita yang hebat, penghayatan watak yang cukup memberi kesan kepada penonton, drama bersiri ini ternyata mendapat sambutan hangat penonton. Wu Chun akan bertemu dengan peminat di Malaysia untuk mempromosikan drama lakonan beliau , SUNNY GIRL.

Wu Chun akan membuat penampilannya secara eksklusif pada 4 Mei 2012 (Jumaat) jam 4.30 petang dalam temubual secara langsung di 8 E-News dan diikuti dengan temubual radio secara langsung di One FM pada jam 5.10 petang. Anda juga berpeluang menemui Wu Chun di pintu utama Sunway Pyramid jam 8.30 malam hari yang sama untuk sesi bertemu peminat.

Siri jelajah promosi ini diteruskan lagi ke selatan tanahair. Wu Chun akan membuat penampilan istimewa untuk peminat di Johor Bahru pada 5 Mei 2012 (Sabtu). Datanglah beramai-ramai ke tempat letak kereta terbuka, Sutera Mall Johor Bahru jam 8.00 malam.

“Drama bersiri SUNNY GIRL membariskan ramai pelakon popular dan 8TV membawakan kepada anda pelakon utama drama ini Wu Chun untuk bersama-sama dengan peminat di Malaysia. Kami cukup teruja untuk memahatkan kenangan terindah bersama-sama dengan anda dalam sesi bertemu peminat bersama Wu Chun.” ujar Cik Airin Zainul, Pengurus Besar Kumpulan 8TV & ntv7.

Saksikan SUNNY GIRL secara eksklusif setiap Sabtu jam 6.30 petang – 8.00 malam eksklusif di 8TV. Pastinya, drama ini akan menceriakan malam minggu anda seisi keluarga. Malahan ianya boleh ditonton secara percuma hanya di 8TV.

8TV juga boleh ditonton di saluran 708 di Astro. Penonton juga boleh menonton rancangan kegemaran anda di www.8tv.com.my / www.tonton.com.my serta ikuti kami di laman sesawang www.facebook.com/8TVfb , www.twitter.com/8tv dan www.youtube.com/8tvaddicts

Temui Sunny Girl Wu Chun di 8TV

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sinopsis Drama Bersiri SEINDAH SAKURA

Asia’s Next Top Model