in , ,

Telefon Pintar HONOR 50 Terbaik untuk Vlogging, Kini Dah Ada Google Mobile Services

Wah! Telefon bimbit Honor sekarang dah ada Google Mobile Services. Jadi tak susah lagi la kan? Harga bermula RM1,699, pra tempah hari ini untuk ganjaran sehingga RM550!

Malaysia diberi penghormatan sebagai negara pertama membawa masuk HONOR 50 yang dinanti-nantikan selama ini, selepas dilancarkan di China awal tahun ini. HONOR 50 akan menyokong Google Mobile Services, memberikan kebiasaan yang sama seperti yang diperlukan peminat. HONOR berbangga untuk mengatakan bahawa ini merupakan telefon pintar terbaik untuk vlogging, membawakan pengalaman vlogging sehenti yang dicari-cari peminat.

Telefon Pintar HONOR 50 Terbaik untuk Vlogging, Kini Dah Ada Google Mobile Services

“Hari ini bukan sahaja menandakan kepulangan pertama HONOR ke Malaysia sejak menjadi bebas, tetapi juga pelancaran media HONOR. Pasaran saham HONOR yang mencecah 16.2% di China pada Ogos lalu menambah lagi keyakinan kami dengan kejayaannya seluruh dunia”.

“Menyambung legasi siri HONOR dengan menyatukan estetik dan teknologi, telefon pintar baru HONOR 50 berbangga dengan barisan inovasi yang mengagumkan merangkumi kamera, rekaan dan prestasi, bekerjasama dengan rakan industri terkemuka dunia,”

– Justin Li, CEO HONOR Malaysia
Telefon Pintar HONOR 50 Terbaik untuk Vlogging, Kini Dah Ada Google Mobile Services

Vlogging dengan Kamera 108MP

HONOR 50 membawakan pengalaman merakam vlog pada satu masa ke tahap baru, dengan kamera 32MP, menjadikan video dan swafoto menjadi sempurna, bertambah seronok apabila membawa rakan-rakan masuk dalam setiap gambar.

Kini dengan binaan kamera quad gred tinggi, menyerlahkan lagi kamera utama 108MP, kamera sudut lebar 8MP, dan kamera dalam 2MP, HONOR 50 membolehkan pengguna merakam foto dan video dengan kejelasan ultra dan perincian yang cantik, malah pada waktu malam ketika pencahayaan terhad.

Didatangkan dengan enam mod rakaman multi-video yang menghasilkan pengalaman merakam dari pelbagai sudut dan perspektif pada peringkat tertinggi, penghasil konten kini boleh menghasilkan video profesional dengan kualiti audio tinggi, memberikan pengalaman yang mudah dan menyeluruh.

Rekaan Kamera Dual Ring

Peminat boleh memilih 4 pilihan warna Frosty Crystal, Emerald Green, Midnight Black dan edisi terhad HONOR Code. Berbeza dari warna kebiasaan, Frost Crystal merupakan warna trendy yang menjadi kesukaan ramai. Emerald Green memberi rasa premium memiliki telefon pintar garang yang mencerminkan HONOR 50.

Warna terhad HONOR Code memberi efek visual yang bersemangat dalam rekaan monogram, melengkapkan definisi hasil kemahiran superior seperti yang diperkatakan. Midnight Black pula adalah rekaan klasik bagi individu yang sukakan warna gelap keseluruhan.

Di samping itu, mengadaptasi rekaan dual ring yang diilhamkan dari kamera klasik berlensa kembar, rekaan kamera dual ring HONOR 50 mempunyai dua bulatan berpusat di bahagian belakang, dibuat seakan sepasang mata bagi membantu pengguna melihat dunia keliling dengan lebih luas.

Rekaan klasik cincinnya direka seperti jenama barang kemas mewah, dengan bulatan digilap kemas seperti cincin besi klasik, dan tahan lama mengelilingi sudut kamera. Pemilik HONOR 50 boleh berbangga memiliki telefon pintar ikonik, melangkah ke arah gaya hidup yang tidak terbatas dengan keindahan setiap detik, sedia dirakam dengan hanya satu sentuhan butang.

Telefon Pintar HONOR 50 Terbaik untuk Vlogging, Kini Dah Ada Google Mobile Services

Paparan OLED Melengkung 75 darjah

HONOR 50 berbangga dengan paparan OLED melengkung 6.57 inci melengkung 75darjah dengan HD+ Penuh, serta resolusi 2340 X 1080. Peminat boleh menikmati pengalaman bermain game, video atau foto melalui paparan besar dengan warna 1.07 bilion, meliputi 100% DCI-P3 warna gamut.

Ditambah dengan kadar dinamik pintar yang disegarkan pada 120Hz dan kadar sentuhan pensampelan 300Hz, permainan yang mengasyikkan boleh dialami dengan HONOR 50.

Dengan kadar dinamik pintar yang disegarkan, peminat boleh mengubah kadar segar semula berdasarkan aktiviti pada skrin, sekaligus dapat membantu penjimatan kuasa bateri. Selamat untuk mengatakan, menemui keselesaan dalam resolusi besar dan warna crisp memberikan pengalaman lain dari yang lain.

Bateri Tahan Lama

Terima kasih kepada bateri 4300mAh, HONOR 50 memiliki bateri yang tahan lama, ditambah dengan 66W HONOR Wires Pengecasan Pantas – menambah jangka hayat bateri dari sifar kepada 50 hingga 70% dalam 20 minit sahaja, maka anda tidak lagi perlu bimbang tentang kehabisan bateri. Langkah-langkah keselamatan telah diambil bagi memastikan pengecasan selamat, dengan HONOR melaksanakan indentifikasi tiga kali ganda untuk mengesan jika pengecas, bateri dan kabel adalah buatan HONOR, sekaligus mengurangkan kadar kerosakan ketika mengecas. Langkah keselamatan membolehkan peminat menarik nafas lega semasa merasai pengalaman pengecasan laju.

HONOR 50 dilengkapi dengan cip Qualcomm SnapdragonTM 778G 5G, meningkatkan lagi prestasi CPU dan GPU kepada 45% dan kuasa pemprosesan AI kepada 123% berbanding generasi sebelumnya. Dikuasakan oleh GPU Turbo X, satu teknologi pecutan grafik yang unik, prestasi HONOR 50 kekal hebat walaupun ketika berada dalam permainan game yang sengit.

Harga dan Ketersediaan

HONOR 50 hadir dalam 2 versi, penstoran 6GB RAM + 128GB berharga RM 1,699 dengan dua pilihan warna Midnight Black – boleh didapati dalam talian dan di kedai, serta edisi terhad HONOR Code – hanya boleh didapati di stor dalam talian.

Telefon Pintar HONOR 50 Terbaik untuk Vlogging, Kini Dah Ada Google Mobile Services

Versi penstoran 8GB RAM + 256GB ditetapkan pada harga RM1,999 dan hadir dengan 3 warna menawan iaitu Frosty Crystal, Emerald Green dan Midnight Black, boleh didapati di pelbagai stor dalam talian dan Stor Diiktiraf HONOR seluruh Malaysia.

Peminat kini boleh bersiap sedia untuk pra tempah bermula 18 Oktober jam 9 malam untuk menikmati ganjaran yang ditawarkan.

Ganjaran bernilai RM250 bagi versi 6GB + 128GB akan diberi kepada peminat manakala bagi pembeli versi 8GB + 256GB akan membawa pulang hadiah bernilai sehingga RM550.

Telefon Pintar HONOR 50 Terbaik untuk Vlogging, Kini Dah Ada Google Mobile Services

Anda boleh menyemak senarai Stor HONOR atau singgah ke Stor Diiktiraf HONOR seluruh Malaysia hari ini untuk dapatkan HONOR 50!

Untuk sebarang kemas kini, layari laman Facebook HONOR Malaysia www.facebook.com/HONORMY dan laman sesawang www.hihonor.com/my/.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

london rag

London Rag is Bringing The Best Of London’s Fashion Scene to Malaysia

Armani Entertainment Cungkil Bakat Nyanyian & Lakonan Melalui THE AUDITION 2021