in , ,

Armani Entertainment Cungkil Bakat Nyanyian & Lakonan Melalui THE AUDITION 2021

The Audition 2021 Armani Entertainment Group Platform Untuk Anda Yang Mempunyai Bakat Dan Keunikan Tersendiri. Tunggu Apa Lagi, Ini Adalah Satu-Satunya Peluang Untuk Anda Tonjolkan Bakat Terpendam Anda! Mana Tahu Anda Bakal Menjadi Artis Terkenal Satu Hari Nanti.

Adakah korang ada bakat terpendam tak kiralah, samada nyanyian, tarian, pandai buat lawak dan lakonan? Jika jawapannya ya, sebenarnya korang layak untuk mencuba uji bakat terbitan Armani Entertainment Group (AEG) di The Audition 2021. Jangan malu dan segan, inilah masanya untuk buktikan pada dunia yang anda juga boleh menonjolkan bakat anda! 

Untuk info pembaca, The Audition 2021 bukannya program realiti show, tetapi lebih kepada platform untuk anda sertai industri kreatif tanah air dengan saluran yang lebih tepat. 

Armani Entertainment Group memiliki platform penerbitan filem dan drama, syarikat rakaman muzik dan bertanggungjawab sebagai agensi menjaga bakat-bakat hebat ini. 

Baru-baru ini, Budiey sempat menyaksikan seramai 120 peserta telah hadir pada sesi uji bakat yang telah berlangsung di Hotel Hilton Kuala Lumpur. Untuk rekod, AEG telah menerima 1781 penyertaan untuk lokasi uji bakat di Kuala Lumpur. 

Uji bakat THE AUDITION adalah 100% daripada pihak juri. Para peserta hanya melalui beberapa fasa uji bakat sahaja. Pertama, melalui muat naik video berdurasi lebih 1 minit di Instagram masing-masing beserta hashtag wajib. Fasa kedua, anda akan di panggil ke sesi uji bakat bersama para juri mengikut lokasi berdekatan anda. Mudah!

Seterusnya semasa uji bakat bersama juri, anda hanya perlu mendaftar, menunggu giliran dan terus ke bilik uji bakat. Jika anda mendapat STAR PASS, anda akan di wawancara oleh emcee Meor Addelan. Pada ketika ini, anda boleh belajar cara berkomunikasi dan menjawab soalan. Pendedahan awal berinteraksi bersama media. Hebat bukan?

Pada sesi sidang media, para juri berkongsi pengalaman masing-masing dalam mengendalikan pemilihan dan penjurian para peserta ujibakat.

“Keistimewaan THE AUDITION 2021 adalah komitmen kami kepada semua peserta. Kami tidak mahu terlepas peluang menggilap bakat-bakat terpendam. Ia adalah platform untuk peserta menjadi Super Star!,”

– Dato KK Chua (Ketua Pegawai Eksekutif AEG)
Armani Entertainment Cungkil Bakat Nyanyian & Lakonan Melalui THE AUDITION 2021
Dato KK Chua (Ketua Pegawai Eksekutif AEG)

Untuk memastikan program ini memenuhi kehendak pasaran hiburan tanah air yang terus berkembang maju dengan kemunculan pelbagai idea kreatif daripada penggiat seni lama dan baru, AEG melantik pengarah dan penerbit drama terkenal iaitu Michael Ang sebagai Rakan Strategik.

Dengan kemampuannya sebagai pengarah dan penerbit yang mapan, sinergi para juri akan menjadi hebat dalam mencapai objektif mencari bintang baru industri hiburan Malaysia.

“Pihaknya yakin dengan kemampuan yang ada pada Michael Ang, sinergi para juri akan menjadi hebat dalam mencapai objektif melahirkan bintang baru dalam industri hiburan tanah air. Dunia hiburan tanah air memerlukan bakat-bakat baru yang mampu menyerlahkan kemampuan, kehebatan dan lebih berdaya saing.

“Ledakan teknologi media sosial juga menyediakan ruang yang lebih luas untuk mereka mengetengahkan kreativiti dan meneroka pelbagai bidang seni termasuk kerja-kerja di sebalik tabir. Mereka perlu menjadikan bidang seni sebagai satu karier yang serius dan menjamin masa depan,”

– Dato KK Chua (Ketua Pegawai Eksekutif AEG)
Armani Entertainment Cungkil Bakat Nyanyian & Lakonan Melalui THE AUDITION 2021
Antara Kenali Juri-Juri THE AUDITION 2021

Kenali Juri-Juri THE AUDITION 2021

THE AUDITION 2021 bermula dengan uji bakat dalam talian di Instagram. Akhirnya, para peserta akan disenarai pendek untuk menjalani uji bakat secara langsung di hadapan juri profesional yang terdiri daripada Datuk KK Chua (Ketua Pegawai Eksekutif AEG), selebriti terkenal industri hiburan Malaysia iaitu Datuk Rosyam Nor, Michael Ang, Nabila Razali, Rozita Che Wan, Wany Hasrita, Sufian Suhaimi, Amira Othman, Izzue Islam, Dynas Mokhtar dan ramai lagi. 

Michael Ang turut memberi pandangan, ini bukan rancangan realiti show biasa yang kita tonton. Ini adalah platform untuk bakat yang tidak dipandang. Penyanyi indie, pelakon youtube, pencipta kandungan media sosial merebut peluang.

Armani Entertainment Cungkil Bakat Nyanyian & Lakonan Melalui THE AUDITION 2021
Michael Ang

THE AUDITION adalah jalan pintas untuk peserta masuk dalam industri melalui jalan yang betul. Sudah tiba masanya, industri hiburan menerima wajah baru.

Ia adalah masa sesuai untuk mencari bakat baru untuk drama-drama terbaru Michael Ang pada tahun 2022 akan datang. Pandemik COVID-19 banyak mengajar kita bahawa masa amat singkat tetapi kita perlu cepat maju kehadapan.

Nabila Razali berkongsi pengalaman beliau yang pernah melalui pengalaman menyertai uji bakat, memahami perasaan gementar. Jadi, saya akan memberi sokongan agar mereka terus berkeyakinan agar bakat yang ada teserlah semasa uji bakat. Mungkin meminta mereka menyanyi lagu lain tanpa muzik. Semestinya THE AUDITION mencari mereka yang berbakat besar, mempunyai keunikan tersendiri dan lain dari selebriti sedia ada di Malaysia.

Armani Entertainment Cungkil Bakat Nyanyian & Lakonan Melalui THE AUDITION 2021
Amira Othman

Amira Othman juga berkongsi pengalaman bahawa, untuk muncul di dalam industi hiburan dan terus kekal relevan memerlukan perjalanan yang panjang. Pengalaman dalam menyertai uji bakat pada tahun 2013 dan berjaya memenangi tempat ketiga merupakan anjakan paradigma untuk terus mara kehadapan.

Peserta yang menyertai uji bakat THE AUDITION tidak perlu melalui pengalaman seperti saya yang perlu melalui beberapa peringkat uji bakat. Sekurang-kurangnya 3 hingga 4 peringkat perlu dilalui sebelum bertemu juri. Jadi, anda jangan putus asa dan perlu terus mencuba.

Armani Entertainment Cungkil Bakat Nyanyian & Lakonan Melalui THE AUDITION 2021

Hadiah Pemenang THE AUDITION 2021

Pemenang THE AUDITION 2021 akan menerima kontrak 3 hingga 5 tahun dibawah jagaan Armani Entertainment Group (AEG) bernilai RM50,000 dan kelas nyanyian / lakonan bernilai RM10,000. Selain itu, penyanyi akan merakam single yang disusun oleh top-chart komposer lengkap bersama dengan video muzik. Manakala buat pelakon, anda akan mendapat peluang untuk bekerjasama dengan pengarah tersohor iaitu Encik Michael Ang dalam drama terbaru beliau!

Armani Entertainment Cungkil Bakat Nyanyian & Lakonan Melalui THE AUDITION 2021

Cara-Cara Menyertai THE AUDITION 2021

  • Follow Instagram ARMANI ENTERTAINMENT GROUP: https://www.instagram.com/armanientertainment
  • Muat naik video ujibakat berdurasi sekurang-kurangnya 1 minit (boleh lebih) di akaun Instagram anda. Pastikan akaun Instagram anda ditetapkan ke tetapan umum.
  • Wajib letak tanda pagar #theaudition2021 #AEG pada kapsyen ujibakat anda.
  • Tarikh tutup penyertaan mengikut lokasi ujibakat yang anda ingin sertai.
  • Paserta yang telah tersenarai pendek akan diumumkan di akaun Instagram @armanientertainment pada tarikh yang ditetapkan. 
  • Sentiasa ikuti Instagram @armanientertainment untuk maklumat lebih lanjut.
Armani Entertainment Cungkil Bakat Nyanyian & Lakonan Melalui THE AUDITION 2021

Syarat Penyertaan THE AUDITION 2021

  • Terbuka kepada Warganegara Malaysia
  • Berusia dari 18 tahun hingga 35 tahun
  • Bujang dan belum berkahwin
  • Tidak terikat dengan mana-mana syarikat pengurusan selebriti atau agensi hiburan.

Garis Masa Uji Bakat THE AUDITION 2021

Dalam mencari bintang-bintang baru, sebanyak enam lokasi uji bakat akan diadakan di seluruh Malaysia. Kuala Lumpur, Kuantan, Johor Bahru, Pulau Pinang, Kuala Terengganu, dan Kota Kinabalu. Ia bagi memastikan agar tidak ada bakat terpendam yang ketinggalan.

  • 17 October 2021: Kuala Lumpur
  • 24 Oktober 2021: Kuantan, Pahang
  • 31 Oktober 2021: Johor Bahru
  • 14 November 2021: Kota Kinabalu, Sabah
  • 20 November 2021: Kuala Terengganu. Terengganu
  • 28 November 2021: Penang
  • 12 Disember 2021: Final

Mengenai Armani Entertainment Group (AEG)

ARMANI ENTERTAINMENT GROUP, juga dikenali sebagai AEG, adalah syarikat pengurusan selebriti yang berfungsi sebagai wakil profesional dan penasihat untuk penyanyi dan pelakon. AEG juga merupakan Platform Profesional Selebriti yang memberikan jaminan, konsisten aliran pendapatan, dan platform untuk kemasyhuran sebagai selebriti dengan bakat yang baik & personaliti yang hebat.

Selain itu, AEG adalah sebuah syarikat produksi yang berfungsi dalam proses menghasilkan kandungan video untuk televisyen, media sosial, promosi korporat, komersial, atau bidang lain yang berkaitan dengan media. AEG adalah pasukan yang mengumpulkan keunikan bakat berbeza dan menjadi kepakaran mereka untuk menghasilkan isi kandungan hiburan sebagai produk yang sangat bagus.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

TRAVEL

Telefon Pintar HONOR 50 Terbaik untuk Vlogging, Kini Dah Ada Google Mobile Services

VAKSIN RINDU Nyanyian Yasin Sulaiman Tiup Semangat Kala Pandemik