in , ,

Honor Lancar Telefon Pintar Untuk Vlogger HONOR 50 Pada 18 Oktober 2021

Telefon pintar vlog terunggul: Pelancaran rasmi HONOR 50 secara penstriman langsung pada 18 Oktober 2021, 8 Malam

Sejak November 2020, HONOR sering hangat diperkatakan dan membuatkan orang ramai berasa kagum. Berjaya keluar daripada kepompong lama dan bertukar menjadi jenama bebas, HONOR menetapkan standardnya lebih tinggi, kini dengan model paling ditunggu-tunggu dan mendapat pujian ramai iaitu HONOR 50.

Peminat tidak lagi perlu tunggu lama kerana HONOR Malaysia mengumumkan pelancaran penstriman langsung pada 18 Oktober 2021 jam 8 malam.

CEO Honor Malaysia, Justin Li berasa amat teruja untuk berkongsi berita gembira kepada peminat tempatan bahawa Malaysia menjadi negara pertama luar China yang merasmikan telefon pintar dambaan ramai, HONOR 50.

“17 November 2020 membawa makna baru untuk saya, dengan kelahiran baru HONOR. Meraikan ulang tahun pertama sebagai syarikat bebas, perjalanan yang mengujakan ini adalah tentang menjunjung falsafah mengutamakan pelanggan, sentiasa memperbaharui teknologi dan mengejar kejayaan, pada masa sama menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada peminat seluruh Malaysia,”

– Justin Li
Honor Lancar Telefon Pintar Untuk Vlogger Honor 50 Pada 18 Oktober 2021

Rancangan masa depan HONOR termasuklah strategi ‘all scenario’ 1+8+N, membawa teknologi terkini HONOR seperti telefon pintar, komputer riba, tablet, peranti boleh pakai pintar, dan peranti audio masuk ke Malaysia. Strategi produk ‘all-scenario’ 1+8+N HONOR adalah pembinaan semula hubungan antara manusia dan perkakasan komputer, lalu menghubungkannya dengan produk HONOR secara lebih mudah.

Sistem itu membolehkan kerja-kerja naik taraf dan penambahbaikan dibuat secara bersepadu dengan teknologi pintar, sekaligus dapat memberikan pengalaman dan gaya hidup lebih lancar. 

Pada pengenalan awal HONOR 50, HONOR Malaysia menerima pelbagai pujian daripada rakan-rakan media, pemimpin, rakan kerjasama, pendapat pakar, dan selebriti tempatan seperti pemain badminton negara Goh Liu Ying dan Chan Peng Soon, pelakon Norman Hakim, Shiha Zikir, Eyka Farhana, Jojo Goh, Qiu Wen, serta ramai lagi.

Ketua Industri, Teknologi dan Telekomunikasi Google Malaysia, Lim Su Ann berkata,

“Kami di Google dan YouTube mahu melihat lebih banyak aktiviti dihasilkan pengguna dan youtubers Malaysia dengan HONOR 50.” 

– Lim Su Ann

Naib Presiden Senheng Malaysia, Jacky Pang berkata,

“Tahniah HONOR! Bagi meraikan pencapaian HONOR Malaysia, dapatkan HONOR 50 di kedai-kedai Senheng dengan hadiah menarik! Jangan ketinggalan!”

– Jacky Pang

HONOR 50 yang dinanti-nanti kini tiba dan akan membuatkan orang ramai teruja. Jangan lupa pertemuan kita pada 18 Oktober, jam 8 malam secara penstriman langsung di laman Facebook HONOR Malaysia dan Gempak Ria.

Untuk maklumat terkini, lawati HONOR Store, Shopee’s HONOR Official Store, Lazada’s HONOR Flagship Store atau laman Facebook rasmi HONOR Malaysia di www.facebook.com/HONORMY.

Mengenai HONOR

HONOR adalah penyedia peranti pintar terkemuka global yang ditubuhkan pada 2013. Kami komited untuk menjadi jenama teknologi ikonik global dan membolehkan kehidupan pintar melangkaui keseluruhan keadaan serta saluran, untuk semua orang. Dengan memberi tumpuan strategik terhadap inovasi, kualiti dan perkhidmatan, HONOR berdedikasi membangunkan teknologi yang memberi kuasa kepada orang ramai di seluruh dunia untuk menjangkau kemampuan penyelidikan dan pembangunan. Pada masa sama, HONOR mahu mewujudkan dunia pintar baru bagi semua orang menerusi portfolionya yang mengetengahkan pelbagai produk inovatif.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Agnez Mo | 21

Persembahan Patuh SOP Agnez Mo Kembali Tular Buat Netizen Terpukau

Syamsul Yusof | 22

Syamsul Yusof Beri Bayangan KL GANGSTER 3 Bakal Kembali?