in

Teen Choice Awards 2011 di 8TV

Sempena dengan sambutan ulangtahun ke-8 saluran hip 8TV anda bakal dihiburkan dengan salah satu rancangan anugerah yang cukup popular Teen Choice Awards 2011. Teen Choice Awards 2011 akan disiarkan pada 8 Januari 2011 (Ahad) jam 10.00 malam.

Rancangan ini sesuatu yang ditunggu-tunggu khalayak kerana menampilkan artis-artis popular kegemaran ramai. Majlis penuh ‘happening’ ini akan dibanjiri dengan selebriti ternama yang hadir dengan fesyen tersendiri!

Kehangatan Teen Choice Awards bermula dengan undian dari remaja-remaja yang mahukan artis kegemaran mereka memenangi anugerah yang disediakan. Pelbagai kategori menarik yang dipertandingkan antaranya ‘Choice Actor and Actress’, ‘Choice Liplock’ dan banyak lagi. Tahun ini juga menyaksikan penambahan anugerah iaitu ‘Choice Vampire’.

Jangan ketinggalan menyaksikan persembahan menarik dari artis-artis popular antaranya Selena Gomez, will.i.am, Jason Derulo dan OneRepublic. Selain itu majlis anugerah ini turut dihadiri Justin Bieber, Cameron Diaz, Kim Kardashian, Lucy Hale, Ed Helms, Rose Byrne, Paul Wesley, Tom Felton dan Shane West.
Bintang “The Big Bang Theory” Kaley Cuoco akan membawa anda ke suatu perjalanan yang menyeronokkan dalam Teen Choice Awards 2011 dan pastikan anda terus melekat di kaca televisyen masing-masing.

“Tahun ini kita meraikan ulangtahun ke-8 dan kami telah menyediakan pelbagai program dan aktiviti yang menyeronokkan khas untuk penonton setia kami!” ujar Cik Airin Zainul, Pengurus Besar 8TV dan ntv7. Airin menambah, “Kami di 8TV juga ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua penonton kami!”

Pastikan anda berada di depan kaca televisyen anda 8 Januari 2012 jam 10.00 malam untuk menyaksikan Teen Choice Awards 2011 eksklusif di 8TV. Berhibur bersama 8TV yang juga terdapat di saluran Astro 708. Kini anda juga boleh menonton rancangan-rancangan 8TV kegemaran anda di laman sesawang www.8tv.com.my / www.tonton.com.my atau ikuti kami di www.facebook.com/8TVfb , www.twitter.com/8tv dan www.youtube.com/8tvaddicts.

Teen Choice Awards 2011 di 8TV

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tayangan Filem Hebat dalam Slot Sinema

Majestic Dragon Festival Pavilion KL