in , ,

Tauke Jambu Serah Pada Peguam, Tegur Media & Blogger, Jangan Buka Ruang Untuk Tambah Dosa

Tauke Jambu Telah Menyerahkan Tindakan Selanjutnya kepada Peguam Yang Dilantik dan bakal Mengadakan Sidang Media Dalam Masa Terdekat. Terbaharu, Tauke Jambu juga Turut Tegur Media & Blogger, Jangan Buka Ruang Untuk Tambah Dosa serta Jangan Seronok Sangat Untuk Mengaibkan Orang.

Nampaknya sekarang ini netizen masih lagi heboh memperkatakan tentang isu siapakah pelawak yang dikaitkan dengan kes pemerdagangan manusia di media sosial. Terkini, Tauke Jambu menitipkan pesanan buat orang ramai khususnya media tempatan dan blogger di Instagramnya. 

Jangan Seronok Mengaibkan Orang

Tauke Jambu atau nama sebenarnya Zamratul Amri Zakaria menjelaskan agar orang ramai tidak menunding jari, mengaibkan orang, memfitnah, mengumpat dan mencemarkan maruah seseorang sesuka hati dan menganggap perbuatan tersebut adalah mulia.

Tauke Jambu Serah Pada Peguan, Tegur Media & Blogger, Jangan Buka Ruang Untuk Tambah Dosa

Salam sahabat beriman….

Kita seronok bermain dengan jari.. Kita seronok mengaibkan orang lain, kita seronok memfitnah, mengumpat, mecemarkan maruah orang sesuka hati..

Kita membuka ruang untuk menghasut, agar membenci sesama makhluk. Adakah kita rasa kita begitu mulia?” 

– Tauke Jambu

Guna Pen Untuk Sebar Kebenaran

Tauke Jambu juga turut meluahkan agar para media memberi hebahan yang betul, dan menjalankan tanggungjawab dan amanah untuk membetulkan serta menghebahkan berita yang benar dan bukan membuka ruang untuk menambah dosa.

“Kepada media blogger/wartawan.. Pen yang anda pegang adalah amanah untuk membetulkan dan menghebahkan kebenaran, bukan ruang menambah dosa.

Anda juga menjadi suis buka ruang dosa orang lain. Jadilah imam kepada mereka, bukan dajal kepada mereka.” 

– Tauke Jambu

Tauke Jambu Serahkan Pada Peguam

Di ruangan komen Instagram pelawak ini, ada menjawab pertanyaan netizen yang bertanyakan mengenai kes yang tular tersebut.

Tauke memberi maklum balas dengan menyatakan, bahawa segala urusan berkaitan dengan kes yang tular itu telah diserahkan kepada peguamnya.

“@farhansadri semua dah serah pada peguam saya”

– Tauke Jambu

Tauke Jambu Bakal Adakan Sidang Media

Pelawak Tauke Jambu akui kecewa apabila terus dikaitkan oleh netizen dengan berita mengenai pelawak terkenal yang ditahan terbabit kegiatan pemerdagangan manusia.

Tauke berkata dia turut hairan adakah tindakan mencemarkan maruah, mengumpat dan memfitnah dianggap mulia dalam kalangan masyarakat hari ini.

Tauke dikhabarkan akan mengadakan sidang media dalam terdekat bagi membersihkan semula nama dan imejnya.

Tauke turut berkongsikan bahawa dia dihubungi beberapa peguam namun tidak dijelaskan atas tujuan apa.

“Wah ramai lawyer call aku ni.. Alhamdulillah,”

– Tauke Jambu

Terdahulu, Tauke menafikan dia adalah pelawak yang ditahan polis. Tegas Tauke lagi, dia tidak kaitan dengan penangkapan itu.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Siti Sarah Selamat Melahirkan Bayi Lelaki, Terpaksa Ditidurkan, Tahap Oksigen Tidak Stabil

RTM Bangkit Nostalgia Filem PAGAR-PAGAR CINTA di TV2