in , ,

Tauke Jambu Nafi Ada Kaitan dengan Kes Pelawak Jadi ‘Bapa Ayam’ Yang Ditahan Reman

Hangat diperkatakan netizen ketika ini, berita tentang seorang pelawak terkenal telah ditahan di sebuah hotel di Kuala Pilah, Negeri Sembilan, terkena tempias dan netizen telah memetik nama Tauke Jambu. Namun Tauke telah pun menafikan dirinya terlibat dengan kes pemerdagangan manusia bagi tujuan eksploitasi seks.

Pelawak Tauke Jambu yang dulunya pernah menjadi peserta Maharaja Lawak Mega telah pun menafikan dirinya adalah individu yang ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam kegiatan pemerdagangan manusia bagi tujuan eksploitasi seks di sebuah hotel di Kuala Pilah, Negeri Sembilan, pada Ahad lalu. Jadi, persoalan sekarang siapakan pelawak yang ditahan reman itu? Jabatan Netizen Malaysia sekarang ini masih sibuk melakukan penyiasatan. Lambat laun kita akan tahu juga.

Tauke Jambu Nafi Ada Kaitan

Tauke atau nama sebenarnya Zamratul Amri Zakaria menegaskan, dia tiada kaitan dengan penangkapan yang dibuat. Jadi, tak perlu nak kaitkan dengan Jambu.

Tauke Jambu Nafi Ada Kaitan Dengan Kes Pelawak Jadi 'Bapa Ayam' Yang Ditahan Reman

“Individu itu bukan saya! Saya tidak terbabit dalam apa-apa kegiatan seperti itu. Gilalah siapa yang petik nama saya itu. 

– TAUKE JAMBU

“Saya ada saja di rumah di Bukit Jalil ini. Saya berada dalam keadaan baik dan tidak ada apa yang perlu dirisaukan. 

“Biarlah apa orang nak cakap, tapi tak eloklah kaitkan saya dengan isu sedemikian,”

– Tauke Jambu
Tauke Jambu Nafi Ada Kaitan Dengan Kes Pelawak Jadi 'Bapa Ayam' Yang Ditahan Reman

Lucu dengan Netizen Yang Memetik Nama

Menurut Tauke, biarpun namanya antara yang ‘dipetik’ netizen namun dia tidak marah sebaliknya menganggap ia sesuatu yang lucu. 

“Rasa kelakar pula bila nama saya dikaitkan dalam perkara ini. 

“Saya tiada hak untuk menutup mulut orang. Masing-masing ada hak bersuara. Kalau Agong pun orang boleh pertikaikan, apatah lagi saya ini. 

“Jangan risau saya berada dalam keadaan yang baik disamping isteri saya sekarang ini,”

– Tauke Jambu

Sementara itu, isterinya, Nadia Mohd Affandi turut menafikan suaminya mempunyai kaitan dengan jenayah terbabit, sebaliknya berada disisinya ketika ini.

Biarpun kesal, Tauke berkata dia tidak dapat menutup mulut netizen yang melemparkan tuduhan berat seperti ini.

‘Benda ni serius tapi orang dah tuduh kita nak buat macam mana. Saya tak boleh nak komen apa-apa.

“Tak tahu macam mana benda ni boleh keluar. Reda je la… netizen ada hak dan kita tak boleh nak larang.

Benda ni serius tapi orang dah tuduh kita nak buat macam mana,”

– Tauke Jambu
Tauke Jambu Nafi Ada Kaitan Dengan Kes Pelawak Jadi 'Bapa Ayam' Yang Ditahan Reman

Siapakah Pelawak Yang Direman?

Terdahulu, Harian Metro melaporkan seorang pelawak terkenal ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam kegiatan pemerdagangan manusia bagi tujuan eksploitasi seks di sebuah hotel di Kuala Pilah, Ahad lalu.

Dalam serbuan pada jam10 pagi itu, polis turut menyelamatkan seorang wanita daripada menjadi mangsa pemerdagangan orang untuk tujuan eksploitasi seks.

Sejak berita itu disiarkan, nama Tauke antara individu yang disebut-sebut warganet. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Shaheizy Sam Murung | 23

Pelawak Terkenal Disyaki Jadi Bapa Ayam Ditahan Reman Bantu Kes Pemerdagangan Manusia

Erra Fazira Covid Trending | 24

Lonjakan Kes COVID-19 Di Malaysia Antara Yang Terburuk Di Dunia