in , ,

RTM Bangkit Nostalgia Filem PAGAR-PAGAR CINTA di TV2

RTM Bangkit Nostalgia Filem PAGAR-PAGAR CINTA di TV2. Nyata Lawak Spontan Dan Bersahaja Pelakon Terkenal Antaranya Salih Yaacob, Ar Badul, Hamid Gukha, Yusni Jaafar Dan Ramai Lagi Ini Kekal Di Ingatan Kita Semua.

Nostalgia filem-filem diterbitkan sekitar tahun 80an termasuklah Jejaka Perasan, Keluarga 99, Hantu Siang, Keluarga Si Comat dan banyak lagi yang masih diminati sehingga kini. 

Pastinya ramai yang menantikan tayangan semula filem-filem menarik yang pernah menggeletek perasaan itu untuk mengembalikan ingatan terhadap idea dan lawak dibawakan mereka ini.

Mengembalikan nostalgia filem-filem lama, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan salah satu filem popular bertajuk “Pagar-Pagar Cinta” pada 14 Ogos ini, pukul 10.30 malam menerusisaluran TV2.

RTM Bangkit Nostalgia Filem PAGAR-PAGAR CINTA di TV2

Filem Pagar-Pagar Cinta arahan A.R Badul yang dilakonkan oleh Dewi Jacquelina, Liza Abdullah, R. Jaafar, Ibrahim Din, AK Jailani, Ghazali Sumantri, Mahyon Ismail dan Bibi Yem selain turut menampilkan AR Badul sebagai watak utama ini sarat dengan aksi mencuit hati bila mana percintaan sepasang kekasih yang mahu disatukan sebagai suami isteri terhalang oleh orang tua.

Ia mengisahkan watak Bidin, anak orang kaya telah jatuh hati terhadap gadis bernama Ani. Ani memiliki seorang abang dikenali sebagai Mamat. Begitupun hubungan cinta antara Ani dengan Bidin terhalang dek permintaan ibu Bidin yang mementingkat pangkat dan darjat. Pada masa sama dia Bidin berhubungan dengan Ani kerana mahu menjodohkan Bidin dengan Rita, anak kenalannya yang kaya-raya.

Lalu bermacam cara dan pendekatan diambil semata-mata mahu meyakinkan ibu Bidin bahawa cinta mereka begitu sejati tanpa mengira perbezaan darjat keluarga mereka. Namun adakah kemudiannya ibu Bidin lembut hati mahu menerima Ani sebagai menantu?

Pastikan anda bergelak ketawa dengan aksi melucukan dalam filem ini hanya di TV2.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tauke Jambu Serah Pada Peguam, Tegur Media & Blogger, Jangan Buka Ruang Untuk Tambah Dosa

Shuib Dedah Keadaan Bayi Kini Stabil, Dah Mula Buka Mata & Bergerak Aktif