in , ,

Siti Sarah Selamat Melahirkan Bayi Lelaki, Terpaksa Ditidurkan, Tahap Oksigen Tidak Stabil

Alhamdulilah… Penyanyi Siti Sarah telah selamat melahirkan bayi lelaki sekitar pukul 5 petang selepas menjalani pembedahan selama hampir 3 jam bermula pukul 2 petang tadi.

Pastinya berkat hari Jumaat yang cukup mulia serta doa dari semua orang, Siti Sarah selamat melahirkan bayi lelaki kira-kira pukul 5 petang Jumaat. Pembedahan selama tiga jam itu telah berjaya mengeluarkan bayi yang berusia lapan bulan. Menurut Shuib Sepahtu memaklumkan bayi lelaki itu berada dalam keadaan baik namun memerlukan alat bantuan pernafasan. Manakala, keadaan Sarah masih lagi berada dalam kritikal dan belum sedarkan diri.

Perkara itu dimaklumkan pengurusnya, Nana Mohd. Rom menerusi satu kenyataan ringkas sebentar tadi.

“Assalamualaikum semua. Untuk makluman, Siti Sarah Raissuddin telah selamat melahirkan bayi lelaki sekitar pukul 5 petang tadi.

“Walaubagaimanapun keadaan Sarah masih belum sedarkan diri. Mohon doa semua untuk dipermudahkan segala urusan,”

– Nana
Siti Sarah Selamat Melahirkan Bayi Lelaki, Terpaksa Ditidurkan, Tahap Oksigen Tidak Stabil

Terdahulu sekitar pukul 2 petang tadi, suami Siti Sarah, Shuib mengesahkan isterinya yang sedang bertarung dengan jangkitan Covid-19 telah menjalani pembedahan untuk mengeluarkan bayi dalam kandungan yang berusia tujuh bulan.

Shuib turut memohon orang ramai berdoa agar isterinya cepat sembuh.

“Assalamualaikum semua, terima kasih yang mendoakan isteri saya, Siti Sarah Raisuddin. Sekejap lagi (tadi), lebih kurang pukul 2 petang Sarah akan menjalani pembedahan untuk keluarkan bayi dalam kandungan.

“Saya mohon terus doakan agar pembedahan tersebut dapat dijalankan dengan baik,” tulisnya dalam Instagram.

– Shuib

Siti Sarah yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), dimasukkan ke hospital, Rabu lalu, berikutan tahap oksigen yang tidak stabil.

Pada Jumaat malam acara bacaan Yassin secara maya akan diadakan yang diketuai oleh Ustaz Haji Ahmad Salahuddin Harun dan turut di sertai Al Fadhil, Datuk Dr. Haji Mohd Fadzillah Kamsah dan rakan selebriti yang lain bagi mendoakan agar urusan Siti Sarah yang kini sedang bertarung di unit rawatan papi (ICU) dipermudahkan.

Pada 27 Julai lalu, Siti Sarah mengesahkan dirinya dan keluarga positif COVID-19. Mereka sekeluarga menjalani ujian saringan selepas pembantu rumah disahkan positif virus maut tersebut.

Selain Siti Sarah, suami bersama tiga anak mereka iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6, disahkan positif.

Bagaimanapun, Shuib bersama anak-anak disahkan negatif selepas kuarantin 14 hari.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Viu Catat Lonjakan Peningkatan Sebanyak 37% Pengguna Aktif Bulanan MAU

Tauke Jambu Serah Pada Peguam, Tegur Media & Blogger, Jangan Buka Ruang Untuk Tambah Dosa