in ,

“Tak Tahu Macam Mana Boleh Kena,” – Aprena Manrose Positif Covid-19

Anak kepada penyanyi dangdut terkenal, Iwan iaitu Aprena Manrose mendedahkan dirinya positif wabak Covid-19 pada 17 Januari yang lalu.

Walau bagaimanapun, khabar duka itu baru dikongsi oleh Aprena di laman Instagram miliknya selepas dua kali menjalani ujian saringan virus tersebut.

Berikutan itu, pelakon drama Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin itu memuat naik satu posting memberi luahan pendapat mengenai wabak pandemik tersebut.

Menerusi posting tersebut, Aprena atau nama sebenarnya Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman mengharapakan agar orang ramai tidak menganggap pesakit Covid-19 seperti seorang penjenayah.

Tambah pelakon berusia 27 tahun itu, dia juga turut menasihit orang ramai untuk segara melakukan ujian saringan sekiranya terdapat beberapa gelaja yang dirasai.

“Pesakit Covid-19 bukan penjenayah. Kalau anda rasa ada gejala, tampilkan diri untuk buat ujian saringan atau kuarantin di rumah selama 10 hari,”

– Aprena Manrose

Selain itu, dia juga turut memberi kata-kata semangat kepada mereka yang sudah disahkan positif Covid-19 agar sentiasa tenang dan berfikiran rasional supaya dapat membantu dalam merehatkan minda dan diri.

“Kepada semua yang senasib dengan saya, tenang dan sentiasa berfikiran positif. Kepada rakyat Malaysia tolonglah jadi seorang manusia yang bertanggungjawab. Patuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan,”

– Aprena Manrose

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan pengikut mendoakan agar dirinya kembali pulih seperti sedia kala.

Apapun, diharapkan agar Aprena dan pesakit Covid-19 yang lain diberi kekuatan dan sentiasa berfikiran positif untuk kekal tenang sekali gus kembali sembuh seperti biasa.

"Tak Tahu Macam Mana Boleh Kena," - Aprena Manrose Positif Covid-19

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

“Aku Minta Kau Call JAIS.. Bila Masa Aku Halau Kau?” – Fara Salleh

“Ini Bukan Saja Fitnah Tetapi Reputasi Saya,” Siti Nurhaliza Berang dengan Scammer