in , , ,

Tonton Drama WASIAT DARI JORDAN Lakonan Aprena Manrose di TV Okey

Drama bersiri kekeluargaan dengan tajuk “Wasiat Dari Jordan” yang menampilkan gandingan pelakon utama Aprena Manrose dan Hazman Al-Idrus sedang bersiaran setiap hari, pukul 10.00 malam menerusi saluran TV Okey.

Menggantikan slot drama bersiri Dia Bidadari Dari Syurga yang disiarkan sebelum ini, drama arahan Bade Hj Azmi, terbitan Qaisworks Sdn Bhd ini turut dibintangi oleh Badrul Muhayat, Nissa Rissa, Liza Rafar, Shajiry, Fara Nadiah, Alif Muhaimin, Alif Hadi, Zalfa Zin, dan Khayrisyah Kemal dalam 26 episod siarannya.

Latar ceritanya mengisahkan tentang watak Dato’ Nasir, seorang ahli korporat berjaya, memiliki segalanya dalam hidup bahagia seperti keluarga lain. Namun segalanya berubah bila suatu hari doktor mengesahkan dia menghidap kanser. 

Pelakon Wasiat Dari Jordan 2

Ketika itu isterinya Khadijah terjumpa sekeping draf wasiat yang telah mengubah sikap isteri dan anak-anaknya. Pada masa sama hakikatnya mereka tidak dapat menerima kenyataan Dato’ Nasir mempunyai keluarga lain dan menuduhnya mengkhianati mereka selama ini.

Bermulalah cabaran, dugaan dan pelbagai usaha Dato’ Nasir menghadapi tentangan isteri dan anak-anaknya terutama Hamzah, satu-satunya anak lelakinya. Hamzah membawa diri ke Jordan dan Dato’ Nasir pula kini meminta Sumayah (anak tirinya) untuk memujuk Hamzah pulang ke Malaysia bagi menyelesaikan segala kekusutan dalam keluarga besar mereka.

Hamzah yang mula jatuh hati dengan Sumayah bersetuju untuk balik ke Malaysia dan berhasrat untuk memulakan perhubungan lebih serius dengan Sumayah. Namun Hamzah sekali lagi rasa tertipu setelah menyangka Sumayah adalah adik kandungnya setelah terjumpa foto ayahnya dengan keluarga Sumayah. 

Berjayakah Sumayah memujuk Hamzah pulang ke Malaysia untuk kali kedua? Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Wasiat Dari Jordan
watak Hamzah dan Sumayah
Pelakon Wasiat Dari Jordan

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pernah Cetus Fenomena Parodi, Bobo Kembali di TikTok Buat Ramai Terkejut

Oldtown Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang Atas Dakwaan Hidang Menu Mi Kari Babi