in ,

“Ini Bukan Saja Fitnah Tetapi Reputasi Saya,” Siti Nurhaliza Berang dengan Scammer

Penyanyi popular tanah air Datuk Seri Siti Nurhaliza meluahkan rasa kesal apabila mengetahui wujud akaun palsu menggunakan namanya untuk memperdaya orang ramai.

Bukan sekali nama Datuk Seri Siti Nurhaliza dipergunakan individu tertentu untuk meraih perhatian, keuntungan dan populariti cara mudah dalam media sosial.

Siti menerusi kemaskini terbaru di Instagram pagi tadi turut memberi amaran kepada individu terlibat memadamkan akaun tersebut.Menurut Siti, beliau difahamkan akaun tersebut cuba memperdaya orang ramai dengan menawarkan wang tunai.

Penyanyi yang sedang hamil anak kedua itu turut menyeru orang ramai melakukan ‘report’ terhadap akaun palsu berkenaan.

“Akaun ini cuba scam orang, menawarkan wang tunai, memberikan cara dan syarat untuk mendapatkan wang tersebut.

“Pada zaman ini kita semua kena buka minda supaya tidak terpedaya dengan scammer seperti ini.

“Kepada pemilik akaun ini, sila padamkan akaun anda, atau kami kenakan tindakan tegas. Kalian jangan terpedaya kerana saya hanya ada satu akaun rasmi sahaja iaitu @ctdk, tidak ada akaun lain.

“Saya tegaskan ini bukan akaun saya dan siapa yang membuat akaun ini, menipu dan memperdaya orang, saya harap hentikan perbuatan ini. Jom kita report akaun ini beramai-ramai,”

– @ctdk

Dalam pada itu Siti meluahkan rasa kecewa kerana perbuatan individu tidak bertanggungjawab tersebut merupakan fitnah dan menjejaskan reputasi beliau.

“Siapa pula yang guna nama dan gambar saya, buat akaun dan cuba nak scam orang ni?

“Jangan ambil kesempatan kepada orang lain dan menggunakan nama dan gambar saya pula, ini bukan sahaja mendatangkan fitnah tetapi reputasi saya juga,” tegas Siti.

– Siti Nurhaliza

Dalam pada itu di ruangan komen, rata-rata pengikut Siti bersetuju tindakan tegas diambil terhadap scammer terbabit.

Siapa pula yang guna nama dan gambar saya, buat akaun dan cuba nak scam orang ni?

Saya tegaskan ini bukan akaun saya dan siapa yang membuat akaun ini, menipu dan memperdaya orang, saya harap hentikan perbuatan ini. Jom kita report akaun ini beramai-ramai. 

Jangan ambil kesempatan kepada orang lain dan menggunakan nama dan gambar saya pula, ini bukan sahaja mendatangkan fitnah tetapi reputasi saya juga.

Akaun ini cuba scam orang, menawarkan wang tunai, memberikan cara dan syarat untuk mendapatkan wang tersebut. Pada zaman ini kita semua kena buka minda supaya tidak terpedaya dengan scammer seperti ini.

Kepada pemilik akaun ini, sila padamkan akaun anda, atau kami kenakan tindakan tegas. Kalian jangan terpedaya kerana saya hanya ada satu akaun rasmi sahaja iaitu @ctdk, tidak ada akaun lain.

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

“Tak Tahu Macam Mana Boleh Kena,” – Aprena Manrose Positif Covid-19

PTTI Tawar 10000 Tiket Percuma Belajar Online Untuk Calon SPM