in , ,

“Aku Minta Kau Call JAIS.. Bila Masa Aku Halau Kau?” – Fara Salleh

Kontroversi antara isteri pelawak dan penyampai radio Shuk Sahar iaitu Rossalennah Natassyiah dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Fara Salleh menjadi semakin hangat di media sosial.

Terbaru, isteri pelawak tersebut yang mesra dipanggil Sera memuat naik paparan skrin kenyataan balas yang dikeluarkan oleh Fara di Instagram miliknya.

Melawan kau Farah. Kau ingat aku diam lagi ke? Jiran kau jadi saksi. Ok dia ini tahan maki tahan tukul. Sudah jelas bukti semua ada, melawan lagi pos di Instagram semua,” sindir Sera di ruangan kapsyen.

– Sera

Kenyataan tersebut menujukkan Farah seakan-akan mempertahankan dirinya selain tidak mengaku dengan dakwaan dilemparkan isteri penyampai radio Hot FM tersebut.

“Semalam kau kata nak call JAIS, aku persilakan kau call JAIS, siap bagitahu call polis sekali. Aku offer panggilan vido untuk tour rumah tapi kau tolak. Kenapa!!?,” tulis Fara.

Fara Salleh

Selain itu, Fara juga mendakwa dirinya tidak menghalau Sera ketika dia datang ke rumah dan menerima ugutan daripada Serra untuk memecah masuk rumahya.

“Bila masa aku halau kau? Kau nak tunggu depan rumah sampai manusia kau cari keluar, so aku tutup pintu dan sambung tidur.

Fara
Isteri Shuk Dedah Bukti Curang Lagi, Betul Ke Masih Shuk Berhubungan dengan Fara Salleh?

“Kau bagi aku pilihan bukan merayu dekat aku. Bila masa aku campak kasut? Aku bagi dua-dua belah melalui jeriji besi,” bidas Fara lagi.

Fara

Walau bagaimanapun, sehingga kini masih tiada penjelasan yang diberikan oleh Shuk mengenai kontroversi panas berkenaan.

Terdahulu, Shuk atau nama penuhnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar pernah tular tahun lalu apabila isterinya sendiri mendakwa dia berlaku curang dan mempunyai hubungan dengan wanita terbabit.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Rowan Atkinson Dedah Tidak Suka Bawa Watak Mr. Bean

“Tak Tahu Macam Mana Boleh Kena,” – Aprena Manrose Positif Covid-19