in , ,

Tak Reka Cerita, Farid Kamil Akui Ada Bukti Foto Diana Danielle & Orang Ketiga

Semalam, pasangan popular Farid Kamil dan Diana Danielle dilaporkan menjalani sesi berdamai bersama Jawatankuasa Pendamai (JKP).

Selepas selesai, Farid Kamil telah ditemubual oleh pihak wartawan dan dia mendakwa isterinya mempunyai ‘orang ketiga’ tetapi dakwaan tersebut dinafi oleh Diana.

Bagaimanapun, aktor tersebut berkata ia bukanlah rekaan semata-mata serta mempunyai bukti gambar bahawa ‘orang ketiga’ itu memang wujud menganggu perkahwinan mereka.

Namun, Farid atau nama sebenar, Farid Kamil Zahari enggan mendedahkan foto tersebut kepada umum dan bakal menyerahkannya penilaian dakwaan kepada badan kehakiman.

Dalam pada itu, bapa kepada dua orang cahaya mata itu tidak mahu mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh cetuskan persepsi negatif kepada keluarga.

Sekadar info, Diana Danielle membuat permohonan cerai pada 10 Mac lalu mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Azwan Ali Terhibur Dengan Cara Farid Kamil Pujuk Diana Danielle Kasi Bunga

ADI PRIYO

Adi Priyo Hadiahkan TULUS Buat Peminat, Kolaborasi Bersama Nabila Razali