in , ,

Adi Priyo Hadiahkan TULUS Buat Peminat, Kolaborasi Bersama Nabila Razali

LAMA tidak keluar dengan lagu berentak poprock, vokalis kumpulan 6ixth Sense, Adi Priyo muncul dengan single terbaharu berjudul Tulus.

Lagu Tulus ciptaan sepenuhnya komposer Aiman Sidek ini menampilkan kolaborasi Adi bersama penyanyi Nabila Razali.

Lagu ini turut dipilih menjadi runut bunyi bagi drama yang sedang ditayangkan di slot Samarinda di TV3,  Bukan Puteri Lindungan Bulan (lakonan Janna Nick dan Hisyam Hamid). Drama tersebut merupakan adaptasi dari sebuah novel terlaris pada tahun 2002 oleh novelis Liana Afiera Malik. 

Adi Priyo Hadiahkan TULUS Buat Peminat, Kolaborasi Bersama Nabila Razali

Menurut Adi, projek istimewa ini merupakan hadiah untuk peminat yang lama menantikan buah tangan terbaharunya. 

Beliau juga bersyukur kerjasama pertama dengan Nabila Razali berjalan lancar seperti dirancang. 

“Ini hadiah saya untuk mereka. Saya harap peminat dapat menerima lagu ini sama seperti karya-karya sebelum ini, “ katanya.

Adi Priyo Hadiahkan TULUS Buat Peminat, Kolaborasi Bersama Nabila Razali

Tulus berkisahkan tentang sebuah perjalanan dalam perhubungan cinta yang mulai renggang antara satu sama lain. Ego membuatkan masing masing hanya memendam rasa rindu dan cinta antara mereka. Sedangkan masih tulus merindui dan mencintai satu sama lain hingga akhirnya. 

Tulus merupakan kolaborasi antara tiga syarikat iaitu Nabila Razali Entertainment, Global Keynote dan Alternate Records Sdn Bhd serta diedarkan oleh Universal Music Malaysia.

Lagu Tulus boleh distrim disemua platform digital bermula Rabu, 29 Mac 2023. Manakala muzik video rasmi Tulus akan menyusul menerusi saluran YouTube Nabila Razali Entertainment.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

FARID KAMIL

Tak Reka Cerita, Farid Kamil Akui Ada Bukti Foto Diana Danielle & Orang Ketiga

Plong! Lancar Single KENCANA, Membawa Era Baru New Wave Nusantara