in ,

Azwan Ali Terhibur Dengan Cara Farid Kamil Pujuk Diana Danielle Kasi Bunga

Sedia maklum, semalam, pelakon Farid Kamil membawa sejambak bunga merah sebagai tanda untuk memujuk Diana Danielle berdamai dan hal itu mendapat perhatian ramai.

Bukan saja menarik perhatian netizen, malah pengacara serta pelakon sensasi, Azwan Ali turut meninggalkan reaksinya di laman media sosial mengenai tindakan Farid itu.

Melalui ciapan Azwan Ali atau mesra dikenali sebagai Diva AA itu, dia menyifatkan pelakon tersebut terlalu mencuba apabila membawa bunga ke Mahkamah.

Azwan Ali Terhibur Dengan Cara Farid Kamil Pujuk Diana Danielle Kasi Bunga

Difahamkan, sebab Farid membawa sejambak bunga serta sebentuk cincin untuk memujuk semula isteri berbaik dan tidak memilih jalan untuk bercerai.

Sekadar info, hasil perkahwinan pasangaan selebriti Farid dan Diana itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad, 10 dan Aurora, 7.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gelagat Uwais Bau Perfume Kegemaran Arwah Siti Sarah Undang Sebak

FARID KAMIL

Tak Reka Cerita, Farid Kamil Akui Ada Bukti Foto Diana Danielle & Orang Ketiga