in , ,

Jom Sertai Pertandingan DR. IRMA TANYA BOLEH NYANYI KE? Musim Ke-3

Dr. Irma Entertainment menganjurkan sekali lagi untuk Musim Ketiga, pertandingan nyanyian atas talian yang diberi nama “DR. IRMA TANYA BOLEH NYANYI KE?”. Jom sertai! Inilah masanya nak buktikan pada dunia anda juga berbakat untuk menyanyi.

Pertandingan yang dijalankan di platform media sosial Instagram ini menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan RM2000 dengan pembahagian hadiah utama RM500x2, hadiah tempat kedua RM300x2 dan tempat ketiga RM200x2.

Dr Irma

Dr. Irma Entertainment Anjur Pertandingan Menyanyi Di Media Sosial Instagram Musim Ketiga

Peserta ditetapkan untuk menyanyikan lagu wajib iaitu Adiwira Sepi nyanyian Ray Asri atau Sendiri nyanyian Akmar Natasha dengan iringan minus one, akustik atau secara acapella. Penyertaan juga boleh secara solo, duet atau berkumpulan. 

Pertandingan yang dibuka kepada warganegara Malaysia berusia 25tahun dan ke bawah ini yang akan dimulakan pada 1 April ini, di mana peserta boleh memuatnaik video nyanyian di lama instagram dengan #drirmanyanyi19 dan tag instagram @drirma.entertainment. Video terpilih akan disiarkan di instagram @drirma.entertainment dan video dengan views tertinggi akan dinobatkan sebagai pemenang pada 1 Mei 2019.

Video Muzik SENDIRI dari Akmar Natasha

Dr. Irma Entertainment ditubuhkan pada tahun 2017, sebuah label muzik baru tetapi beraspirasi tinggi di asaskan oleh Dr. Irma Shida, seorang doktor gigi yang juga seorang komposer dan penulis lirik.

Di antara artis yang bernaung di bawah label ini ialah Ray Asriserta Akmar Natasha dan Jiha Akhir yang bakatnya dicungkil daripada pertandingan nyanyian secara online SUARA JUARA, satu projek khas Dr. Irma Entertainment di mana konsert akhirnya diangkat oleh Radio RTM Johorfm dan diadakan secara gilang gemilang di Auditorium RTM Johor. 

Dr. Irma Entertainment juga memperkenalkan artis animasi wanita pertama di Malaysia yang dinamakan Ayasofia.

Di antara lagu-lagu terbitan Dr. Irma Entertainment adalah Lakar janji (Azharina Azhar), Definasi Cinta (Ferhad), Emoji (Ayasofia feat WARIS),Sendiri (Akmar Natasha),  Melankolia (Ash Hafiz), Antidot Lara & Adiwira Sepi (Ray Asri), Cinta Tirai Biru (Ayasofia), Ampun (Yama Watanabe), Jejak (Ash Hafiz/Ayasofia) dan lagu-lagu raya seperti 1 syawal (Ferhad), Ria Hari Raya (zarol, Ash Hafiz, Ray Asri), Bestnya Raya (penyampai Bestfm).

Sentiasa berkarya dengan positif dan agresif, itulah motto Dr. Irma Entertainment, mengorak langkah dalam industri seni dengan harapan memeriahkan persada seni suara dengan bakat dan harapan yang dibawa.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dengan Sekali Lafaz, Bella Dally Selamat Bernikah dengan Arif

Tak Cukup Trending dengan SATU PELUANG, Andi Bernadee Lancar Single DONDE