in , ,

Tahniah! Jep Sepahtu & Sari Yanti Selamat Timang Anak Ketiga

Didalam kesibukan kita menyambut hari raya Aidilfitri, pasangan selebriti Jep Sepahtu dan Sari Yanti berkongsi berita gembira semalam dimana mereka selamat menimang satu lagi cahayamata.

Berita gembira tersebut dikongsikan pelawak dan penyampai radio Sinar itu menerusi satu posting di akaun instagram miliknya.

Menerusi posting tersebut, Jep turut meluahkan rasa syukurnya di atas kelahiran bayi lelaki mereka itu serta ucapan terima kasih buat Sari Yanti yang bertarung nyawa melahirkannya.

Tahniah! Jep Sepahtu & Sari Yanti Selamat Timang Anak Ketiga

“Subhanallah, syukur Alhamdulillah.. Tq sayang” tulis Jep yang turut menyertakan tanda pagar #babyboy #anakabah

Dalam pada itu Sari turut dilihat berkongsi satu video pendek mengenai kelahiran terbarunya itu. Dia dalam masa sama turut berterima kasih kepada orang ramai kerana mendoakan kesejahteraan diri dan anaknya.

Tahniah! Jep Sepahtu & Sari Yanti Selamat Timang Anak Ketiga

Perkongsian kedua mereka mendapat pelbagai reaksi dari netizen dan rakan-rakan dimana ramai yang dilihat tidak melepaskan peluang mengucap tahniah kepada mereka berdua.

Jep dan Sari mendirikan rumah tangga pada 25 Februari 2017. dan sudah mempunyai dua sepasang cahaya mata iaitu Dariya Inara dan Muhammad Khidir. 

Tahniah! Jep Sepahtu & Sari Yanti Selamat Timang Anak Ketiga

Sari Yanti juga mempunyai dua cahaya mata lelaki iaitu Barr Al Aliy dan Baasit Al Haq menerusi perkahwinan terdahulu

Tahniah Jep dan Sari Yanti!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Segak Berbaju Melayu, Viviana Abdullah Kembali ke ‘fitrah’ Pada Hari Raya

Walaupun PKP, Rozita Che Wan Dah Siap Sediakan 20 Pasang Baju Raya Tahun Ini