in , ,

Sepahtu Reunion, Jep Ditanya Siapa Bakal Ganti Shuib, Sekali Amir Raja Lawak Masuk Komen

Sepahtu Reunion Live kembali untuk musim kelima. Kali ini, persembahan mereka tanpa kehadiran Shuib. Jadi, persoalannya sekarang, siapakah yang bakal menggantikan Shuib. Kemudian, ada Amir Raja Lawak pulak mencelah…

Bagi penggemar program komedi ini, anda mungkin merasakan ada kelompongan dengan ketiadaan Shuib sebagai teraju utama. Sudah tentu, ada peminat yang rasa kehilangan sesuatu magis dan tak syiok kalau Shuib takde dalam show ni kan?

Namun bagi seorang lagi teraju utama Sepahtu, Jep, ketiadaan Shuib disifatkan sebagai kehilangan besar namun mengakui ada hikmah di sebalik keputusan tersebut.

Bagi Jep, ketiadaan Shuib dilihat sebagai pembuka rezeki kepada pelawak lain terutama mereka yang otai dalam industri seni.

Sepahtu Reunion Live Musim Kedua

Sepahtu Reunion Live: Kehilangan besar namun ada hikmah di sebalik kekosongan Shuib

Jep ketika diwawancara AWANI Pagi menyifatkan ketiadaan Shuib sebagai kehilangan besar, namun berasakan ada hikmah di sebalik keputusan tersebut.

“Sebenarnya ketiadaan Shuib memang satu kehilangan besar buat kami. Tetapi kita perlu fikir satu benda, program perlu diteruskan.

“Walaupun dia (Shuib) tidak dapat lakukan, kita perlu cari alternatif lain.

“Bagaimana nak cari ganti itu memang susah, tetapi kita mencari orang yang dapat memudahkan urusan kita.

“Kita cari pengganti yang menepati piawaian sama macam Shuib.

“Saya turut menganggap kekosongan itu adalah untuk kita berkongsi rezeki dengan pelawak otai kerana kita tahu kadang-kadang tak semua mengalami nasib yang sama.

“Jadi ini adalah satu cabaran namun ada hikmahnya,” jelasnya.

– Jep Sepahtu

Jep berkata demikian dalam program AWANI Pagi segmen Selebriti Selasa yang disiarkan pagi tadi.

Sepahtu Reunion, Jep Ditanya Siapa Bakal Ganti Shuib, Sekali Amir Raja Lawak Masuk Komen

Menyentuh mengenai pemilihan artis jemputan dalam program tersebut, seorang lagi teraju utama Sepahtu Reunion Live, Rahim menjelaskan setiap kriteria diteliti bagi memastikan jalan cerita dapat disampaikan dengan sebaiknya.

“Bukan sahaja soal idea yang diteliti tetapi dari segi artis jemputan juga kita adakan perbincangan dengan pihak produksi.

“Ada beberapa kriteria yang perlu kita ambil kira, antaranya mengikut jalan cerita, umur, watak, itu memberikan gambaran siapa dan bagaimana artis jemputan untuk minggu itu.

“Memang kita ada senarai yang disediakan merangkumi beberapa nama yang ktia cadangkan yang perlu bersesuaian dengan watak pada satu-satu episod,” ujarnya.

– Jep Sepahtu

Jangan lupa saksikan Sepahtu Reunion Live musim ke-15 setiap Khamis jam 9 malam di saluran Astro Warna.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

TV3 Anjur Pertandingan Idola Kecil Di Rumah, Ini Senarai Peserta Yang Bertanding

Fazura Terharu Permaisuri Selangor Berkenan Pakai Tudung Jenamanya