in ,

Tahniah! Drama LIAR Menang Perak di ContentAsia Awards Ke-4 

Karya-karya terbitan Astro telah merangkul lima anugerah di ContentAsia Awards ke-4  bertempat di Bangkok pada Khamis yang lalu. 

Astro menang dua anugerah perak dan tiga gangsa menerusi kandungan premiumnya. 

Kejayaan itu membuktikan Astro unggul dalam menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan garapan naratif yang amat efektif. 

Drama rantaian ‘Liar’ merangkul anugerah perak untuk Adaptasi Format TV (Skrip) Terbaik di Asia. 

Pelakon Naim Daniel turut membawa anugerah perak menerusi ‘Projek High Council’ dalam kategori  pelakon pembantu lelaki terbaik. 

Program bual bicara terbaik Asia, musim kedua ‘Next To Neelofa’, ‘Lagenda Puteri Qaseh’ untuk  program TV kanak-kanak terbaik Asia serta ‘Lebai Sampan’ bagi filem dan telemovie terbaik Asia pula  membawa pulang gangsa untuk kategori masing-masing.

Anugerah berprestij ini menampilkan kandungan dan pencapaian bakat dari pelbagai platform di  rantau Asia. 

Anugerah-anugerah yang diterima:  

  • Liar – Perak untuk Adaptasi Format TV (Skrip) Terbaik Di Asia 
  • Naim Danial /Projek: High Council – Perak untuk Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Dalam Siri  Asia  
  • Next to Neelofa – Gangsa Untuk Rancangan Bual Bicara Terbaik Asia 
  • Lagenda Puteri Qaseh – Gangsa untuk Program TV Kanak-Kanak Terbaik Asia • Lebai Sampan – Gangsa untuk Filem/Telefilem Terbaik Asia 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sekitar KEPCI Music Fest di Shah Alam Sempena Jubli Emas KFC

Suami Madammmu Rela Beli Air Mineral Untuk Mandikan Bayi, Elak Guna Air Paip