in ,

Syukur Alhamdulilah! Zydee One Nation Emcees Semakin Pulih dari Angin Ahmar

Anggota One Nation Emcees, Zydee Idris, 40, yang sebelum ini kritikal akibat diserang angin ahmar kini sudah boleh bercakap dan menghubungi ibunya.

Seorang lagi anggota One Nation Emcees, Kozae Murtaza ketika dihubungi berkata, ingatan Zydee juga semakin menunjukkan perkembangan positif berbanding beberapa hari lalu.

“Alhamdulillah, Zydee sudah menunjukkan perkembangan yang sangat baik. Saya baru saja menghubungi ibunya dan dia memaklumkan dihubungi Zydee dengan bantuan jururawat. Bagaimanapun, percakapannya masih lagi kurang jelas,”

– Kozae Murtaza

Kozae berkata, dia akan menziarahi sahabatnya itu sekiranya diberi keizinan.

“Insya-Allah, saya rancang untuk menziarahi dan melihat keadaannya. Terima kasih saya ucapkan kepada semua peminat dan rakan-rakan media yang mendoakan kesihatan Zydee,”

– Kozae Murtaza
Zydee One Nation Emcees Kritikal

Terdahulu, Harian Metro melaporkan Zydee mengadu sakit di bahagian kepala ketika makan malam bersama rakannya dan dibawa ke hospital untuk menjalani pemeriksaan.

Di hospital, dia dimaklumkan mengenai penyakit darah tingginya dan tidak lama selepas itu, dia diserang angin ahmar.

Kozae juga memaklumkan bahawa Zydee sebelum ini mempunyai sejarah penyakit asma yang kronik. Zydee kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Queen Elizabeth II, Kota Kinabalu, Sabah.

Sumber: Harian Metro

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

“Hari Yang Paling Sedih.” Bapa Ashraf Muslim Meninggal Dunia Akibat Covid-19

Bapa Faizal Tahir & Anas Tahir Meninggal Dunia Akibat Komplikasi Jantung