in ,

Zydee One Nation Emcees Alami Pendarahan Otak, Dilaporkan Stabil

Anggota kumpulan One Nation Emcees, Zydee Edris, 40, dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Queen Elizabeth II, Kota Kinabalu, Sabah, akibat diserang strok, semalam. 

Menurut salah seorang anggota kumpulan itu, Kozae Murtaza, Zydee kini berada dalam keadaan kritikal apabila saluran darah ke otaknya pecah. Zydee perlu berehat kerana masih lemah.

“Saya baru dapat tahu berita ini daripada ahli keluarganya. Saya difahamkan dia diserang strok ketika menerima rawatan di hospital itu. Semalam dia mengadu kurang sihat dan minta dibawa ke hospital. Namun tiba-tiba dia diserang strok.

“Doktor memaklumkan keadaan Zydee agak kritikal ketika ini apabila saluran darah ke otaknya pecah. Doktor juga beritahu pihaknya tidak dapat melakukan sebarang pembedahan buat masa ini kerana amat berisiko tinggi,” 

– Kozae Murtaza
Zydee One Nation Emcees Kritikal

Menurut Kozae, dia berharap orang ramai dapat mendoakan kesembuhan Zydee yang kini sedang bertarung nyawa.

“Doktor tidak membenarkan kami melawat Zydee kerana mahu dia berehat dengan secukupnya. Jadi saya mohon kepada sesiapa yang mengenali Zydee mahu pun tidak agar mendoakan kesembuhanya.

“Bagaimanapun, doktor beritahu Zydee stabil dan sudah sedar. Cuma daya ingatannya masih lemah kerana ada darah beku dalam otak,”

“Sekarang ini pihak keluarga dan rakan-rakan hanya mengharapkan kuasa doa daripada semua. Semoga semuanya kembali baik,”

– Kozae Murtaza

Kozae berkata, ketika ini, Zydee masih dirawat di ICU dan dipantau doktor.

“Kepada mereka yang mengenali Zydee, saya harap kalian dapat mendoakan agar Zydee segera sembuh dan aktif seperti biasa,”

– Kozae Murtaza

Biarpun stabil, keadaannya masih belum mengizinkan Zydee dipindahkan ke wad biasa.

Sumber: Harian Metro

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

tony fernandes airasia-2020

Penerbangan Percuma untuk Semua Pemegang Pas Tanpa Had AirAsia

TRAVEL

Taman Tema Berkonsep Eko-Pelancongan Yang Wajib Anda Kunjungi Selepas Pandemik