in ,

Bapa Faizal Tahir & Anas Tahir Meninggal Dunia Akibat Komplikasi Jantung

Aktivis Palestin Dr Tahir Abdul Rahman yang juga merupakan bapa kepada komposer terkenal, Faizal Tahir dan penyampai radio, Anas Tahir dilapor meninggal dunia awal pagi tadi pada usia 71 tahun akibat komplikasi jantung.

Bapa penyanyi serta komposer terkenal, Faizal Tahir dan penyampai radio, Anas Tahir iaitu Dr Mohd Tahir Abdul Rahman, 71, meninggal akibat komplikasi jantung di Hospital UiTM Sungai Buloh, Selangor, jam 3.40 pagi ini.

Perkhabaran duka pemergian Ahli Lembaga Pemegang Amanah Pertubuhan Humanitarian Care Malaysia (MyCare) itu dikongsi Anas menerusi Instagram, hari ini.

Bapa Faizal Tahir & Anas Tahir Meninggal Dunia Akibat Komplikasi Jantung

“Terima kasih Allah. Terima kasih untuk segalanya. Terima kasih abah. Kami sangat sayang kamu,”

– Anas Tahir

Seorang lagi anak Allahyarham, Fazli Tahir turut berkongsi berita sedih itu di akaun Facebook miliknya dengan menyatakan bapanya meninggal dunia pada jam 3.40 pagi Selasa.

Bapa Faizal Tahir & Anas Tahir Meninggal Dunia Akibat Komplikasi Jantung

Menurut Fazli Tahir, bapanya meninggal dunia disebabkan masalah jantung. Ujarnya lagi, jenazah arwah bapanya itu akan diuruskan di Masjid Puncak Alam dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Puncak Alam setelah proses dokumentasi selesai pagi ini. Sebagai anak, Fazli dan keluarga memohon roh arwah diberi keampunan dan mendapat kasih sayang Allah sebaiknya serta dijadikan kuburnya sebagai taman-taman syurga.

Bapa Faizal Tahir & Anas Tahir Meninggal Dunia Akibat Komplikasi Jantung

Allahyarham adalah bekas pensyarah Universiti Malaya (UM) dan seorang aktivis Aqsa Syarif, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) memperjuangkan bumi Palestin dan negara Arab yang bergolak.

Beliau menjadi inspirasi Faizal agar banyak terbabit dalam bantuan kemanusiaan serta kebajikan.

Beliau juga antara yang pernah membantu beberapa selebriti termasuk Datuk Afdlin Shauki serta rakan-rakan iaitu Bront Palarae dan Zain Saidin memasuki Gaza pada 2012 lalu.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Syukur Alhamdulilah! Zydee One Nation Emcees Semakin Pulih dari Angin Ahmar

Tahniah! Nur Sabrina Diumumkan Jadi Juara Usahawan Buletin FM Pusingan Pertama