in ,

Syeera, Nuzul, Qalisya & Along Terpilih Protégé Black & Tomok

Konsert Pengenalan kedua Mentor Milenia 2017 sudah melabuhkan tirainya sekaligus mengumumkan barisan protege daripada Black dan Tomok yang akan bersaing dengan Elica, Anna, Usop dan Balqis di pentas program realiti popular ini.

Kesemua bakal protege di bawah bimbingan mentor Black dan Tomok berjaya membuktikan kehebatan mereka dengan persembahan yang memukau. Namun, pemilihan protégé tetap harus dilakukan, dan hanya Syeera, Nuzul, Qalisya dan Along yang berjaya ke peringkat seterusnya.

MENTOR MILENIA 2017 / PLAZA ALAM SENTRAL

Bersiaran secara langsung dari studio Sri Pentas 2, Afiff, Nuzul dan Syeera dari pilihan Mentor Black dan Adam Malek, Qalisya dan Along dari pilihan Mentor Tomok telah membuat persembahan mereka buat pertama kalinya demi dipilih sebagai protégé dan terus berentap di pentas Mentor Milenia 2017.

Seperti Akim dan Hazama, bukan mudah bagi Black dan Tomok untuk membuat pemilihan protégé. Pelbagai aspek telah diambil kira sebelum Black dan Tomok membuat keputusan mereka. Afiff terpaksa meninggalkan pentas Mentor Milenia 2017 selepas Black memilih Nur Syaheera Abd Aziz (Syeera, 19 tahun) dan Ahmad Nuzul Faiszal Mohamad (Nuzul, 17 tahun) sebagai protégé. Selain itu, Adam Malek juga mengucapkan selamat tinggal kepada dua orang sahabatnya, Nur Qhalisya Syazreena Zainuddin (Qalisya, 17 tahun) dan Mohamad Rozaimi Rosli (Along, 20 tahun) yang berjaya menjadi anak didik kepada Tomok.

Menurut Tomok, “Bagi saya, kami sedang mencari pelapis dalam industri nyanyian melalui program Mentor Milenia ini. Jadi rupa bukan jadi ukuran semata-mata kerana protege-protégé yang sudah terpilih pada malam ini dan minggu lalu semua sangat hebat. Saya akan go all out untuk memberi tunjuk ajar dan mengasah kemahiran Qalisya dan Along.”

Bagi Black pula, beliau berpuas hati dengan pemilihan tersebut dan meletakkan harapan tinggi kepada barisan protégénya. “Syeera dan Nuzul perlu bersiap sedia untuk menghadapi cabaran dan tekanan yang akan datang. Mereka juga haruslah berupaya untuk menambat hati orang ramai dengan membuat persembahan di luar jangkaan. Sebagai contoh, mereka boleh menyampaikan lagu-lagu yang mencabar vokal dan penuh dengan emosi.”

Black dan Tomok menyampaikan lagu 'Rempuh'

Black dan Tomok telah memeriahkan suasana studio dengan persembahan khas lagu tema filem J Revolusi, “Rempuh” sebelum bermulanya konsert. Usai persembahan istimewa itu, setiap peserta telah membuat persembahan dengan lagu-lagu berikut:

Mentor Nama Bakal Protege TAJUK LAGU / PENYANYI ASAL
 

 

 

 

 

 

Black

 

Mohamad Afif Ikmayahya (AFIFF)

(20 tahun, Pasir Mas, Kelantan)

 

 

Lebih Sempurna / Syamel

 

 

Ahmad Nuzul Faiszal Mohamad (NUZUL)

(17 tahun, Kota Bharu, Kelantan)

 

 

 

Alasan Untuk Bahagia / Asfan

 

Nur Syaheera Abd Aziz (SYEERA)

(19 tahun, Shah Alam, Selangor)

 

 

Warkah Untukku / Ara AF

 

 

 

 

 

 

 

 

Tomok

 

Adam Malek Shamsuddin

(ADAM MALEK)

(21 tahun, Petaling Jaya, Selangor)

 

 

 

Mama Papa Larang / Judika

 

Nur Qhalysa Syazreena Zainuddin (QALISYA)

(17 tahun, Kinarut Papar, Sabah)

 

 

 

Percayalah / Indah Ruhaila

 

 

Mohamad Rozaimi Rosli (ALONG)

(20 tahun, Kuala Kedah, Kedah)

 

 

 

 

Srikandi Cintaku / Bloodshed

 

Konsert Pengenalan kedua Mentor Milenia 2017 turut diserikan dengan kehadiran penyanyi sensasi, Aiman Tino, yang telah mempersembahkan rangkaian lagu-lagu popularnya, “Ku Rela Dibenci & Permata Cinta”.

Tertumpu kepada golongan muda dalam lingkungan umur antara 17 hingga 21 tahun, Mentor Milenia 2017 membariskan empat artis muda berbakat besar iaitu Akim, Hazama, Black dan Tomok untuk mencari dan mengasah bakat-bakat baharu untuk menjadi penghibur yang berjaya dan berkemampuan melakar nama mereka di dunia seni.

Mentor Milenia 2017 dihoskan oleh Issey Fazlisham dan Marsha Milan Londoh. Setelah Konsert Pengenalan yang menentukan barisan protege oleh mentor – mentor, 8 protégé tersebut bakal bertanding dalam 9 konsert mingguan bermula 26 Februari ini.

Berbeza dengan musim yang lepas, Mentor Milenia 2017 menampilkan Datuk Hattan sebagai juri tetap dan seorang juri professional jemputan setiap minggu. Keputusan persembahan para protégé terletak kepada jumlah markah daripada juri profesional dan juri tetap sebanyak 50%, undian penonton menerusi laman web rasmi Mentor Milenia sebanyak 30% dan 20% lagi daripada juri awam di studio. Protege yang gagal meraih jumlah markah tinggi akan disingkir. Pada peringkat akhir nanti, Juara Mentor Milenia bakal membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM 100,000.

Mentor Milenia 2017 dibawakan khas oleh Neffos, Telefon Pintar Generasi Milenia selaku penaja utama manakala tonton sebagai Geng Digital, Harian Metro dan ZIP sebagai Geng Media dan Hot FM sebagai Geng Radio. Menariknya kali ini, Mentor Milenia 2017 akan dihangatkan lagi dengan Smule, aplikasi karaoke popular. Jangan lepaskan peluang untuk menyanyi bersama mentor pilihan anda bermula pada bulan Mac ini menerusi aplikasi Smule ini.

Krew penerbitan Mentor Milenia 2017 diketuai oleh Muhamad Sufian Isa, Pengurus Hiburan Primeworks Studios merangkap penerbit eksekutif Mentor Milenia 2017 dan Khirul Fikry Mustafa sebagai penerbit. Program realiti popular ini turut dibantu oleh Azmeer sebagai penasihat, Sazlan Mat Adnan sebagai koreografer dan Faizal Uzir (Lok-U) sebagai pengarah muzik.

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan Mentor Milenia 2017 yang bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2 pada setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam – 11.00 malam dan Jurnal Mentor Milenia yang memaparkan aktiviti mentor dan protege juga akan bersiaran pada setiap Ahad selama 30 minit bermula dari 6.00 petang.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web www.tv3.com.my/mentormilenia dan ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter, Youtube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia dengan menggunakan hashtag #MentorMilenia2017 untuk menghangatkan lagi perbualan tentang program ini di laman media sosial. Para penonton juga boleh menyaksikan program ini melalui strim secara langsung definisi tinggi di www.tonton.com.my

Syeera

MENTOR MILENIA 2017 / PLAZA ALAM SENTRAL

MENTOR MILENIA 2017 / PLAZA ALAM SENTRAL

MENTOR MILENIA 2017 / PLAZA ALAM SENTRAL

Aiman Tino turut membuat persembahan dengan rangkaian lagu popularnya, Permata Cinta dan Ku Rela Dibenci

Afiff

Marsha dan Issey selaku hos

MENTOR MILENIA 2017 / PLAZA ALAM SENTRAL

Barisan protege membuat persembahan khas dengan menyampaikan lagu tema Mentor Milenia 2017, 'Tunjuk Ajarku Sifu'

MENTOR MILENIA 2017 / PLAZA ALAM SENTRAL

MENTOR MILENIA 2017 / PLAZA ALAM SENTRAL

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ada Sebab Neelofa Rancang Beli Rumah FLORA ROSA di Putrajaya

Buku 99 Kata-Kata #QalifModen Fattah Amin Top 5 Best Seller