in , ,

[GAMBAR] Konsert iKON 2018 CONTINUE TOUR IN KL Happening

Boleh dikatakan rata-rata peminat iKON datang dengan memakai pakaian warna merah. Seawal jam 3.20 petang Budiey tiba di perkarangan Stadium Malawati dah nampak peminat berduyun di depan pintu masuk. Di luar stadium ada food truck dan juga beberapa booth yang disediakan oleh penaja dan penganjur. Sangat happening!

Pada 13 Oktober 2018, menjadi tanggal bersejarah yang manis buat peminat muzik Korea di mana lebih kurang 7,000 peminat telah membanjiri Stadium Malawati Shah Alam untuk hadir menonton persembahan di iKON 2018 CONTINUE TOUR IN KUALA LUMPUR. Kiranya penuh jugak Stadium Malawati dan yang penting, konsert berjalan dengan lancar sekali.

Konsert iKON 2018 CONTINUE TOUR IN KL

Konsert kali ini merupakan pertemuan kedua iKON di mana mereka menjejakkan kaki untuk bertemu mata dengan peminat mereka yang merindui buah tangan terbaharu. Ternyata sebuah persembahan yang ditonjolkan sangat mantap dan gempak sekali.

iKON dianggotai oleh tujuh ahli iaitu, B.I, Jay, Bobby, Song, Ju-ne, DK dan Chan. Huruf “C” dalam “ICON” digantikan dengan “K” bagi membayangkan bahawa anggota kumpulan tersebut mampu menjadi ikon Korea.

Kunjungan iKON yang dibawa khas oleh MacpiePro ini merupakan sebahagian daripada siri jelajahan mereka.

Persembahan mereka bermula jam 6.30 petang disambut dengan sorakan dari peminat yang rata-rata datang memakai baju warna merah.

Konsert iKON 2018 CONTINUE TOUR IN KL

Photo Credit: YG ENTERTAINMENT

Berikut antara lagu yang mengegarkan Stadium Malawati Shah Alam semalam.

1. BLING BLING
2. SINOSIJAK
3. RHYTHM TA (Rock Ver.)
4. COCKTAIL + ONLY YOU
5. PERFECT
6. ONE AND ONLY (B.I SOLO)
7. HOLUP! (BOBBY SOLO)
8. ANTHEM
9. B-DAY
10. MY TYPE + RUBBER BAND
11. BEST FRIEND
12. EVERYTHING
13. LOVE SCENARIO
14. GOODBYE ROAD
15. KILLING ME
16. FREEDOM
17. JUST FOR YOU
18. LOVE SCENARIO
19. DUMB & DUMBER
20. ADORE YOU

Ramai peminat meminta agar penganjur MacpiePro membawa terbang lagi kumpulan K-Pop seperti ini di masa akan datang. Dan hari ini, 14 Oktober, penganjur MacpiePro akan mempersembahkan satu lagi grup iaitu WINNER. Nantikan kemaskini seterusnya.

Konsert iKON 2018 CONTINUE TOUR IN KL

Konsert iKON 2018 CONTINUE TOUR IN KL

Konsert iKON 2018 CONTINUE TOUR IN KL

Konsert iKON 2018 CONTINUE TOUR IN KL

Konsert iKON 2018 CONTINUE TOUR IN KL

Konsert iKON 2018 CONTINUE TOUR IN KL

Konsert iKON 2018 CONTINUE TOUR IN KL

Konsert iKON 2018 CONTINUE TOUR IN KL

Konsert iKON 2018 CONTINUE TOUR IN KL

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Penyanyi Saleem Meninggal Dunia

Genting Cruise Lines Kembali Ke Malaysia Dengan Star Cruises Superstar Gemini!