in

Genting Cruise Lines Kembali Ke Malaysia Dengan Star Cruises Superstar Gemini!

Genting Cruise Lines Kembali Ke Malaysia Dengan Star Cruises Bersama Kapal Pelayaran Superstar Gemini! Pengalaman yang lebih menyeronokkan dengan destinasi-destinasi menarik!

Bersedialah untuk mengalu-alukan kedatangan kapal pelayaran SuperStar Gemini, salah satu kapal pelayaran popular Star Cruises yang juga merupakan ahli kumpulan Genting Cruise Lines yang akan kembali berpangkalan di Malaysia dari 5 November 2018 hingga 28 April 2019 (6 bulan) untuk menawarkan pelbagai produk pelayaran dan perkhidmatan terbaik ke destinasi-destinasi ASEAN yang menarik.

Untitled

Pastinya ramai yang ingin tahu dan mencuba pengalaman bercuti di atas kapal pelayaran bersama Star Cruises. Kini para pelancong dari Malaysia dan serantau boleh menikmati kapal pelayaran bertaraf antarabangsa SuperStar Gemini dengan memulakan perjalanan pelayaran dari Pelabuhan Klang (Selangor) atau Pulau Pinang mahupun Langkawi di Malaysia, serta Phuket di Thailand.

Percutian di atas kapal pelayaran SuperStar Gemini memang sesuai untuk mereka yang mengidamkan percutian yang unik dan menyeronokkan, terutamanya untuk seisi keluarga di musim percutian sekolah akhir tahun ini dan sambutan tahun baru.

Percutian pelayaran bersama Star Cruises memang mudah dan selesa. Lupakan kerumitan perjalanan dan percutian konvensional yang penuh dengan penukaran penerbangan dan penginapan hotel, serta pengemasan beg untuk pakaian-pakaian dari satu destinasi ke destinasi yang lain.

Untitled

Nikmati pengalaman percutian yang lancar tanpa sebarang kesulitan di atas kapal pelayaran SuperStar Gemini – umpama sebuah ‘hotel terapung’ yang akan berlayar dari satu destinasi ke destinasi seterusnya, penuh dengan aktiviti-aktiviti menarik dan menakjubkan, serta pertunjukan dan persembahan bertaraf dunia, juga hidangan-hidangan antarabangsa dan tempatan tanpa sebarang bayaran tambahan di restoran-restoran tertentu – semuanya di atas kapal.

Para pelancong yang ingin memulakan percutian pelayaran mereka dari Pelabuhan Klang di atas kapal SuperStar Gemini boleh memilih jadual pelayaran 4Hari/3Malam ke Phuket dan Langkawi atau jadual pelayaran 4Hari/3Malam ke Phuket dan Pulau Pinang, serta jadual pelayaran khas 5Hari/4Malam ke Phuket, Krabi dan Pulau Penang (berlepas dari 6 Februari 2019) dan jadual pelayaran 3Hari/2Malam ke Singapura (berlepas 10 Februari 2019).

Untitled

Semua pelayaran yang bermula dari Pelabuhan Klang akan berakhir kembali di Pelabuhan Klang. Sebagai alternatif, para pelancong juga boleh menikmati pelayaran dari Pulau Pinang bagi tarikh-tarikh perlepasan tertentu untuk jadual pelayaran 4Hari/3Malam ke Pelabuhan Klang dan Phuket sebelum kembali ke Pulau Pinang.

“Sebagai salah sebuah syarikat ahli kumpulan Genting Cruise Lines, Star Cruises amat teruja untuk kembali dan berpangkalan di Malaysia untuk menawarkan para pelancong tempatan dan antarabangsa pengalaman percutian yang baru, unik dan menarik dengan salah satu lagi kapal pelayaran kami, iaitu kapal pelayaran SuperStar Gemini. Para pelancong kini mempunyai pelbagai pilihan untuk menaiki kapal SuperStar Gemini dari Pelabuhan Klang, Pulau Pinang, Langkawi atau Phuket.

Selain itu dengan adanya pakej ‘Fly-Cruise’ serta promosi pakej-pakej percutian yang menarik dan berpatutan, pastinya ramai pelancong akan tertarik dan mencuba percutian pelayaran bersama Star Cruises. Dengan itu, saya mengucapkan “Selamat Datang ke SuperStar Gemini”, kata Encik Ang Moo Lim, Presiden Star Cruises.

Official website:
WeChat:
Facebook: Instagram: Twitter:
http://www.starcruises.com “SCTA-HK”或“麗星郵輪香港”
www.facebook.com/starcruises http://www.instagram.com/starcruisesasia www.twitter.com/starcruisesasia
On Star Cruises, every journey is a voyage of discovery and surprise.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

[GAMBAR] Konsert iKON 2018 CONTINUE TOUR IN KL Happening

Zamani Dedah Impian Saleem Mahu Sertai Gegar Vaganza