in

Sukan Tak Sentral – Ini Jadi Bila Berita Sukan Jadi Bahan Lawak

TV9 bakal memperkenalkan sebuah rancangan hiburan komedi dimana penonton setia TV9 boleh menyaksikan parodi laporan dan terkini sukan menerusi rancangan Sukan Tak Sentral. Rancangan ini bakal disiarkan selama setengah jam pada setiap hari Rabu, bermula 14 September 2016, pada pukul 10.30 malam.

Sukan Tak Sentral akan digamatkan lagi dengan tiga pengacara lucu iaitu Ammar, Marsha Milan dan Mark Adam. Antara segmen utama yang pasti mencuit hati penonton ialah “Segmen Video-video Viral” dan “Segmen Liputan di Lokasi”.

Sukan Tak Sentral

Siapa Sangka Sukan Boleh Menjadi Lucu

Di dalam segmen “Segmen Video-video Viral”, Mark Adam akan memberi ulasannya terhadap “Top 5” video-video viral yang telah dipilih pada episod tersebut. Manakala, bagi “Segmen Liputan di Lokasi”, Achey dan Syuk akan membuat liputan secara langsung bagi acara-acara sukan selaku wartawan sukan (sports reporter).

Rancangan ini menjadi lebih lucu dengan kemunculan kumpulan pelawak jemputan, setiap minggu seperti Tapaw BMB, Chilok BMB dan Puteh.



Nantikan rancangan sukan berkonsepkan komedi buat kali pertama di TV9!

Menurut Pengurus Besar, Kumpulan Pengurusan Jenama dan Rancangan TV3 & TV9, Zurina Othman,

“Kemunculan Sukan Tak Sentral ini adalah lain daripada rancangan komedi yang ada, di mana ianya lebih fokus kepada parodi berita sukan di dalam mahupun luar negara. Kemunculan kumpulan pelawak pada setiap minggu pasti akan memeriahkan lagi rancangan ini. Saya pasti Sukan Tak Sentral akan menghiburkan hati para penonton kami.”

Saksikan gelagat-gelagat lucu para pengacara dan pelawak-pelawak kegemaran anda dalam Sukan Tak Sentral yang akan ditayangkan pada setiap hari Rabu pada jam 10.30 malam bermula 14 September 2016 di TV9.

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman web www.tv9.com.my dan ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter dan Instagram TV9 iaitu @TV9Malaysia. Bagi sesiapa yang terlepas untuk menonton di kaca televisyen, anda juga boleh layari laman web www.tonton.com.my.

Sukan Tak Sentral

Sukan Tak Sentral

Sukan Tak Sentral

Sukan Tak Sentral

Sukan Tak Sentral

Sukan Tak Sentral

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

ONE: STATE OF WARRIORS Bakal Diadakan di Yangon Pada 7 October

Yang Menarik Tentang Siri Drama Baru Original Cinemax QUARRY