in ,

Yang Menarik Tentang Siri Drama Baru Original Cinemax QUARRY

Siri drama baru dengan lapan episod, QUARRY akan ditayangkan di Asia pada hari yang sama dengan A.S., pada hari Sabtu, 10 September jam 11 pagi dengan siaran ulangan waktu perdana pada hari yang sama, jam 11 malam, hanya di CINEMAX (Astro saluran 412). Episod baru QUARRY akan debut setiap hari Sabtu pada waktu yang sama. QUARRY juga disediakan di Astro On The Go.

Bermula di Memphis sekitar awal tahun 1970-an, QUARRY menceritakan kisah Mac Conway, seorang marin yang telah pulang setelah selesai tugasan kedua di Vietnam, dan mendapati dirinya diaibkan akibat penglibatannya dalam permbunuhan beramai-ramai yang telah dihebahkan semasa dia berjuang di luar negara.

Walaupun dia dan rakannya, marin Arthur Solomon telah didapati tidak bersalah, mereka disambut dengan kebencian dan penolakan di Memphis, serta tidak boleh mendapat pekerjaan yang baik.

QUARRY

Yang Menarik Tentang Siri Drama Baru Original Cinemax QUARRY

[dropcap]D[/dropcap]engan hubungan Mac dan isterinya semakin reggang, dia dan Arthur digoda dengan tawaran lumayan oleh The Broker, seorang penjenayah yang terlibat dalam rangkaian pembunuhan dan rasuah yang menjangkau Sungai Mississippi. Pada mulanya, Mac enggan memberikan perkhidmatannya kepada The Broker, tetapi selepas Arthur memilih untuk mendagangkan prinsip-prinsipnya untuk wang tunai, Mac – yang diberikan nama kod “Quarry” oleh The Broker – mendapati dirinya menyertai krew The Broker. Ini seterusnya memberikan kesan buruk kepada dirinya serta Joni.




QUARRY dibintangi Logan Marshall-Green (Prometheus, 24, Spider-Man: Homecoming) sebagai Mac Conway, di mana keputusannya untuk pulang ke Vietnam telah menyebabkan pengorbanan satu kehidupan yang normal. Jodi Balfour (Final Destination 5) sebagai Joni, isteri Mac yang bekerja di sebuah akhbar tempatan dan telah membawanya untuk membuat keputusan yang dikesali semasa ketiadaan Mac; Peter Mullan (Olive Kitteridge) sebagai The Broker, di mana janjinya datang dengan tuntutan kejam; Nikki Amuka-Bird (Luther) sebagai Ruth Solomon, isteri Arthur, rakan marin Mac dan ibu kepada dua anak; dan Damon Herriman (Justified) sebagai Buddy, seorang ahli eksentrik dari kumpulan The Broker.

QUARRY

Tayangan Perdana Hari Yang Sama Dengan A.S. 10 September Pada Jam 11 Pagi Di Cinemax

Berdasarkan novel oleh Max Allan Collins (yang juga telah menulis Road to Perdition), lapan episod QUARRY ini diarah serta dihasilkan oleh produser eksekutif Greg Yaitanes (pemenang Emmy® siri CINEMAX “Banshee”; pemenang Emmy® untuk pengarahan “House, M.D.”), bersama dengan produser eksekutif Steve Golin (pencalonan Emmy® HBO “True Detective”; “Mr. Robot”; pemenang Oscar® “Spotlight”; pencalonan Oscar® “The Revenant”). Ia dicipta, ditulis serta dihasilkan oleh produser eksekutif Graham Gordy & Michael D. Fuller (“Rectify”).

QUARRY

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sukan Tak Sentral – Ini Jadi Bila Berita Sukan Jadi Bahan Lawak

SITI BUHARI – Inspirasi Fesyen Siti Dato’ Sosilawati Untuk Raya Haji