in , ,

Suami Lana Nordin Akan Hantar Surat Tuntutan Kepada Michael Ang

Suami kepada pelakon Lana Nodin iaitu David Mackienzie telah mengarahkan peguamnya untuk menghantar surat tuntutan kepada pengarah terkenal, Michael Ang kerana didakwa mengeluarkan pernyataan salah terhadap isterinya.

Lelaki mana yang tidak kesal jika ada seseorang telah melukakan hati dan menghina isterinya dengan panggilan yang tidak baik. Seperti yang terjadi kepada suami pelakon Lana Nordin iaitu David Mackienzie yang sudah mengarahkan peguam menghantar surat tuntutan kepada pengarah Michael Ang yang didakwa mengeluarkan kenyataan salah terhadap isterinya.

Jalan Terbaik Selesaikan Masalah Perbalahan

Menurut David, surat tuntutan yang bakal diterima oleh Michael tersebut adalah jalan yang terbaik untuk menyelesaikan ‘perbalahan’ yang berlaku sekarang ini.

Suami Lana Nordin Akan Hantar Surat Tuntutan Kepada Michael Ang

Kita tengok berapa duit yang dia ada. Ini adalah satu pengajaran untuk tidak bercakap buruk mengenai orang lain,”

– David Mackienzie

Difahamkan, David bertindak demikian adalah untuk menyelesaikan masalah atau perbalahan yang telah dipercayai berlaku membabitkan Lana Nordin dan Michael Ang.

Peguam saya akan hantar surat tuntutan. Ini adalah jalan terbaik untuk menyelesaikan perkara ini. Kita tengok berapa duit yang dia ada. Ini adalah satu pengajaran untuk tidak bercakap buruk mengenai orang lain.

Saya pasti tiada siapa akan menghargai apa yang diluahkannya. Ia adalah komen yang tiada kelas. Lelaki ini mempunyai sedikit mulut yang jahat.

– David Mackienzie
Suami Lana Nordin Akan Hantar Surat Tuntutan Kepada Michael Ang

Suami Lana Kecewa & Kesal

Menurut David lagi, dia berasa kecewa dan kesal apabila dikatakan Michael Ang melabelkan Lana Nordin sebagai seorang ‘bimbo’ dan tidak memberi sokongan kepada frontliners yang bertungkus lumus berdepan dengan pandemik. David bagaimanapun menafikan kenyataan yang dikeluarkan oleh Michael Ang itu.

Dia sering mengulangi perkara yang tidak berfaedah. Tiada suami yang suka bila seseorang bercakap perkara yang tidak baik mengenai isterinya, terutama menghina macam itu daripada seorang lelaki ataupun wanita.

Dia sering bercakap perkara buruk mengenai ramai orang. Dia juga mempengaruhi ramai orang untuk bercakap perkara yang buruk mengenai isteri saya. Dia cakap isteri saya tidak menyokong barisan hadapan dan itu adalah kenyataan yang tidak masuk akal.

– David Mackienzie

Sedia maklum, terdahulu Lana Nodin telah menempelak Michael Ang menerusi perkongsian di Instagram apabila pengarah drama Marry Me Senorita itu masuk campur di atas kenyataan yang dibuat olehnya mengkritik Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Suami Lana Nordin Akan Hantar Surat Tuntutan Kepada Michael Ang

Komen Yang Tiada Kelas

Baru-baru ini, menerusi kenyataan yang diberikan oleh David Mckenzie, beliau bertindak sedemikian untuk menyelesaikan masalah dan perbalahan yang telah berlaku membabitkan Michael Ang dan Lana Nordin.

“Saya pasti tiada siapa akan menghargai apa yang diluahkannya. Ia adalah komen yang tiada kelas. Lelaki ini mempunyai sedikit mulut yang jahat. Dia sering mengulangi perkara yang tidak berfaedah.

“Tiada suami yang suka bila seseorang bercakap perkara yang tidak baik mengenai isterinya, terutama menghina macam itu daripada seorang lelaki ataupun wanita.

“Dia sering bercakap perkara buruk mengenai ramai orang. Dia juga mempengaruhi ramai orang untuk bercakap perkara yang buruk mengenai isteri saya.

“Dia cakap isteri saya tidak menyokong barisan hadapan dan itu adalah kenyataan yang tidak masuk akal,”

– David Mackienzie

David turut meluahkan rasa kesalnya terhadap pengarah itu kerana telah melabel isterinya bimbo dan menuduh isterinya tidak menyokong frontliners yang telah bertungkus lumus berhadpan dengan pandemik Covid-19.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Yung Raja Lancar Single SPICE BOY, Buka Dimensi Baru Dalam Hip-Hop Asia

Shuk Sahar Perjelas 1 Video Tular Tak Berbaju di Hotel, Sekali Isteri Tanya Soalan Mengejutkan