in , ,

Michael Ang Kongsi Suami Lana Nordin Bagi Amaran di IG Live

Pengarah Michael Ang memberitahu dia menerima amaran daripada suami pelakon. Lana Nodin iaitu David Mckienzie berhubung kelantangannya membidas pendapat aktres itu yang mempertikaikan kredibiliti Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Menurut Michael katanya bersedia untuk bersemuka bagi menyelesaikan perkelahian mereka namun meminta pasangan itu mendapatkan vaksin Covid-19 terlebih dahulu.

“Sebenarnya saya tak nak bagi komen selanjutnya sebab suami dia dah bagi amaran… dia masuk dalam sesi IG live saya dan tinggalkan komen macam itu.

“Saya memang terbuka nak jumpa mereka tapi pastikan mereka vaksin dulu… sebab saya memang tak nak berjumpa atau bekerjasama dengan mana-mana orang yang tidak ambil vaksin, itu pendirian saya.

“Saya tak kisah sebenarnya kalau dia anti vaksin, itu hak dia… yang saya marah bila dia kata muka penat DG Hisham selama ini hanyalah lakonan, itu adalah satu kebodohan (Lana).

– Michael Ang
Michael Ang Kongsi Suami Lana Nordin Bagi Amaran di IG Live

Dia tak nampak ke pengorbanan frontliner ini semua yang expose diri mereka kepada Covid semata-mata untuk selamatkan orang!” katanya ketika dihubungi mStar. Perkongsian Lana di Instastory. Terdahulu, Lana atau nama sebenarnya Mazlina Hassan Nordin, 41, memuat naik satu entri di Instastory menempelak Michael yang dikatakan telah masuk campur di atas kenyataannya berkaitan Dr. Noor Hisham.

“Aku dah agak dah dia ni semua isu dia nak kupas. Jangan sampai laki mat saleh aku lempang mulut kau tu!,” tulis Lana. Menurut Michael, dia tidak ambil kisah langsung mengenai segala kata-kata hinaan yang dilemparkan pada Lana terhadap dirinya kerana enggan melayani rentak artis itu yang disifatkannya sama seperti warganet lain.

Saya marah bila dia kata muka penat DG Hisham selama ini hanyalah lakonan, itu adalah satu kebdohan.

“Kata-kata yang dia kata pada saya itu sama seperti netizen-netizen lain yang pernah cakap pada saya kalau ada isu yang mereka tak puas hati dengan pandangan saya.

– Michael Ang
Michael Ang Kongsi Suami Lana Nordin Bagi Amaran di IG Live

“Dia kata saya kfr, lebih baik tak payah masuk Islam… semua benda itu warganet dah pernah cakap macam itu pada saya.”

“Jadi perlu ke saya melayan orang yang tidak berotak seperti itu?,”

– MICHAEL ANG

Pengarah drama Love Elsa ini turut berpesan kepada golongan selebriti, seharusnya dengan pengaruh yang mereka ada ia harus digunakan untuk menyebarkan perkara-perkara yang positif serta bermanfaat.

Perkongsian Michael di Instagramnya. “Dalam keadaan sekarang ini, dia boleh gunakan pengaruh dia sebagai selebriti untuk suruh rakyat bersatu atau tulis benda-benda positif. Bukan kau pergi tulis benda yang menakut-nakutkan orang. “Dengan pengaruh besar yang mereka ada buktikan dengan membantu rakyat atau cuba buat kerja-kerja amal atau yang bermanfaat untuk semua.

“Kalau kau suruh DG Hisham letak jawatan, dia dah cukup pandai ke nak gantikan DG?!” bidas Michael lagi.

Menerusi laporan mStar sebelum ini, Lana mempertikaikan prosedur operasi standard (SOP) pencegahan penularan wabak Covid-19 yang tidak dipatuhi oleh kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) termasuk Dr Noor Hisham.

Dia merujuk kepada perkongsian seorang warganet di media sosial membabitkan Dr Noor Hisham yang didakwa tidak memakai pelitup muka ketika berada di ruang awam di pejabatnya. Selain itu, Lana turut berkongsi video amatur yang dirakam individu tidak dikenali membabitkan SOP petugas kesihatan yang tidak memakai peralatan pelindung diri (PPE) ketika menguruskan sasran covid 19.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

“Turun Tempat Gelandangan, Bajet Bagus Bagi Motivasi?” – Yusuf Azmi

Adam Lee Hero Ruhainies Dalam Drama Adapatasi Novel Berjudul KANVAS