in , ,

Yung Raja Lancar Single SPICE BOY, Buka Dimensi Baru Dalam Hip-Hop Asia

Yung Raja Telah Melancarkan Single Spice Boy, Yang Dihasilkan Oleh Flightsch Dan Riidem Dikatakan Telah Membuka Dimensi Baru Dalam Hip-Hop Asia.

Yung Raja telah dapat mencapai banyak kemajuan. Seorang artis yang menghargai imaginasi dari sesuatu yang mustahil, Yung Raja amat menghargai tradisi tetapi masih tetap mengarahkan kepalanya ke masa depan – menggabungkan lirik bahasa Tamil dan Inggeris dengan cara yang baru dan inovatif.

Penyanyi rap, yang pernah membuat penampilan dalam rancangan Jimmy Fallon untuk single terbarunya, ‘Mami’, bekerja keras untuk memenuhi cita-cita globalnya namun masih ingin mengekalkan warisan budayanya.

Single barunya ‘Spice Boy’ tidak hanya memperlihatkan dua perkara itu malah ia menunjukkan bahawa warisan inilah yang mendorongnya ke peringkat yang lebih tinggi.

Lagu SPICE BOY Dimensi Budaya Baru Dalam Hip-Hop Asia

Dengan ‘Spice Boy’, yang dihasilkan oleh Flightsch dan RIIDEM, dia menyatakan sudah waktunya untuk menerima sepenuhnya diri kita sendiri dan semua identiti budaya pelbagai dimensi dalam hip-hop Asia.

“Sejak saya kecil, saya selalu bangga dengan budaya saya – asal usul saya, bahasa ibunda saya, semua yang menjadikan saya ‘saya’,” Yung Raja bercerita.

“Belajar menerima kesemua perkara tersebut dari usia yang sangat muda, adalah salah satu sebab dwibahasa diselitkan dalam seni saya. Seorang budak lelaki yang boleh bertutur dalam dua bahasa, dilahirkan di Singapura dan dibesarkan oleh ibu bapa yang berasal dari India Selatan – inilah diri saya.”

– Yung Raja
Yung Raja Lancar Single Spice Boy, Buka Dimensi Baru Dalam Hip-Hop Asia

Sebuah Lagu Dalam Dwi Bahasa Tamil-Inggeris 

Yung Raja seorang artis hip-hop dwibahasa yang makin meningkat naik di Asia Selatan, memasuki tahun 2021 dengan ‘Mami’, di mana dia mempamerkan keindahan budaya Asia Selatan dengan berlatar belakangkan hip-hop.

Hari ini, Yung Raja sekali lagi keluar dari kebiasaan budaya popular dengan single terbaharu Tamil-Inggeris ‘Spice Boy’, satu penerokaan di mana budaya Asia Selatan diselitkan secara suka-suka dengan budaya hip-hop Barat, semuanya disatukan oleh permainan kata dwibahasa yang radikal, dan dikukuhkan oleh penghasilan ‘trap’ yang hebat.

“Saya masih ingat ketika pertama kali saya mengenali muzik hip-hop ketika berumur 10 tahun dan bagaimana ia meninggalkan kesan pertama dan paling kuat secara kreatif dalam diri saya. Itu adalah titik awal identiti dan suara saya bersatu dengan budaya hip-hop,” Yung Raja

Flightsch dan RIIDEM adalah pencipta yang selayaknya untuk lagu ini. Bersama-sama, mereka mencipta rentak rancak yang mencerminkan percanggahan budaya rapper tersebut, dan juga menambah ‘perisa’ bagi lagu terbaru ini. “Untuk single kelima saya, FlightSch, RIIDEM dan saya bersama-sama mencipta bunyi yang saya biasa: aneh, luar  biasa dan bertenaga,”

– Yung Raja

Pendapat Media Tentang Yung Raja

“Dalam masa setahun, [Yung Raja] telah berkembang menjadi salah satu artis hip-hop popular di Asia Tenggara”

– Rolling Stone (India)

“Yung Raja muncul dalam arena hip-hop sejak setahun yang lalu, dan memukau peminat yang ‘liar’ di serata Asia Tenggara” – HYPEBEAST

“Yung Raja, putera rap fusion Tamil-Inggeris dari Singapura adalah seseorang yang luar biasa” – GQ India

“Yung Raja beralih antara Bahasa Inggeris dan Tamil dengan begitu lancar dan indah sekali” – BBC Radio

“Bintang hip-hop Singapura ini mencetuskan kegembiraan dengan rap Tamil dan Inggeris yang laju macam peluru” – NME

“Dari gaya seninya yang makin berkembang hingga ke kreativiti dan muziknya yang tiada batasan, kisah kejayaan Yung Raja adalah kisah penemuan semula” – Harper’s BAZAAR

Yung Raja Lancar Single Spice Boy

Video Muzik SPICE BOY Yang Sinematik

Bukan pengembaraan Yung Raja namanya tanpa video muzik yang memenuhi semua jangkaan, tidak lupa juga penuh dengan ‘mad vibes’ yang hanya dapat ditingkatkan oleh Vadbibes, atau pengarah dan rakan kerjasama lama Jasper Tan. 

Video sinematik selama tiga minit ini menggabungkan aksi gila-gila, rambut palsu keriting, kostum angin sumo dan gambar ‘closeups’ yang menjengkelkan – semuanya dirakam indah dengan kepakaran Tan.

Kelucuan ditonjolkan pada lokasi yang luar biasa yang kelihatan seperti Hollywood, tetapi Yung Raja mencuri perhatian dengan menerapkan gaya kasar Rajnikanth. Tayangan perdana video muzik adalah pada malam ini jam 9 malam.

‘Spice Boy’ kini boleh didapati di semua platform striming.  Video Muzik Rasmi akan dilancarkan pada jam 9 malam ini di saluran YouTube Yung Raja.

MENGENAI YUNG RAJA

Disenaraikan sebagai salah satu daripada 100 artis NME pada tahun 2021, rapper Yung Raja juga digelar sebagai artis hip-hop avant-garde Asia Tenggara yang seterusnya, dan terkenal dengan hasil kerjanya yang menggabungkan budaya Inggeris dan Tamil dalam liriknya.

Dia mendapat kejayaan viral di Asia setelah melancarkan serangkaian single termasuk “Mustafa”, “Mad Blessings”, “The Dance Song” and “Mami” – yang mendapat pujian dari orang-orang seperti Lupe Fiasco dan M.I.A.

Malah Raja mendapat lebih dari 5 juta aliran, tawaran rakaman dengan Def Jam South East Asia dan perubahan besar yang menyaksikan dia membuat persembahan di hampir seluruh Asia dan tawaran rakaman di India untuk industri Kollywood yang terkenal. 

Keunikan latar belakangnya yang digabungkan dengan kebolehan semulajadi menulis lirik meraihnya pujian positif daripada NME, Hypebeast, ELLE (Singapura), VICE/Noisey, Rolling Stone (India).

Sementara gaya fesyennya dan  kebolehannya bereksperimen dengan gaya dan stail berhasil memberi peluang dia menghiasi cover majalah Esquire dan ELLE (Singapura) serta peluang kerjasama dengan jenama BVLGARI, Gucci, Louis Vuitton, dan Adidas. Dilahirkan dan dibesarkan di Singapura, Yung Raja berazam untuk merubah semula pandangan masyarakat di dalam dan di luar tanah airnya, memberi inspirasi kepada generasi pencinta budaya yang seterusnya dan menaikkan hip-hop Asia Tenggara ke pentas kelas dunia melalui muziknya. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Eyka Farhana 1 | 23

Best! Sinopsis Drama Bersiri HELLO JANGAN TAPAU CINTAKU Lakonan Elisya Sandha & Eyka Farhana

Michael Ang | 24

Suami Lana Nordin Akan Hantar Surat Tuntutan Kepada Michael Ang