in , ,

Shuk Sahar Perjelas 1 Video Tular Tak Berbaju di Hotel, Sekali Isteri Tanya Soalan Mengejutkan

Nampaknya, kontroversi Shuk Sahar, isterinya serta wanita yang dipercayai ‘kekasih gelapnya’, seakan tiada titik noktah dan kini kembali menjadi sorotan netizen susulan tindakan ‘kekasih gelapnya’ memuat naik beberapa video pelawak tersebut di atas katil tidak berbaju.

Nama Shuk Sahar kembali naik trending semula setelah tular sebuah video tak berbaju yang hangat diperkatakan oleh ramai netizen. Video tersebut dipercayai telah disiarkan oleh wanita bernama Farah.

Amaran Untuk Siar Video

Dalam kapsyen yang disertakan oleh Farah menerusi Instagram peribadinya f.zzatys sebelum ini, dia ada memberi amaran mengenai seseorang untuk memuat naik satu video susulan tindakan individu tersebut tidak membayar duitnya.

Shuk Sahar Perjelas Video Tular Tak Berbaju Di Hotel, Sekali Isteri Tanya Soalan Mengejutkan

Menerusi satu entry di laman IG wanita berkenaan, ada paparan menunjukkan Shuk berada dalam bilik sebuah hotel, sedang duduk hanya memakai tuala saja di birai katil. 

Shuk Sahar Perjelas Video Tular Tak Berbaju Di Hotel, Sekali Isteri Tanya Soalan Mengejutkan

Siar Video Shuk Tak Berbaju 

Tak lama selepas itu, dua video menunjukan sosok tubuh seorang lelaki telah dimuat naik olehnya dengan menunjukan satu perbualan mesej bersama seseorang.

Dalam kapsyen yang disertakan, Farah memberitahu individu tersebut meminjam wang daripadanya dan ini balasan atas segala pengkhianatan, fitnah dan hutang. Dia juga menegaskan tidak akan menghalalkan serta memaafkan semuanya.

Dia meminta agar lelaki tersebut berhenti untuk mempermalukannya kepada seorang lagi wanita semata-mata hanya ingin menutupi kesalahannya.

Dia juga telah menyertakan sekali semua bukti panggilan tidak berjawab oleh lelaki terebut setelah lama bersabar dengan kerenahnya.

Menurut Farah, sudah lama dia bersabar dan sempat memberi amaran agar individu berkenaan membayar hutang-hutangnya sebelum lebih banyak video atau gambar tersebar di media sosial.

Ini Penjelasan & Respon dari Isteri Shuk

Isteri kepada pelawak dan pengacara Shuk Sahar iaitu Rossa.Sera menerusi entri di Instastory tampil memberikan respon berhubung beberapa video yang dimuat naik dan didakwa iras seperti suaminya oleh seorang wanita di laman Instagram.

Shuk menjawab soalan menerusi beberapa hantaran di Instagram Story ketika ditanya sendiri oleh isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah atau Sera mengenai video tular berkenaan.

Shuk Sahar Dan Isteri

Sera juga tidak menyangka apabila perkara yang selama ini menjadi rahsia antara mereka, akhirnya sudah dibuka sendiri oleh wanita terbabit. 

Sera memaklumkan video itu antara punca mengapa suaminya masih bertahan dan terus menemui wanita berkenaan kerana sering diugvt dengan perkara sedemikian. 

Rossa berkata, sekarang orang ramai sudah pastinya tahu ‘mengapa’ suaminya bertahan selama ini dan pada masa yang sama, dia meluahkan rasa kecewa terhadap wanita tersebut yang seolah-olah membuka aib sendiri.

Shuk Sahar Perjelas Video Tular Tak Berbaju Di Hotel, Sekali Isteri Tanya Soalan Mengejutkan

“Syukur, akhirnya kini semua pun dah tahu kenapa Shuk selalu bertahan. Video lama yang telah di simpan, masa main sama-sama.”

“Saya bertahan untuk jaga nama baik kamu, tetapi akhirnya kamu juga yang buka aib sendiri.”

Shuk Sahar Perjelas Video Tular Tak Berbaju Di Hotel, Sekali Isteri Tanya Soalan Mengejutkan

Tambah Sera, dia juga mempersoalkan duit yang diminta oleh wanita itu sehingga dengan berani sanggup membuka segala kisah silam hubungan dirinya dengan Shuk sebelum ini.

Dia juga sempat bertanya semula kepada Farah Saleh duit apa yang dimaksudkan olehnya dan mempersoalkan kembali sama ada duit itu adalah bayaran untuk ansuran kereta ataupun sewa rumah.

Sera kemudian membalas dan mengatakan apa duit tu sebenarnya, adakah duit untuk bayar sewa kereta atau duit hotel.

Shuk Sahar Perjelas Video Tular Tak Berbaju Di Hotel, Sekali Isteri Tanya Soalan Mengejutkan

“Duit apa tu ye, duit untuk sewa kereta Honda ke, untuk bayar minyak ke atau duit bayar hotel.”

Fara juga ada mendedahkan beberapa perkara lain seperti mendakwa Shuk pernah menjatuhkan talak kepada Sera. 

Video Telah Dipadamkan

Tak lama selepas itu, Farah Saleh telah memuat naik satu lagi IG story dengan memaklumkan video tersebut sudah dipadam dari feed IG kerana dinasihati oleh orang ramai.

Menerusi Instastory yang dimuat naik oleh wanita tersebut, menjelaskan ramai pihak yang memintanya untuk memadam video tersebut yang memaparkan seorang lelaki yang hanya memakai tuala dan dipercayai berada di dalam sebuah bilik di hotel.

Shuk Sahar Perjelas Video Tular Tak Berbaju Di Hotel, Sekali Isteri Tanya Soalan Mengejutkan

“Orang salahkan aku kata aku terhegeh? Kata aku macam-macam. kejap bunuh diri lah, kejap turun balcony jam 3 pagi. Aku penat  dah. Sebab aku selalu kena blame sedangkan sana u please u.

Dear ****, kejap tau. Sebab **** pernah sebut sumpah cerai talak 3 dalam text. Ni tengah dapatkan balik text tu. Jangan happy sangat my lady. Am so tired.

Farah sebelum ini ada mengatakan Shuk ada menggunakan duit dan tak akan halalkannya selain meminta bayar semula.

Tindakan & Komen dari Shuk Sahar 

Melihat ianya telah tular Shuk tampil memberi komen tentangnya.

Pelawak ini nafi ianya video baru dan mengatakan ianya video lama. Jelas Shuk hal ini didedahkan mungkin untuk membuat promo saja.

Shuk bersama isterinya iaitu Rossalennah Natassyiah Asshaferah atau Sera ada muatnaik video di Ig story di dalam kereta menjawab tentang penyebaran video ini.

“Guys past is past, apa benda yang dah berlalu tu birakan saja. Jangan guna masa silam orang ni untuk jadi sebagai satu ugutan. Balai polis lah cerita.

“Takkanlah tu video baru, kan kita (Shuk dan isteri) tengah keluar berdua ni. Lagi pula, badan sekarang ni tengah gemuk ni.”

Tujuan Marketing Sebab Tiada Kerja

Sera kemudian ada kata bahawa suaminya itu asyik di landa isu saja, satu demi satu isu timbul. Ini jawab Shuk kepada isterinya itu.

“Nak buat macam mana yang. Marketing, tengah tak ada job, tiada duit, orang pula buka aib.”

Shuk juga mengatakan dia kini dah berubah orangnya dan Sera mendoakan dia menjawab suami dan bapa yang baik kepada anak-anak.

Shuk & Isteri Telah Buat Laporan Polis

Susulan daripada isu viral itu, Shuk Sahar dan isteri, Rossalennah Natassyiah Asshaferah telah tampil membuat laporan polis.

Menerusi beberapa perkongsian yang dimuat naik oleh Serra di Insta Story, Shuk menafikan bahawa video ‘separuh bogel’ yang kini sedang tersebar di media sosial bukanlah video baharu seperti yang didakwa sesetengah pihak sebaliknya memberitahu ianya adalah video lama.

Jelas Shuk lagi, dia hanya menganggap tindakan wanita itu menyebarkan aib mereka adalah sebagai satu promosi atau ‘free marketing’ buat dirinya yang kini sudah kehilangan mata pencarian.

Apa yang lepas biarkan berlalu. Jangan jadikan masa silam orang sebagai satu ugutan. Balai Polis lah cerita. Tengok badan pun dah tahu siapa orang lama. Ada video malas nak share je.

Takkanlah video baharu, kan kita tengah keluar berdua ni (bersama isteri). Lagipun, badan sekarang tengah gemuk kan,”

– SHUK SAHAR

Menerusi video pendek di Insta Story Serra, dia mengakui tuduhan wanita agak keterlaluan dan ianya secara tidak langsung telah mengancam keselamatan keluarga serta suaminya. Oleh hal demikian, Serra dan Shuk tampil membuat laporan polis.

So bagi kitaorang tindakan ni agak keterlaluan. Kitaorang terpaksa ambil tindakan dan saya tak nak komen apa-apa.

So biarkan peguam saya dan pihak berkuasa yang akan siasat perkara ini. Terima kasih banyak-banyak.

– Shuk Sahar

Sementara itu, Shuk turut mengucapkan terima kasih kepada pihak yang memberi sokongan dan mendoakan yang baik-baik buat dirinya dan keluarga dalam menghadapi kontroversi ini.

Kontroversi Yang Tiada Penghujung

Terdahulu, kontroversi ini telah membuat ramai yang muak dengan kisah rumah tangga Shuk yang disiarkan oleh media. 

Januari lalu, tular di media sosial mengenai pergolakan semula rumah tangga Shuk apabila Sera membuat pendedahan terbuka di Instagram. 

Menerusi beberapa perkongsian hantaran yang dimuat naik di media sosialnya ketika itu, Sera mendedahkan Shuk masih curang bersama wanita yang sama pernah dikaitkan dengannya sebelum ini. 

Bagaimanapun pada 8 Februari lalu, Shuk berjaya memujuk isterinya selepas meminta maaf dan membuat kejutan membawa rombongan meminang semula Sera ke kediaman mereka. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Michael Ang | 23

Suami Lana Nordin Akan Hantar Surat Tuntutan Kepada Michael Ang

Amy Search 2021 | 24

Ibu Amy Search Meninggal Dunia di Usia 88 Tahun, Jenazah Selamat Dikebumikan